Anggota Polis ‘Live’ TikTok Sewaktu Operasi? Netizen Pula Risau Cemar Integriti Warga PDRM

Share

Jika sebelum ini, sorang guru menjadi bualan dan perhatian warganet selepas melakukan sesi penstriman langsung atau live ketika sesi pembelajaran berlangsung di sekolah?

ARTIKEL BERKAITAN : Guru Mengajar Sambil ‘Live’ TikTok Di Sekolah, Unit Kementerian Pendidikan ‘Take Note’

(Foto Hiasan) Via Forbes

Terbaru, tular pula di media sosial apabila terdapat seorang anggota polis yang membuat live

di TikTok pada waktu bekerja. Lebih menghairankan, anggota polis yang didakwa netizen berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) ini dilihat melakukan live sewaktu operasi yang turut disertai beberapa anggota polis yang lain.

 

Perkara ini terjadi selepas anggota polis tersebut membuat live ketika sedang beroperasi. Dengan jelas juga beliau teruja dengan jumlah kehadiran penonton yang menyertai live sehingga berjaya meraih 1,900 tontonan.

Tindakan bersahaja anggota polis ini jelas membuatkan para netizen mempersoalkan sama ada anggota polis sememangnya dibenarkan untuk menjalankan live

TikTok sewaktu operasi atau sebaliknya.
Foto Hiasan (Via Utusan Digital)

Ramai juga yang mempersoalkan profesional dalam kumpulan Sang Saka Biru ini apabila membuat ‘live’ sebegini. Malah, menerusi perkongsian video yang tular, para netizen turut memohon untuk pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengambil tindakan. Diharap seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu mencemar integriti warga PDRM.

Hmm…nampaknya semakin ramai berlumba-lumba memuat naik content serta memanfaatkan platform TikTok ini. Tapi wayar ke pada pendapat korang apa yang dilakukan oleh anggota polis ini?

BACA LAGI : Aplikasi TikTok Saingi Shopee, Akan Perkenal Kedai Atas Talian Di Malaysia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Twitter @Tsgxy_

 

Published by
Nana