Ibu mana yang tidak terharu apabila anak kesayangannya berjaya dalam bidang akademik dan juga dalam bidang sukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini Tak Kisah Anak Jadi Pemain Bola Sepak, Asalkan Dada Terisi Al-Quran, Bijak Akademik.

Dramatis terkenal, Rita Rudaini meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin bin Mohamad Aidil Zafuan sukses di trek balapan setelah muncul johan di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam dalam acara 100 meter, baru-baru ini.

Anak Rita Rudaini Pecah Rekod 20 Tahun MSSD – “Dah Banggakan Mommy Dalam Pelajaran, Ni Dalam Sukan Olahraga..”
Rita Rudaini dan dua orang putera kesayangannya.

Berita gembira itu dimaklumkan ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi hantaran terkini di Instagram.

Bukan calang-calang pelajar boleh menjuarai kejohanan yang disertai oleh ahli sukan pelapis terbaik daripada sekolah-sekolah yang bertanding dari seluruh negara. Apatah pula apabila Ryan yang mewakili Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar turut berjaya memecah rekod kejohanan itu dalam tempoh 20 tahun.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Alhamdulilah, rezeki Ryan dapat wakil peringkat MSS. Ryan dah banggakan mommy dalam pelajaran, ini dalam sukan olahraga pula. Insya-Allah mommy sokong!

“Ryan dapat pecah rekod 20 tahun MSSD Sabak Bernam 100 meter dengan rekod baru 11.44s (rekod lama tahun 2004 11.58s). Mommy proud.

Ads

Rest well anak-anak. Esok berjuang lagi hingga 22 haribulan ini. Good luck!!,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Serentak dengan kejayaan itu, rakan artis dan peminat turut sama menitipkan dedikasi serta ucapan tahniah di ruang komen.

Terdahulu, kisah Airit Rayyan yang memperoleh keputusan akademik cemerlang dengan gred purata nilai 3.99 pada peperiksaan semester baru-baru ini turut mencetuskan sensasi di media sosial.

Ads

BACA LAGI: Anak Sulung Terima Anugerah Sijil Penghormatan Pengetua MRSM, Rita Rudaini Luah Rasa Syukur

Anak Rita Rudaini Pecah Rekod 20 Tahun MSSD – “Dah Banggakan Mommy Dalam Pelajaran, Ni Dalam Sukan Olahraga..”

Anak Rita Rudaini Pecah Rekod 20 Tahun MSSD – “Dah Banggakan Mommy Dalam Pelajaran, Ni Dalam Sukan Olahraga..”

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI