Selama ini, imej pelakon Hollywood, pengarah dan humanitarian, Angelina Jolie cukup dikenali sebagai seorang wanita yang kuat dan rajin menghulurkan bantuan bagi mereka yang memerlukan.
ARTIKEL BERKAITAN : Angelina Jolie Buka Akaun Instagram, Sampai Mesej Kemanusiaan & Cipta Rekod Dunia! – REMAJA
Jelitawan berusia 46 tahun itu bagaimanapun tidak dapat mengelakkan diri daripada terlibat dengan misi bantuan banjir di Pakistan.
Dilaporkan lebih 33 juta penduduk terjejas oleh bencana banjir itu berikutan hujan lebat monsun sejak pertengahan Jun.
Angelina mengunjungi daerah Dadu di wilayah Sindh pada Selasa, dan bertemu mangsa banjir, lapor saluran televisyen Pakistan.
Sejak Isnin, dua penerbangan bantuan tiba di lapangan terbang Karachi dari Oman, satu dari Dubai dan sebuah lagi penerbangan yang diatur Unicef.
Turki dan UAE menghantar paling banyak bantuan menerusi udara selain menggunakan tren oleh Turkiye. Enam “Tren Ikhlas” Turki berlepas pada Selasa, manakala enam lagi bakal menyusul pada minggu-minggu akan datang, menurut laporan media Pakistan.
Sumber : 1
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.