Baru-baru ini, nama penyanyi dan juga ahli anggota Dolla, Angel telah terpalit dengan satu kontroversi melibatkan pelakon yang terkenal dengan watak Kahar, Amir Ahnaf dengan seorang wanita yang tular di media sosial.

Menerusi perkongsian tangkap layar di Tiktok, Angel atau nama sebenar Angelina Chai Ka Ying (23) tampil memberi penjelasan mengenai hubungannya bersama Amir Ahnaf cuma sekadar rakan industri dan saling memberi sokongan atas pencapaian masing-masing.

“Kami tak pernah keluar bersama dan saya harap para iDolla tidak terlalu risau sebab saya akan terus bekerja keras demi kerjaya saya dan mahu buat yang terbaik demi banggakan nama Malaysia”

Angel Dolla Tampil Beri Penjelasan Selepas Nama Dikaitkan Dengan Amir Ahnaf
Kredit: Tikok Angel Dolla @bbyqngels

Dalam pada itu, pelantun lagu Classic itu juga tampil meminta maaf kepada peminatnya kerana lewat mengeluarkan sebarang penjelasan selain mendoakan kesihatan para peminat.

BACA: Syasya Rizal Sebak Tonton Muzik Video Lagu Terbaharu DOLLA -“Kami Sepatutnya Nyanyi Bersama…”

“Angel minta maaf kalau ada apa-apa yang Angel buat salah”

Kenyataan tersebut telah mendapat pelbagai reaksi peminat, malah ada segelintir yang kesal dengan sikap masyarakat yang terlalu cepat menghukum dan mengecam penyanyi berkenaan.

Angel Dolla Tampil Beri Penjelasan Selepas Nama Dikaitkan Dengan Amir Ahnaf

Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat Angel memberi sokongan kepada Angel dan ada di antaranya juga berpendapat bahawa dia sebenarnya tidak perlu membuat permohonan maaf kerana dia tidak melakukan sebarang kesalahan ketika terpalit dengan kontroversi berkenaan.

Sekadar info, dalam perkembangan terkini, Dolla baru sahaja selesai dengan konsert sulung mereka pada 3 Ogos lalu yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur. Dolla mula aktif dalam industri muzik sejak tahun 2019 dan kini hanya dianggotai oleh Sabronzo, Angel dan Tabby selepas Syasya mengumumkan untuk keluar dari kumpulan itu.

BACA: “Keputusan Paling Sukar Demi Kelangsungan Hidup”, Syasya Bekas Anggota Dolla Mohon Doakan Yang Terbaik

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI