Anak Sulung Messi Kirim Surat Istimewa Untuknya Sebelum Final Piala Dunia

Share

Apa yang lebih menggembirakan seorang inssan bernama ayah apabila anaknya sendiri meluahkan rasa bangga melihatnya berjuang di medan pertarungan kejohanan paling popular di dunia.

Anak sulung kepada Lionel Messi, Thiago telah mengirimkan surat istimewa buat ayahnya sebelum perlawanan di antara Argentina dan Perancis di Piala Dunia 2022 Qatar, tengah malam ini.

Antara kandungan surat yang dimuat naik oleh kelab peminat isteri Messi, Antonella Roccuzzo itu termasuklah kata-kata semangat Thiago kepada penyerang Argentina itu sebelum beliau mengemudi pasukan itu menentang juara Piala Dunia 2018.

“Saya dilahirkan di Argentina, tanah kelahiran Diego (Maradona) dan Lionel (Messi),” mulainya dalam bahasa Sepanyol. Ia juga adalah serangkap lirik daripada lagu Muchachos yang kini popular dinyanyikan oleh penyokong Argentina sewaktu musim Piala Dunia.

“”Dari kanak-kanak Malvinas yang tidak boleh saya lupakan. Saya tidak mampu menjelaskannya kepada kamu kerana kamu tidak akan mengerti. Apabila kami (Argentina) kalah di perlawanan akhir, saya telah menangis selama beberapa tahun tetapi tangisan itu berakhir di perlawanan akhir Maracana menentang Brazil dan ayah menjurarainya.

“Kami bersemangat semula. Saya ingin Argentina menang kejohanan ketiga, saya ingin menjadi juara dunia dan kita dapat melihat Diego (Maradona) dari syurga dengan Don Diego dan La Tota, sama-sama mendukung Lionel!” catatnya.

Di akhir kiriman ini, Thiago mengharapkan agar Messi akan mengikuti jejak langkah Maradona untuk mengembalikan gelaran juara Piala Dunia kepada Argentina.

Pemilik akaun kelab peminat, Antonela Gallery ini juga tergamam dengan kebolehan Thiago menulis dengan cukup baik pada usia muda.

“Ini adalah surat paling manis. Tiada kata-kata (dapat gambarkannya).. ia menunkukkan betapa anak kecil ini menyayangi ayahnya dan negaranya,” kata mereka.

Antonela tidak lepaskan peluang menontong perlawanan akhir Piala Dunia 2022 bersama anaknya, Thiago Messi.

Sweet kan!

Setakat minit ke-60 perlawanan, Argentina sedang mendahului Perancis dengan dua jaringan berbalas kosong. Adakah harapan Thiago ini akan menjadi kenyataan?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN