“Angel Patutnya Pakai Putih Tapi Ni..” Busana Merah Berkepak Sophia Albarakbah Tuai Perhatian

Share

Kemunculan pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia Albarakbah di acara sulung Gempak Most Wanted Awards 2022 semalam telah menjadi perbualan ramai sejak semalam memandangkan ini merupakan kelibat pertama Sophia di khalayak ramai serta rakan pemberita.

Bukan sahaja kehadiran Sophia bersama seorang jejaka mencuri tumpuan, bahkan penampilan Sophia dalam persalinan serba gaun serba juga menjadi hangat diperkatakan. Paling menonjol tentunya akseseori ‘kepak’ merah pada belakang badannya yang melengkapkan gaya tersebut.

Gaun rekaan Ambianze by Schaawwall ini dicipta khas hasil inspirasi daripada filem bersiri terkenal, Hunger Games lakonan Jennifer Lawrence yang selalu menampilkan rekaan gaun lain daripada yang lain ketika karakternya ditemubual di hadapan rakyat Capitol.

Ditambah pula dengan gaya rambut chignon rendah dengan aksesori kepala keemasan, Sophia tampak cukup bersedia untuk berdepan dengan orang ramai di bangunan MBSA Shah Alam semalam.

Begitupun, di medan media sosial, tidak semua warganet dapat menerima gaya berkepak yang dipilih oleh Sophia.

Ada dengan sinis berkata gaya berkepak ini selalunya sinonim dengan imej bidadari berwarna putih manakala yang imej berona merah pula selalu dikaitkan dengan… korang pandai-pandailah habiskan ayat itu.

“Kepakk. Sama dalam otak aku sekarang ini. Why kepak itu?? Macam budak tadika pergi birthday party.”

“Angel supposed to be warna putih tapi dia sesuai lah warna merah.”

“She is she devil. Help pulis tolong!”

“Kepak tu kacau arrr…. dress cantik bethol dah…”

Err, memang komen tak ada insurans ya!

Apa-apapun, REMAJA rasakan solekan dan gaya mekap yang dipilih untuk Sophia Albarakbah semalam memang sesuai dengan gaya serta warna rambut. Persis si pengantin perempuan yang menunggu masa untuk naik ke jenjang pelamin. Eh!

ARTIKEL BERKAITAN: Kacukan Melayu, Cina Dan Arab. Sophia AlBarakbah Bukan Calang-Calang Rupanya! – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ