Usahawan terkenal, Kak KM meluahkan rasa bangga dan seronok apabila hadir menyaksikan konvokesyen anak sulungnya, Nabila Razman, yang kini bergelar graduan di peringkat diploma, Universiti Malaya.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Kak KM memuji Nabila sebagai anak yang bijak dan menyifatkan pencapaian anak gadisnya itu sebagai kebanggaan dirinya.
“Tahniah anak mama yang bijak pandai, Nabila. Kebanggaan mama,” tulis anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri itu di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian sama, dapat dilihat Kak KM turut berkongsi momen istimewa ketika Nabila menerima skrol di atas pentas, serta video di hadapan dewan, di mana memeluk dan mengangkat Nabila dengan penuh kegembiraan.
Reaksi positif turut diterima daripada pengikut Kak KM yang turut menzahirkan rasa gembira dengan kejayaan Nabila.
Ramai yang tidak menyangka gadis itu sudah berjaya menamatkan pengajian, memandangkan mereka merasakan baru sahaja Nabila dihantar oleh ibunya untuk melanjutkan pengajian di universiti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Kak KM Sayang
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Atlet olahraga remaja Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi telah membuktikan bahawa dunia sukan dan akademik mampu diseimbangi mana-mana remaja jika punya kemahuan dan iltizam yang tinggi.
Ini setelah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh itu memperolehi keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bulan lalu.
Bukan sahaja cemerlang dalam dunia akademik. Awal Julai lalu, Azeem juga cemerlang dalam dunia sukan setelah merekodkan catatan peribadi terbaik bagi acara 100m (10.28 saat) dan acara 200m (20.89 saat).
Secara tidak langsung, Azeem telah melayakkan diri menyertai Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia yang bakal berlangsung dari 1 hingga 16 Ogos ini.
Justeru, kejayaan Azeem dalam bidang akademik dan sukan ini telah menarik perhatian beberapa pihak dari dalam dan luar negara yang kini sedang menawarkan pelbagai peluang untuknya melanjutkan pengajian.
Kata Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil, antara peluang yang hadir termasuklah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menawarkan program pengajian diploma dan biasiswa.
Pihaknya juga mendapat tahu minat Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk berbincang dengan lebih mendalam mengenai tawaran mereka kepada Azeem. Khabarnya, Azeem juga turut menerima tawaran daripada dua buah universiti yang berpangkalan di Minnesota, Amerika Syarikat!
Sama ada Azeem memilih untuk melanjutkan pengajian di dalam atau di luar negara, Mohd Manshahar berpendapat keputusan tersebut terletak di tangan atlet berusia 18 tahun itu, ibu bapa serta jurulatihnya. Mereka dijadualkan bersemuka bagi membincangkan masa hadapan Azeem dan menentukan destinasi yang akan ditujunya.
Begitupun, Mohd Manshahar berpendapat tidak salah bagi Azeem menyambung pengajian di luar negara sekiranya ia bermakna Azeem akan mendapat tajaan yang baik dan tempat yang bagus.
“Itu hak dia itu memilih. Bagaimanapun, saya rasa yang penting adalah apa yang terbaik untuk dia berada dalam kelompok (pelari) terbaik dunia,” ulasnya kepada pemberita.
Nampaknya, masa hadapan sukan olahraga Malaysia sedang berada di laluan yang cerah apabila satu-persatu atlet negara mencipta kejayaan peribadi.
Ini termasuklah kejayaan Azeem ini dan seorang lagi atlet remaja bernama Jad Rizalman Washif yang telah mencipta rekod baharu MSSD Ranau, baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Detik cemas melanda skuad skuasy wanita negara apabila Rachel Arnold tewas 11-7, 7-11, 11-8, 8-11, 6-11 kepada Tong Tsz Wing menjadikan keputusan 0-1 kepada pasukan lawan, Hong Kong yang merupakan juara ketika Sukan Asia ke-18.
Namun kekecewaan tersebut ditebus S Sivasangari apabila dia berjaya mengikat kembali keputusan 1-1 mengalahkan atlet Hongkong Ho Tze Lok dengan mata 11-5, 11-8, 11-6.
Mencipta detik bersejarah buat negara, Aifa Azman selaku pemain terakhir menjadi penentu pingat yang bakal dimenangi.
Mengheret perlawanan sehingga empat pusingan, Aifa menang pada dua pusingan pertama dengan mata 11-5, 11-8 menentang Chan Sin Yuk sebelum kalah pada pusingan tiga dengan 11-13.
Bangkit bertenaga, pemain skuasy berusia 21 tahun ini memperoleh semula rentaknya dengan menang pusingan empat dengan mata 11-8 sekaligus membantu skuad suaksy wanita Malaysia untuk menjulang kejuaraan.
Selain mereka bertiga, turut berada dalam pasukan skuasy wanita negara adalah Aifa Azman yang merupakan adik kepada Aira Azman.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada hari ini, banyak ungkapan baharu yang dihasilkan oleh pengguna bahasa. Antara ungkapan yang digunakan ialah “Salam Ramadan”, “Salam Aidilfitri”, “Salam Maghrib”, “salam subuh”, dan banyak lagi. Sebelum ini, ungkapan “Selamat berhujung minggu” sangat popular kerana selalu digunakan oleh sebuah stesen televisyen.
Ungkapan ini sebenarnya tidak gramatis. Ungkapan-ungkapan seperti ini muncul kerana pengaruh gejala simplistik yang berlaku dalam kalangan pengguna bahasa. Gejala simplistik ialah sikap seseorang yang suka akan keringkasan. Sesuatu ungkapan yang panjang dipendekkan. Sebagai contohnya, lihatlah ungkapan yang berikut:
Ungkapan asal
Ungkapan yang dipendekkan
Selamat bergembira pada hujung minggu ini.
Selamat berhujung minggu.
Selepas ungkapan di atas ini digunakan secara leluasa, timbullah pula ungkapan salam Ramadan, salam Aidilfitri, salam subuh, salam maghrib dan lain-lain lagi.
Ungkapan asal
Ungkapan yang dipendekkkan
Assalamualaikum, selamat menyambut bulan Ramadan.
Salam Ramadan
Assalamualaikum, selamat menyambut hari raya Aidilfitri.
Salam Aidilfitri
Assalamualaikum, selamat menunaikan solat maghrib
Salam maghrib
Assalamualaikum, selamat menunaikan solat subuh.
Salam subuh.
Ada sesetengah pejuang bahasa pula akan mengungkapkan ucapan “salam bahasa”, “salam Bahasa Jiwa Bangsa” kepada kenalannya. Persoalannya ialah apakah maksud yang hendak disampaikan?
Ungkapan asal
Ungkapan yang dipendekkan
Assalamualaikum, selamat memartabatkan bahasa Melayu.
Salam Bahasa
Assalamualaikum, selamat memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa jiwa bangsa kita.
Salam Bahasa Jiwa Bangsa
Kesimpulannya, ungkapan yang dipendekkan ini hanya sesuai digunakan dalam situasi tidak rasmi atau perbualan harian dan difahami oleh penerimanya. Namun demikian, dalam konteks rasmi, ungkapan seperti ini usahlah digunakan. Sebagai stesen penyiar, gunakanlah kelebihan yang ada untuk mempopularkan bahasa yang betul dan indah. Melalui cara ini, kita dapat mempertingkatkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan masyarakat sekali gus memartabatkan penggunaan bahasa Melayu di negara kita.
Penyiaran artikel ini merupakan kerjasama Majalah Remaja bersama Dewan Bahasa & Pustaka. Artikel ini ditulis oleh Abdul Ghalib bin Yunus
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, Lana Nordin baru-baru ini menzahirkan rasa syukur apabila suaminya, Mohd Daud David McKienzie yang berstatus mualaf kini sudah berjaya menunaikan umrah kali pertama.Menerusi...