Fuh, bukan setiap hari sesiapa dapat melakukan ketiga-tiga perkara di atas dalam hari yang sama.
Namun, pelakon dan aktivis Angelina Jolie bukanlah ‘sesiapa’. Beliau adalah seorang wanita yang cukup hebat!
Angelina, 46 akhirnya memilih untuk membuka akaun Instagram-nya Jumaat lalu. Menerusi hantaran pertamanya, Angie berkongsi sepucuk surat yang diterimanya daripada seorang gadis Afghanifstan yang menceritakan rasa takutnya mengenai konflik yang sedang berlaku di negara itu selepas Taliban kembali mengambil alif tampuk pemerintahannya baru-baru ini.
Di bawah kepimpinan rejim Taliban, kaum wanita terutamanya remaja perempuan kini ibarat kembali hidup ‘dalam penjara’ dan berpotensi menjadi mangsa penderaan semula.
Angie memilih untuk menyuarakan isu yang cukup penting baginya ini dalam perkongsian pertamanya atas dasar kemanusiaan. Beliau sendiri merupakan perutusan khas (special envoy) yang dilantik oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 2012. Menerusi peranannya ini, Angie mengfokuskan kepada krisis penduduk dunia yang terpaksa berpindah secara besar-besaran dari negara bergolak.
Ads
Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di samping Pesuruhjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNHCR) dalam isu pelarian selama bertahun-tahun.
Kalahkan Jennifer Aniston?
Okay, okay.. kami sudah serik dengan ‘pertarungan’ yang dilakukan oleh peminat Angie dan Jennifer Aniston selama ini. Guys, mereka berdua telahpun berpisah daripada seorang lelaki yang pernah bertakhta di hati mereka satu sama dahulu dan masing-masing pergi membawa haluan sendiri sekarang.
Tidak perlulah lagi untuk sesiapa cuba mengaitkan atau mencetuskan perbalahan antara #TeamAngelina dan #TeamJennifer.
Ads
Apapun, tidak dinafikan perbandingan yang dilakukan oleh kedua-dua belah peminat adalah kerana Angie dan Jennifer agak lambat memulakan akaun Instagram masing-masing. Untuk pengetahuan, Jennifer mencatatkan rekod dunia Guiness pada 26 Oktober 2019 apabila dia berjaya mengumpulkan 16.5 juta pengikut dalam masa 10 hari saja sejak akaun Instagram beliau dicipta pada 16 Oktober.
Tambah menarik, setiap pelakon bersiri Friends juga menerima tempias ‘Jennifer Affect’ ini dan setiap seorang (kecuali Matthew Perry yang masih belum mempunyai akaun Instagram pada waktu itu) memperolehi sejuta pengikut baharu. Dalam masa lima jam 16 minit saja, Guiness merekodkan kejayaan Jennifer memperolehi sejuta pengikut dari seluruh dunia. Selepas 10 hari, jumlah 16.5 juta pengikut yang diperolehi itu adalah lebih ramai daripada kombinasi kesemua jumlah pengikut empat pelakon Friends lain.
Ads
Kini nampaknya, Angie pula yang memegang rekod Jennifer tersebut! Pelakon Salt itu berjaya mengumpulkan sejuta pengikut di Instagram dalam masa tiga jam sahaja.
Whoa! Dan setakat semalam, beliau sudahpun mempunyai 4.9 juta pengikut.
Apapun, jumlah pengikut Instagram bagi REMAJA adalah soal kedua.
Apa yang lebih penting adalah makna di sebalik setiap perkongsian selebriti antarabangsa ini – Angie dengan hantaran pertama bertemakan kemanusian di Afghanifstan manakala Jennifer pula berkongsi kepentingan persahabatan apabila memuat naik foto pertama bersama kesemua para pelakon Friends.
Dalam sehari kita ada 24 jam. Jika diukur masa bekerja dan lain-lain hal, ada berapa lagi masa yang kita ada untuk beribadah? Jika kita merasakan 24 jam itu singkat tetapi di akhirat satu hari di akhirat bersamaan 1000 tahun di dunia.
Dalam surah al-Haj ayat 47 ada dinyatakan ..sesungguhnya sehari dari hari-hari azan di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung.
Jika 24 jam kita rasa singkat, bagaimana 1000 tahun? Mendengar perkataan ribu pun lama tapi di akhirat satu hari bersamaan 1000 tahun di dunia.
Jadi untuk tidak menjadikan kita hidup papa di akhirat, apa kata sama-sama kita praktikan amalan harian ini yang perlu kita jaga secara istiqamah. Insya Allah, sikit-sikit, nanti lama-lama jadi kebiasaan. Lagi awal usia kita lakukan, lagi bagus! Semoga kita semua menjadi insan pilihan di akhirat kelak.
Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh – Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali ALLAH yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
Kemudian bacalah surah Yasin– Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yang lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman– Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam Hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari Surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
Selepas solat Maghrib, solat sunat Awwabin – Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya.
Kemudian bacalah surah Al-Waqiah – Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk – Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
Setiap malam apabila hendak tidur, muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kepada Allah di atas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada Hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun.
Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh – Allah janji ‘cahaya’ di Hari Qiamat dan diampunkannya di antara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit.’
Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir di dalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘La ilaha illallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
Tatkala haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan Hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yang mana mampu. Semoga kita dapat amal dan sampaikan. Aamiin. Sumber : MAJLIS ILMU
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
BTS sekali lagi melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai ‘Artist of The Year’ dalam anugerah berprestij antarabangsa American Music Awards 2021.
Mengetepikan pencabar lain seperti Drake, Ariana Grande, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd, kategori utama itu berjaya dirampas oleh selebriti Asia, iaitu BTS dari Korea Selatan.
Selain memenangi kategori terbabit, BTS turut membawa pulang dua trofi utama lain iaitu Duo/Berkumpulan Pop Pilihan dan Lagu Pop Pilihan menerusi lagu Butter.
Empat tahun lalu, selebriti kpop itu pernah tampil buat pertama kalinya di pentas AMA menerusi persembahan lagu DNA dan kemenangan yang diraih mereka tahun ini bagaikan satu mimpi.
Bukan calang-calang selebriti yang pernah memenangi anugerah ‘Artist of The Year’ ni. Semuanya memang nama besar bintang Hollywood.
Jom kita lihat antara selebriti yang pernah merangkul anugerah besar ini dari tahun 2000-an.
2001- NSYNC
2002- U2
2003- Madonna
2004- Kenny Chesney
2005- Kelly Clarkson
2006- Rascal Flatts
2007- Carrie Underwood
2008- Chris Brown
2009- Taylor Swift
2010- Justin Bieber
2011- Taylor Swift
2012- Justin Bieber
2013- Taylor Swift
2014- One Direction
2015- One Direction
2016- Ariana Grande
2017- Bruno Mars
2018- Taylor Swift
2019- Taylor Swift
2020- Taylor Swift
2021- BTS
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada kumpulan BTS. Korang memang daebak!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa tahun dahulu, heboh di kalangan rakyat Malaysia apabila nisbah 1 lelaki bersamaan 14 wanita (1:14) sekaligus membuatkan ramai beranggapan penduduk Malaysia lebih ramai wanita.
Ditambah bilangan wanita yang tidak berkahwin atau belum bertemu jodoh selain jumlah pelajar wanita yang ramai di universiti membuatkan fakta ini semakin dipercayai.
Tapi tahukah, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi 2017 menunjukkan 51.7 peratus kelahiran atau bersamaan 262,755 adalah bayi lelaki berbanding 48.3 peratus bersamaan 245,448 orang bayi perempuan bagi tahun yang sama atau nisbahnya lelaki 107 dan 100 perempuan(107 : 100).
Statistik yang dikeluarkan bagi tahun yang sama juga menunjukkan:
– Setiap 3 minit, 3 bayi dilahirkan dan 1 individu menghembuskan nafas terakhir.
– Setiap hari, 1392 keluarga menimang cahaya mata manakala 444 keluarga lain berduka akibat kehilangan orang tersayang
– Lebih banyak bayi lelaki di lahirkan berbanding bayi perempuan (100 bayi perempuan : 107 bayi lelaki)
– 27.7 tahun merupakan umur purata untuk wanita melahirkan anak pertama
– Kadar kesuburan wanita Malaysia berada di tahap paling rendah dalam sejarah (1.9)
– Seramai 4 133 kanak kanak berusia bawah 5 tahun meninggal dunia tahun lalu
– Bagi setiap 100 ribu wanita hamil yang melahirkan anak, 29 daripadanya meninggal dunia.
Lebih mengejutkan bilangan lelaki meninggal dunia lebih ramai dari wanita iaitu bersamaan 57.8 peratus atau 93, 698 orang berbanding wanita 68, 503 atau 42.2 peratus.
Sumber :- Public Health Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...