“Barulah saya tahu dunia realiti seorang pembaca berita dan ia tidak semudah yang disangka..”

 

Begitulah isi hati pengacara Didik TV dan finalis Dewi Remaja 2019, Syamira Nazir selepas dia secara rasminya kini disunting sebagai pembaca berita di Buletin TV9.

Syamira, 26 meniti perjalanan awal dalam industri penyiaran menerusi penglibatan dalam pencarian Dewi Remaja 2019 bersama-sama rakan seangkatan seperti pelakon Shaza Bae, Nynaa Harizal, Myra Natasya, pengacara HLive Ash Azhan dan Dian Fernandez, pembaca berita Adriana Ghafar dan model Nina Amin.

Setelah mengakhiri fasa pertandingan tersebut dengan mengecapi kedudukan pemenang tempat keempat, Syamira tidak membazir masa untuk mengejar impian dalam dunia penyiaran.

Angan-Angan Di Kamar Uji Bakat Dewi Remaja Jadi Realiti, Syamira Nazir Bergelar Pembaca Berita TV9
Syamira cemerlang dalam pencarian Dewi Remaja 2019 dan pernah memasang impian menyertainya sejak edisi 2014/2015 lagi.

Semasa berada dalam kamar uji bakat Dewi Remaja lagi, anak kelahiran Selangor ini sudahpun menetapkan impian bergelar seorang pembaca berita. Malah, itulah bakat pertama yang dijadikannya sebagai sandaran demi memikat hati juri pada waktu tersebut.

Begitupun, rezeki Syamira terlebih dahulu hadir sebagai pengacara program televisyen. Wajahnya mewarnai program seperti Infiniteen di TV Okey dan Didik TV (dahulunya saluran NTV7) sehinggakan penonton cilik sudahpun boleh mengecam wajah sebagai ‘Kakak Didik TV’.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabar Kebolehan Mengacara Dalam Program Pendidikan, Mira Nazir Kini Hos Didik TV – REMAJA

Angan-Angan Di Kamar Uji Bakat Dewi Remaja Jadi Realiti, Syamira Nazir Bergelar Pembaca Berita TV9
Kongsi Syamira, tugasan sebagai hos di Didik TV masih diteruskannya.

Sewaktu dihubungi REMAJA, Syamira menyifatkan pengalaman selama tiga tahun lepas sebagai seorang pengacara telah banyak mengajarnya mengenai dunia penyiaran.

“Saya berpegang kepada frasa, ‘trust the process, trust the time’. Jika Allah tentukan waktu dan rezeki itu adalah bagi kamu, maka tiada orang yang boleh menyangkalnya.

Ads

“Kebetulan pula, saya bertugas di Sri Pentas bersama saluran Didik TV dan setiap hari apabila berulang-alik di dalam bangunan itu, saya selalu terserempak dengan penerbit bahagian berita. Satu hari, beliau menegur saya dan bertanya jika berminat untuk menjadi seorang pembaca berita Buletin TV9.

“Namun ia tidak semudah disuap dengan peluang sebegitu oleh ‘orang dalam’. Saya perlu menjalani temuduga sama seperti 17 calon lain dan Alhamdulillah, akhirnya saya tersenarai dalam 8 calon terakhir; lima orang wanita dan tiga lelaki,” katanya.

Angan-Angan Di Kamar Uji Bakat Dewi Remaja Jadi Realiti, Syamira Nazir Bergelar Pembaca Berita TV9Angan-Angan Di Kamar Uji Bakat Dewi Remaja Jadi Realiti, Syamira Nazir Bergelar Pembaca Berita TV9

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Berita 7.57’ Tular, Adriana Ghafar Percaya Rakyat Nak Suara Mereka Didengari – REMAJA

BACA LAGI: Raih Sarjana Muda Undang-Undang UM. Pembaca Berita & Naib Juara Dewi Remaja 2019 Tampil Cemerlang – REMAJA

Sedari awal, Syamira mempunyai tanggapan bahawa suaranya tidaklah sebulat rakan-rakan pembaca lain.

Begitupun, dengan tunjuk ajar menerusi kelas kendalian pembaca senior di Media Prima seperti Kamaruddin Mape, Azwaliza Azman dan Mas Zharif Zhafri (putera sulung Allahyarham Aziz Desa); Syamira kini lebih yakin dengan kebolehan suaranya untuk menyampaikan berita.

Ads

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Aziz Desa Raih Anugerah Wartawan TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2022 – REMAJA

“Sejak terima tawaran pada akhir Oktober, rutin saya pada setiap hujung minggu melibatkan kelas pada hari Sabtu untuk ilmu teori dan Ahad bagi sesi praktikal seperti mock run di hadapan kamera.

“Di bawah tunjuk ajar mereka, saya pelajari cara pembacaan betul, bagaimana untuk carry sesebuah story, pencarian mood untuk berita berbeza, intonasi, pacing, di mana perlu ‘memotong’ ayat dan macam-macam lagi. Berbanding dua bulan dulu, memang banyak perubahan yang saya dapati pada cara bacaan saya.”

Angan-Angan Di Kamar Uji Bakat Dewi Remaja Jadi Realiti, Syamira Nazir Bergelar Pembaca Berita TV9
Syamira di majlis konvokesyennya baru-baru ini setelah ia tertangguh akibat pandemik COVID-19.

“Paling tak boleh dilupakan adalah latihan membaca berita sambil berlari di gelanggang futsal! Bukan saja-saja lari tetapi untuk melatih stamina. Buletin TV9 umpamanya bersiaran dari 7 malam hingga 7.50 malam pada setiap hari. Jadi sepanjang lebih kurang 50 minit itu, saya perlu memastikan diri tak mudah cungap,” kongsi Syamira lagi.

Walaupun Syamira pernah berada di belakang meja berita sewaktu bergelar pelatih di stesen Bernama semasa zaman belajar, namun rasa cemas tetap dirasai setiap kali mengendalikan Buletin TV9.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMIRA NAZIR (@syamiranazir)

Ads

Mulakan Fasa Baharu Dengan Berita Tahun Baru

Syamira menganggap dirinya cukup bertuah apabila dia perlu membaca berita buat kali pertama pada hari sambutan Tahun Baru 2023, Ahad lalu.

“Itulah kali pertama saya menyampaikan berita kepada seluruh rakyat Malaysia. Kebetulan pula tarikhnya jatuh pada 1 Januari simbolik kepada permulaan fasa baharu ini.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYAMIRA NAZIR (@syamiranazir)

“Barulah saya tahu dunia realiti seorang pembaca berita dan ia tidak semudah yang disangka. Kita boleh mempersiapkan diri dengan segala teori dan praktikal, namun bila tiba masa sebelum membaca berita, terdetik di hati saya bahawa kerjaya ini sebenarnya adalah satu tanggungjawab yang besar.

“Berita yang sahih berada di tangan saya dahulu dan sayalah yang menjadi medium perantara kepada seluruh rakyat Malaysia? Ini merupakan satu amanah dan penghargaan,” simpulnya.

BACA LAGI: Syamira Nazir Is Breaking Through : Hijab Bukan Penghalang – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI