Pastinya agak sukar melepaskan cahaya mata yang ingin berjauhan sebentar demi mengejar cita-cita mereka. Namun apa kan daya, harus merelakan juga untuk impian yang ingin digenggamnya…
Begitulah juga buat penyanyi lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search yang menitipkan doa buat anak lelakinya, Alexander Zulkarnain agar berjaya mengejar impiannya.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Amy memberi gambaran bahawa anak kesayangannya, Alexander mencecah usia 18 tahun itu akan melanjutkan pelajaran.
“Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitulah aku lihat anak ini semua. Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.
“Begitu lah daddy dulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana,” katanya.
Dalam masa sama, Amy berkata dirinya tidak pernah lekang untuk mendoakan kebahagian anak-anak serta cucunya.
Ads
“Believe in yourself dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.
“Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik,” tulisnya lagi.
Ads
Untuk rekod, penyanyi lagu popular Fantasia Bulan Madu itu mendirikan rumah tangga kali ke empat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 18, Sania Samara, 17, dan Qaqa At-Tameemi, 13 tahun.
Amy juga mempunyai cahaya mata perempuan yang juga merupakan pelakon berkaliber tanah air, Nabila huda, hasil pernikahan pertamanya bersama Faridah pada tahun 1983.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tiga tahun lalu, rapper popular Malaysia Joe Flizzow telahpun mencipta kejayaan selepas menggondol kategori Best Southeast Asia Act di anugerah MTV European Music Award (MTV EMA).
Joe yang pada ketika itu berada di Sepanyol bagi menghadiri anugerah yang menentukan para pemenangnya menerusi undian peminat seluruh dunia itu telah menzahirkan penghargaannya kepada mereka yang terus-menerus menyokongnya sejak hari pertama berkecimpung dalam industri muzik terutamanya ahli keluarga serta peminat. Tidak ketinggalan, rapper berusia 41 tahun itu juga telah mendedikasikan anugerah tersebut kepada rakyat Malaysia.
Menariknya bagi MTV EMA 2021 yang bakal berlangsung pada 15 November ini, seorang lagi penyanyi negara telah mewakili Malaysia setelah tercalon dalam kategori yang sama. Kali ini, tiba pula giliran pencipta, penulis lirik, penyanyi dan pelakon muda serta berbakat besar, Naim Daniel.
Setelah namanya tercalon sekaligus mewakili Malaysia pada edisi kali ini, penyanyi Sumpah itu hanya boleh melafazkan rasa syukur dan teruja apabila tercalon kerana dirinya tidak langsung menjangkakan peluang tersebut.
Kongsi Naim kepada sebuah portal tempatan, pencalonan di MTV EMA saja sudah merupakan satu pencapaian besar buat dirinya sebagai seorang anak seni dan kemenangan dianggap sebagai bonus.
“Tipulah kalau sesiapa saja yang dicalonkan tidak ada perasaan nak menang. Saya nak menang, tetapi apapun rezeki Allah yang tentukan.
“Perjalanan ini merupakan perjalanan semua orang. Saya rasa pencalonan ini merupakan pencalonan kita bersama sebab saya bawa harapan semua orang,” kata penyanyi berusia 24 tahun itu.
Menerusi kategori Best Southeast Asia Act itu, Naim berdepan dengan saingan hebat penyanyi muda dari rantau ini seperti SB19 (Filipina), Ink Waruntorn (Thailand), JJ Lin (Singapura), K-1CM (Vietnam) dan Lyodra (Indonesia).
Jadi ayuh kita mengundi Naim di www.mtvema.com/en-asia-pacific/vote/ sehingga 10 November ini . Tinggal satu hari je lagi gaiss untuk menekan butang undian! Sama-sama kita nantikan keputusannya pada acara anugerah MTV EMA 2021 yang akan bersiaran pada 15 November 2021 (waktu Malaysia) di mana acara pra-anugerah akan bermula pada jam 8 malam manakala acara utama bermula pada 8.50 malam.
Pada edisi kali ini, beberapa penghibur popular antarabangsa dijangka akan melakukan persembahan termasuklah Ed Sheeran, Imagine Dragons, Griff, YUNGBLUD dan ramai lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini selalunya selebriti memfailkan saman terhadap paparazzi.
Tapi lain pula yang berlaku kepada penyanyi Dua Lipa. Jika sebelum ini beliau pernah berkongsi perasaannya mengenai industri muzik yang boleh menjadi keji kepada seseorang kerana impak ‘troll’ dalam dunia maya terhadap kerjaya dan kesihatan mentalnya.
Terbaru, Dua Lipa yang merupakan penyanyi dan juga ikon fesyen, berdepan saman daripada seorang jurugambar paparazzi apabila memuat naik gambarnya yang dirakam oleh paparazzi itu tanpa izin di Instagram.
Menurut laporan, gambar yang menjadi pertikaian ini adalah gambar Dua Lipa sedang berdiri di sebuah lapangan terbang pada tahun 2019 di mana dia kemudiannya berkongsi gambar itu di laman Instagram miliknya. Berdasarkan dokumen itu, gambar berkenaan dikongsi ‘tanpa keizinan dan kebenaran’.
I’m confused. A photographer can take a photo of a celebrity without their consent and make money on it. But said star can’t post the picture stolen from them without consent. Or they’ll be sued. That seems a messed up law, right? https://t.co/XTqrbbvdWC
— Rebecca J Fletcher (@rebeccajsmithw1) July 9, 2021
Tak ke pelik? Itu kan gambar dia sendiri….
Walaubagaimanapun, gambar ‘kontroversi’ tersebut ketika ini sudah dipadam daripada laman Instagram Dua Lipa. Paparazzi itu meminta pampasan bernilai USD150,000 (RM628,000) daripada penyanyi tersebut.
Rata-rata peminat Dua Lipa mengecam tindakan paparazzi tersebut dan mengatakan ia adalah satu tindakan licik kerana paparazzi itu juga tidak beretika kerana merakam gambar Dua Lipa secara tanpa izin dan menggunakan gambar tersebut untuk keuntungan diri sendiri. Begitulah dunia…semua mementingkan wang sekarang ni.
Untuk info, Paparazzi merupakan fotografer yang bertugas mengambil foto orang-orang terkenal secara rahsia.
Suatu ketika dahulu, sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Tagalog pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakon Filipina sering kali mendapat perhatian, selain jalan cerita dengan episode yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Antara drama-drama Filipina yang mendapat sambutan hangat di sini adalah Pangako Sa Yo, Be Careful With My Heart, Endless Love, Sanay Wala Nang Wakas dan banyak lagi.
Kalau sebut tentang Pangako Sa Yo, mesti korang ingat pelakon wanitanya yang cantik, Kristine Hermosa yang banyak juga membintangi siri drama Filipina yang popular di Malaysia.
Seawal kemunculannya sekitar tahun 2000 menerusi drama Pangako Sa Yo, pelakon cantik manis ini baru berusia 17 tahun dan kini, selepas lebih kurang 20 tahun, Kristine Hermosa sudah pun memiliki keluarga kecilnya bersama suami dan empat orang anak. Wanita berusia 38 tahun ini juga kini sedang sarat mengandung anaknya yang kelima.
Pasti ramai yang merindui dan ingin melihat wajah terkini personaliti cantik ini. Walaupun sudah menjadi ibu kepada lima orang anak, Kristine Hermosa masih cantik seperti dahulu. Apa rahsianya ya?
Jom kita lihat foto terkini pelakon wanita Filipina ini.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...