
Isi Kandungan
ToggleSebelum ini, ramai yang telah menghantar Direct Message (DM) kepada kami bertanyakan tentang bila casting Dewi Remaja yang terbaru bakal diadakan?
Yeah, girl! Sukacita kami ingin maklumkan bahawa ujibakat Dewi Remaja 2019 bakal berlangsung pada 7 & 8 September (Minggu pertama) dan 14 & 15 September 2019 (Minggu kedua).
Seperti tahun lepas, majalah Remaja membuka ruangan ‘Ask Me Question’ di insta story kami untuk menjawab segala persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya kepada bakal dewi yang akan menghadiri sesi ujibakat nanti.
Berikut kami sertakan antara soalan-soalan popular yang ditanya berserta jawapannya sekali.
Tarikh casting
Ciri-ciri Dewi Remaja yang kami cari
Boleh ke Muslimah masuk?
Followers IG kena ramai ke?
Syarat gambar
Syarat umur
Berat badan diambil kira ke?
Tips pergi audition
Kalau masih study, boleh join ke?
Dah kahwin boleh masuk ke?
Majalah Remaja ada dijual di kaunter pendaftaran?
Untuk update yang seterusnya, jangan lupa follow kami di Instagram @majalahremaja dan Facebook Remaja bagi mendapatkan info-info terkini tentang Dewi Remaja 2019.
***
HEY GIRLS, WE’RE BACK!
“Tak Perlu Tunggu Jadi ‘Cantik’ & Popular Untuk Buat Baik” – Shaza Bae

Nak keluar TV saja perlu cantik. Nak jadi popular pun perlu cantik.
Jadi jika tidak cantik, peluang untuk menyertai industri seni mahupun dikenali ramai itu TIADA lah?
Topik Rupa atau Bakat yang diangkat oleh program Darah Muda kendalian Bernama TV kelmarin mengupas topik yang begitu dekat dengan remaja sekarang.
Tambahan pula, insan yang ditemubual merupakan juara Dewi Remaja 2019 iaitu Shaza Bae. Jadi tentunya Shaza mempunyai pendapat mengenai isu ini.
Adakah hanya orang cantik saja yang boleh ke hadapan dalam industri seni?

“Untuk melawan stigma ‘perlu wajah cantik untuk berada di kaca televisyen dan filem’ di Malaysia’ ini, mungkin masih mencabar. Ya ramai yang inginkan orang cantik saja untuk ditonton.
“Tetapi saya percaya jika seseorang bekerja keras dan mempunyai azam yang tinggi, insyaAllah orang di sekeliling pun akan perasan dengan kemampuan kita. Jika kita ikhlas melakukan sesuatu, Allah juga akan membantu.
“Kerja keras dan niat yang baik itu masih perkara utama. Wajah kedua,” katanya yang mengaku ada menerima kritikan setelah memenangi gelaran Dewi Remaja 2019 kerana faktor kulit kuning langsat tetapi memilih untuk mengendahkannya.
“Sekiranya ingin mengajak orang ramai ke arah kebaikan sekalipun seperti melakukan kerja-kerja amal misalnya, saya tak rasakan rupa cantik dan populariti itu satu faktor utama. Tak perlu nak tunggu jadi cantik untuk berbuat baik pun.
“Sebelum menyertai Dewi Remaja 2019, saya juga pernah ke Solo Indonesia untuk mengajar kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik di sekolah jenis ekosistem. Jadi bagi saya, populariti dan wajah cantik itu tak bukan penghalang jika seseorang itu ingin memberi semula kepada masyarakat. Semua orang boleh.”
*
Bercakap mengenai trend menonjolkan wajah cantik di media sosial, ia semakin menjadi-jadi dengan wujudnya aplikasi online yang pelbagai.
Situasi itu berbeza dengan 8 tahun lalu semasa Shaza Bae mula berjinak-jinak dalam industri.
“Pada usia 17 tahun, saya mula berlakon menerusi iklan Petronas. Platform media sosial pada waktu itu baru nak ‘naik’. Tetapi sekarang situasinya berbeza. Disebabkan media sosial, standard kecantikan itu sudah lain. Ada sesetengah jenis rupa fizikal saja yang dianggap cantik, katanya.
“Saya memilih untuk melihat ke arah positif dan saya rasakan orang Malaysia sekarang sudah lebih berfikiran terbuka. Mereka tidak lagi hanya memberi peluang kepada yang berkulit cerah saja. Apa yang saya boleh lakukan adalah just being myself dan yakin dengan personaliti saya.”
Dalam erti kata lain, personaliti seseorang itu sendiri perlu sama cantik. Jika tiada personaliti, mana mungkin masyarakat di sekeliling boleh lebih dekat dengan seseorang selebriti itu.
*
Melihat kepada pemenang pertandingan seumpama Dewi Remaja di seluruh dunia, kebanyakan daripada mereka mempunyai misi untuk menyumbang semula kepada masyarakat.
Shaza Bae juga merasakan misi dalam hidup itu penting kerana ia memberi ‘makna’ atau purpose dalam kehidupan seharian.
“Misi saya berbalik semula kepada minat saya untuk mengajar. Itu adalah cara saya untuk give back to the society. Semasa membesar, saya tak datang daripada latar belakang keluarga yang berada. Jadi itu menginspirasikan saya untuk terus mengejar misi menjadi seorang tenaga pengajar.
“Selain minat dalam bidang lakonan dan pengacaraan, saya juga berminat untuk menjadi seorang speaker. Seni itu cinta saya dan sebahagian daripada hidup, tetapi pengajian ilmu itu adalah kepentingan dalam hidup saya.”
*
Untuk menonton temu ramah penuh Bernama TV bersama Shaza Bae, korang boleh klik di bawah:
Episod 4 Semakin Beri Tekanan? Dewi Remaja ‘Tebalkan Muka’ Bercakap Depan Orang Ramai

Bukan solekannya yang tebal, tetapi ketahanan kulit wajah mereka.
Semakin lama, semakin sengit persaingan di antara finalis yang masih meneruskan cabaran dalam pencarian Dewi Remaja 2022.
Bezanya pencarian ini daripada pertandingan-pertandingan lain adalah dari aspek penilaian keseluruhan seseorang individu tersebut. Mereka harus memiliki kredibiliti secara overall package dan bukannya dinilai dari paras luaran sahaja.
Seorang Dewi Remaja yang dilantik haruslah memiliki persona dan aura yang mampu membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk mendengar apa yang ingin disampaikan olehnya.
Justeru, amat penting bagi 15 finalis Dewi Remaja pada episod empat kali ini untuk menguasai skil komunikasi yang baik agar mereka tidak kekok apabila berhadapan dengan pelbagai pihak setelah bergelar selebriti pada masa akan datang.


Kali ini, 15 orang finalis bertuah kerana mendapat peluang mencedok cara-cara penyampaian diri daripada personaliti berbakat tempatan, Keanu Azman sebelum mereka memulakan cabaran.
Harus diingat juga, pada peringkat ini finalis sudah perlu memikirkan apakah ‘jenama’ yang bersesuaian dengan identiti diri masing-masing. Apakah misi jangka panjang dan di manakah mereka ingin posisikan diri?
Keanu seterusnya mempersiapkan diri finalis yang dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Masing-masing perlu pantas menggarap topik kebudayaan dan sejarah di sebalik identiti diri mereka.
Bertempat di sekitar kawasan Kuala Lumpur, finalis bukan saja perlu mempersiapkan diri dari segi kecerdasan mental tetapi juga fizikal. Iyalah, namanya pun finalis Dewi Remaja kan.. imej ketika berucap amatlah penting sebagai faktor penarik kepada seseorang itu.
Dengan imej yang presentable, finalis sendiri akan merasa lebih yakin dan mudah ‘menebalkan muka’ di hadapan orang ramai.
Sebelum memulakan cabaran, finalis menguasai lebih keyakinan apabila mereka mengamalkan dahulu minuman Kinohimitsu Snow Activ. Minuman yang didatangkan dalam bentuk sachet ini memberikan lebih perlindungan kepada kulit finalis sewaktu berada di bawah terik matahari. Malah, ia juga mampu mempertahankan kulit daripada sinaran ultraviolet (UV) yang merbahaya dan menghalang pembentukan melanin serta melambatkan proses penuaan.
Apabila tiba masa bagi setiap kumpulan mempersembahkan diri di hadapan orang ramai, mereka juga tidak lagi merasa tertekan dengan penampilan diri. Ini kerana Kinohimitsu Snow Activ mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi lalu mengekalkan keremajaan kulit. Terserlah terus aura glowing masing-masing!
Sekiranya anda sedang tercari-cari formulasi pemutihan yang selamat dan berkesan apabila diambil secara konsisten, Kinohimitsu Snow Activ juga menawarkan semua itu.
Ia diperkaya dengan tujuh bahan aktif untuk mencerahkan keseluruhan tubuh termasuklah bahagian hiperpigmentasi ‘degil’ seperti di garis leher, garis bawah payudara, ketiak, siku, lutut dan peha

Kami yakin, 15 finalis yang masih bertanding pada episod keempat minggu ini akan memberikan yang terbaik di hadapan para juri. Get ready girls! Serlahkan identiti dan personaliti ketika berucap nanti ya.
Jangan lupa untuk terus menonton setiap episod program Dewi Remaja 2022 dan IMBAS Kod QR pada skrin bagi mendapatkan Kinohimitsu Sarang Burung Dengan Kacip Fatimah & Manjakani atau Snow Activ pada harga RM30 SAHAJA. Promosi ini hanya terhad sewaktu program berlangsung dari 9 malam hingga 12 tengah malam, setiap Sabtu sewaktu program Dewi Remaja 2022 ditayangkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Sebagai Pesakit Talasemia.. ” Naib Juara Bee Aishah Buka Cerita Pengsan Belakang Pentas Dewi Remaja 2022

Isi Kandungan
Toggle
Kehadiran pemilik nama Siti Nur Aishah Bee bt Md Nor dalam pencarian Dewi Remaja 2022 tidaklah selancar yang disangka ramai. Ini kerana penyakit Talasemia yang dihadapinya selama ini. Bee, 20 yang berjaya merangkul gelaran Naib Juara Dewi Remaja 2022, Sabtu lalu bagaimanapun tidak menjadikan itu sebagai satu alasan untuk tidak mencuba sehabis baik dalam setiap cabaran yang beri sepanjang empat bulan dalam program tersebut.
Hinggalah sewaktu pentas akhir Dewi Remaja 2022 lalu, orang ramai tidak mengetahui secara meluas mengenai penyakit Talasemia yang dihadapi Bee. ‘Kehilangannya’ ketika pengumuman peserta Top 4 oleh hos, Fikry Ibrahim mencetuskan persoalan dalam kalangan penonton dan penulis mendapatkan kisah sebenar daripada mulut Bee sendiri mengenai kondisi kesihatannya itu.
“Saya tidak sangka Fikry beritahu perkara itu (pengsan) kepada penonton di dalam dewan (ketawa).
“Sebenarnya sejak rehearsal pada petang itu lagi, saya sudah kekurangan oksigen. Semasa kami sedang disiapkan mekap dan baju, saya sudahpun masuk ambulans untuk mengambil oksigen dan tenangkan diri.
“Tamat persembahan tarian kami dan masuk sahaja segmen iklan, (kondisi saya) bertambah teruk. Campur rasa nervous lagi, mungkin itulah punca ia bertambah serius. Saya sesak nafas dan terus pengsan. Kira dua kali jugalah saya pengsan pada masa itu.
“Bagi yang tidak tahu, saya juga merupakan penghidap penyakit Talasemia dan pada minggu persediaan finale itu, kami memang tidak cukup rehat dan tekanan darah saya amat rendah. Sebagai pesakit Talasemia, kami memang diberi amaran untuk tidak membiarkan diri terlalu penat. Mungkin disebabkan minggu terakhir persediaan Dewi Remaja 2022 terlalu padat dengan kelasnya, fitting-nya dan latihan.. jadi kami tidak cukup tidur,” dedah gadis yang berasal dari Johor itu.
Tidak Mahu Longlai
“Benar, kakitangan paramedik enggan saya meneruskan saingan tetapi bila mendapat tahu saya layak ke Top 4, saya cakap sahaja boleh (teruskan saingan). Nasib baik abang saya ada di situ untuk mengangkat saya di belakang pentas dan menukar gaun kedua.
“Dalam kepala saya, I just want to finish this. I cannot do this (pengsan dan tidak bermaya).
“Ibu saya ada di situ dan ahli keluarga saya hadir jauh dari Johor untuk melihat saya di atas pentas. I have to be on stage!”
Jelasnya lagi, mindanya masih terganggu semasa menjawab soalan pada pusingan kedua. Sebaik memperolehi soalan daripada Datuk Aznil Haji Nawawi, katanya dia terus menjawab mengikut apa yang terlintas di minda sambil berharap dirinya tidak ‘longlai’ di atas pentas.
“Itulah Perasaan Saya..”
“Jangkaan saya sebenarnya hanyalah hingga peringkat Top 10. Itu sudah cukup bagus. Pada malam tersebut, saya hanya ingin have fun sahaja dan lakukan yang terbaik tanpa apa-apa expectation. Saya hanya ingin memperlihatkan kepada ibu saya sisi saya yang cantik (ketawa). Sudah berada dalam kalangan sepuluh orang peserta akhir sudahpun satu pencapaian besar bagi diri saya.”
“Bila nama saya diumumkan sebagai peserta Top 4, memang terkejut kerana saya tidak meletakkan harapan menggunung.
“Bertambah-tambah rasa terkejut bagi saya bila diumumkan sebagai Top 2. Dengan keadaan kesihatan tidak berapa stabil ini, saya pun tidak sangka juri melihat potensi saya hingga tahap ini.
“After all the hard work I have put throughout seven episodes and being there in Top 2, barulah sekarang saya mengerti potensi bakat saya. Itulah perasaan saya pada waktu ini. (semasa sidang media Sabtu lalu),” kongsi Bee yang kini merancang untuk menetap di Kuala Lumpur disebabkan peluang yang besar ada di sini.
“Tidak kisahlah, apa jua rezeki dan sesiapa saja yang melihat bakat Bee, Bee akan pergi jika ada peluang. Jika tiada tawaran, Bee akan terus mencarinya,” simpul gadis hitam manis ini.
Tahniah Bee Aishah!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.