Angelina Jolie Buka Akaun Instagram, Sampai Mesej Kemanusiaan & Cipta Rekod Dunia!

Share

 

Fuh, bukan setiap hari sesiapa dapat melakukan ketiga-tiga perkara di atas dalam hari yang sama.

Namun, pelakon dan aktivis Angelina Jolie bukanlah ‘sesiapa’. Beliau adalah seorang wanita yang cukup hebat!

Angelina, 46 akhirnya memilih untuk membuka akaun Instagram-nya Jumaat lalu. Menerusi hantaran pertamanya, Angie berkongsi sepucuk surat yang diterimanya daripada seorang gadis Afghanifstan yang menceritakan rasa takutnya mengenai konflik yang sedang berlaku di negara itu selepas Taliban kembali mengambil alif tampuk pemerintahannya baru-baru ini.

Di bawah kepimpinan rejim Taliban, kaum wanita terutamanya remaja perempuan kini ibarat kembali hidup ‘dalam penjara’ dan berpotensi menjadi mangsa penderaan semula.

Angie memilih untuk menyuarakan isu yang cukup penting baginya ini dalam perkongsian pertamanya atas dasar kemanusiaan. Beliau sendiri merupakan perutusan khas (special envoy) yang dilantik oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 2012. Menerusi peranannya ini, Angie mengfokuskan kepada krisis penduduk dunia yang terpaksa berpindah secara besar-besaran dari negara bergolak.

Sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmat di samping Pesuruhjaya Tinggi PBB Untuk Pelarian (UNHCR) dalam isu pelarian selama bertahun-tahun.

Sumber Foto : Getty

 

Kalahkan Jennifer Aniston?

Okay, okay.. kami sudah serik dengan ‘pertarungan’ yang dilakukan oleh peminat Angie dan Jennifer Aniston selama ini. Guys, mereka berdua telahpun berpisah daripada seorang lelaki yang pernah bertakhta di hati mereka satu sama dahulu dan masing-masing pergi membawa haluan sendiri sekarang.

Tidak perlulah lagi untuk sesiapa cuba mengaitkan atau mencetuskan perbalahan antara #TeamAngelina dan #TeamJennifer.

Apapun, tidak dinafikan perbandingan yang dilakukan oleh kedua-dua belah peminat adalah kerana Angie dan Jennifer agak lambat memulakan akaun Instagram masing-masing. Untuk pengetahuan, Jennifer mencatatkan rekod dunia Guiness pada 26 Oktober 2019 apabila dia berjaya mengumpulkan 16.5 juta pengikut dalam masa 10 hari saja sejak akaun Instagram beliau dicipta pada 16 Oktober.

 

Tambah menarik, setiap pelakon bersiri Friends juga menerima tempias ‘Jennifer Affect’ ini dan setiap seorang (kecuali Matthew Perry yang masih belum mempunyai akaun Instagram pada waktu itu) memperolehi sejuta pengikut baharu. Dalam masa lima jam 16 minit saja, Guiness merekodkan kejayaan Jennifer memperolehi sejuta pengikut dari seluruh dunia. Selepas 10 hari, jumlah 16.5 juta pengikut yang diperolehi itu adalah lebih ramai daripada kombinasi kesemua jumlah pengikut empat pelakon Friends lain.

Kini nampaknya, Angie pula yang memegang rekod Jennifer tersebut! Pelakon Salt itu berjaya mengumpulkan sejuta pengikut di Instagram dalam masa tiga jam sahaja.

Whoa! Dan setakat semalam, beliau sudahpun mempunyai 4.9 juta pengikut.

Apapun, jumlah pengikut Instagram bagi REMAJA adalah soal kedua.

Apa yang lebih penting adalah makna di sebalik setiap perkongsian selebriti antarabangsa ini – Angie dengan hantaran pertama bertemakan kemanusian di Afghanifstan manakala Jennifer pula berkongsi kepentingan persahabatan apabila memuat naik foto pertama bersama kesemua para pelakon Friends.

Published by
FZ