Di saat majoriti selebriti dari Hollywood memilih untuk berdiam diri dalam soal memberi kesedaran terhadap nasib rakyat di bumi Palestin sejak serangan berterusan pada Oktober 2023 hingga sekarang, pelakon Andrew Garfield memilih untuk melawan arus dan menyuarakan pandangan peribadinya.

Menerusi temuramah segmen podcast ‘Happy Sad Confused’ di New York baru-baru ini, pelakon Spider-Man itu ditanya oleh hos, Josh Horowitz mengenai watak idaman yang ingin dilakonkan selepas ini.

Andrew Garfield Seru Dunia Halakan Tumpuan Untuk Bantu Warga Palestin Di Gaza
Andrew Garfield.

Andrew dilihat berdiam seketika sebelum menjawab, “Kita harus halakan tumpuan terhadap sesuatu yang benar-benar penting. Mungkin terhadap kehidupan… rakyat Palestin di Gaza sekarang.

“Mungkin di situlah tempat kita perlu sama-sama bersatu hati dan tenaga. Terhadap sesiapa yang menderita, sesiapa yang ditindas, sesiapa yang merasakan bebadan dunia sekarang, sesiapa yang tidak mempunyai pilihan untuk hidup secara bermaruah.

“Di situlah kita perlu menggembleng tenaga sekarang,” katanya sebelum menerima tepukan gemuruh oleh penonton yang berada di set rakaman podcast berkenaan.

Ads

Andrew berada di situ dalam siri mempromosikan filem terbarunya, We Live In Time. Namun, jelas beliau tidak terus dibuai oleh dunia glamor Hollywood dan masih berpijak di bumi yang nyata dengan mengambil tahu mengenai isu semasa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Remaja, MY (@majalahremaja)

Minggu lalu, dunia memperingati nasib rakyat Palestin setelah genap setahun serangan balas Israel terhadap Palestin sehingga mengorbankan 41,000 rakyatnya sejak Oktober 2023.

Ads

Ketika serangan itu meledak, Andrew dilaporkan sebagai salah seorang penggiat seni Hollywood yang menandatangan memo Artists4Ceasefire dalam usaha menggesa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden untuk mengarahkan agar serangan dihentikan dengan segera.

KLIK pautan di bawah untuk menonton temubual penuh bersama Andrew Garfield.

Ads

BACA: “Palestin Selamanya…”Janna Nick, Dini Schatzmann Laungkan Solidariti Dalam Himpunan Di London – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI