Anak Teruna Mahu Kejar Impian, Amy Search Coretkan Dedikasi Buat Alexander Zulkarnain

Share

Pastinya agak sukar melepaskan cahaya mata yang ingin berjauhan sebentar demi mengejar cita-cita mereka. Namun apa kan daya, harus merelakan juga untuk impian yang ingin digenggamnya…

Begitulah juga buat penyanyi lagenda rock tanah air, Datuk Amy Search yang menitipkan doa buat anak lelakinya, Alexander Zulkarnain agar berjaya mengejar impiannya.

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, Amy memberi gambaran bahawa anak kesayangannya, Alexander mencecah usia 18 tahun itu akan melanjutkan pelajaran.

ARTIKEL BERKAITAN : Tahniah! Putera Sulung Aaron Aziz, Diyana Halik Berjaya Tamatkan Pra Diploma Di Jepun

 

“Tak lama lagi anak burung ini (Alexander) akan meninggalkan sarang (rumah), begitulah aku lihat anak ini semua.  Dah hampir tiba seorang demi seorang akan keluar mencari impian kebahagiaan sendiri.

“Begitu lah daddy dulu. Impian besar datang bersama dugaan yang besar. Mengimpikan besar itu bermaksud awak sudah berani untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan di luar sana,” katanya.

Dalam masa sama, Amy berkata dirinya tidak pernah lekang untuk mendoakan kebahagian anak-anak serta cucunya.

Believe in yourself dengan apa yang diimpikan. Sentiasa berdoa pada Allah S.W.T sebagaimana daddy doakan tanpa sehari pun terlupa untuk anak dan cucu.

“Harinya akan tiba Alexander dah tiada di depan mata, hanya doa dan akan berkorban apa saja. Semoga Allah sentiasa melindungi awak dan beri Alexander yang terbaik,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, penyanyi lagu popular Fantasia Bulan Madu itu mendirikan rumah tangga kali ke empat bersama Norish atau nama sebenarnya Norhasniza Hassan.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alexander Zulkarnain, 18, Sania Samara, 17, dan Qaqa At-Tameemi, 13 tahun.

Amy juga mempunyai cahaya mata perempuan yang juga merupakan pelakon berkaliber tanah air, Nabila huda, hasil pernikahan pertamanya bersama Faridah pada tahun 1983.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Facebook Amy Search

Published by
Fath