Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini akhirnya ditemui sekitar jam 4.50 petang, pada hari Sabtu.
Mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kesembilan operasi.
Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan seramai 31 orang. 20 daripadanya merupakan orang dewasa manakala 11 lagi adalah kanak-kanak.
Memetik laporan Sinar Harian, para petugas SAR semasa jasad mangsa ditemui sebentar tadi kelihatan lega apabila usaha pencarian kesemua mangsa akhirnya tamat.
Antara yang terlibat dalam operasi berkenaan termasuklah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Masing-masing juga dilihat saling berpelukan antara satu sama lain sebagai tanda lega dan penuh kesyukuran.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di jalan Batang Kali-Genting Highlands yang menimpa 92 orang pengunjung tapak perkhemahan Father’s Organic Farm sekitar jam 2.30 pagi sewaktu kesemuanya sedang nyenyak tidur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Anak Yang Baik, Selalu Peluk Cium Saya,” Emak Arwah Luah Rasa Rindu
Tiada apa yang lebih memilukan apabila diduga dengan kehilangan anak. Perginya pula dalam satu kemalangan yang pastinya memberikan satu kenangan perit untuk ditelan. Namun sebagai hambanya, tiada upaya untuk menolak akan takdir Illahi.
Inilah perasaan yang dilalui oleh Mariam Sanani binti Harun. Kehilangan anaknya, Amir Hamzah ibarat wira yang perlu disanjung dan diberi pujian kerana baik budinya. Anak bongsunya ini pergi meninggalkan dirinya selepas niat murninya membantu sebuah kereta yang kemalangan di Lebuhraya 14.5 NKVE pada 12 Oktober lalu dalam hujan lebat pada jam 4 pagi tanpa menyedari ada bahaya yang mendatang.
Difahamkan Amir tercampak ke dalam Sungai Kayu Ara di lokasi kemalangan selepas terlambung kira-kira 20 meter selepas dilanggar sebuah lori simen yang menghentam kereta terbabit sehingga mengakibatkan dua kematian. Kemalangan ngeri itu tidak berakhir begitu sahaja kerana belum sempat berfikir, dua lagi lori menghentam lori tersebut sehingga mengakibatkan kemalangan ngeri terjadi.
Ternyata, pelajar yang baik hati ini, sepatutnya menerima segulung diploma selepas tamat pengajian di Cybernetic Internasional Kolej Technology pada hari kejadian, hanya ditemui mayatnya lima hari kemudian di kunci air Seksyen 32 Shah Alam, yang dianggarkan lebih dari puluhan kilometer dari lokasi awal kemalangan.
ARTIKEL BERKAITAN : Adik Sepatutnya Ada Majlis Konvo Tapi Hingga Kini Hilang, Abang Rayu Cari Adik
Pemergian ini, biar menyedihkan tapi dia redha. Redha kerana Allah masih memberi peluang untuknya menziarahi kubur biar sudah 5 hari hilang sebelum ditemui. Hari lahir anaknya ke 22 tahun yang jatuh pada 1 November, hanya bacaan doa mampu dipautnya.
Tinjauan REMAJA di Hospital Shah Alam tadi, lokasi di mana jenazah Amir Hamzah dipercayai ditempatkan. Tidak menangis dan dilihat kuat kerana tidak mahu dilihat bersedih, biar jenazah anaknya belum diberi kebenaran keluar lagi tapi naluri keibuannya berkata “I know, its her”. Itulah jawapan Mariam tatkala ditanya.
Kata ibu anak enam ini lagi, anaknya memang anak emak, selalu memeluk dan menciumnya. Malah berjanji akan membelikannya macam-macam kesenangan bila sudah bekerja nanti.
“Amir dari dulu minat dalam dunia ketenteraan. Sebelum ini pergi ke temuduga tentera laut tapi tak lepas untuk ketinggian. 18 hb ini sepatutnya Amir ada temuduga akhir untuk tentera darat tapi semua itu tak sempat.
“Masa belajar dahulu, Amir pernah cakap nak jadi chef kapal persiaran mewah. Katanya gajinya dibayar dalam US Dollar dan berbaloi. Katanya lagi, bolehlah dia belikan Mamanya macam-macam.
“Doa memang anak emak. Rindu pada semua kenangan itu,” katanya yang memaklumkan dia redha namun setiap kali saudara mara dan kenalan datang mengucapkan salam takziah, air matanya pasti akan mengalir penuh sebak.
Setakat jam 7 petang tadi, biar selepas bedah siasat sudah sempurna dilakukan tetapi jenazah Amir masih belum dapat dikeluarkan dari Hospital Shah Alam kerana pihak polis masih memerlukan dna keluarganya.
“Saya redha, lima hari lalu saya boleh tunggu, kalau kena tunggu lagi 3 hari untuk ujian dna itu siap, saya akan tetap menunggunya,’katanya memaklumkan dnanya sudah diambil pihak hospital untuk padanan.
ARTIKEL BERKAITAN : Gerak Hati Saya Yakin Itu Adik Berdasarkan Tali Pinggang PLKN Dipakainya
Amir sudah tunjuk kelainan sebulan lalu
Jika orang muda lain teruja mendapat motosikal baru, Yamaha Y 15, namun sebulan lalu Amir Hamzah seakan tidak teruja untuk membawa motosikal baru itu.
Ini dimaklumkan oleh abangnya, Khairul Anuar yang memaklumkan sejak sebulan lalu sebelum pemergiannya, adiknya sudah menunjukkan kelainan.
“Bukan saja tak teruja nak pergi ambil motosikal itu di kedai tapi Amir siap cakap, dia beri motosikal itu pada seorang pakcik yang sedang membuat rumah ayahnya untuk kegunaan angkut simen.
“Memang nampak benar perubahannya. Mungkin dia sudah tahu tapi tidak mahu kami semua susah hati,’ kata Khairul yang turut membuat pengecaman mayat selepas post mortem tadi. Yakin itulah mayat adiknya yang sudah kembung selepas lima hari, tandanya adalah melalui baju merah yang dipakai Amir masih melekat pada badan mayat tersebut.
“Apa pun saya akur dengan permintaan pihak polis yang mahu dna ini dilakukan dahulu. Kubur sudah siap, begitu juga van jenazahnya tapi kami akur dengan arahan ini,” katanya yang mengharapkan doa dari orang ramai untuk kesejahteraan roh adiknya.
Pelakon Ini Terima Kecaman Ramai Kerana Warna Kulit, Selebriti Lain Bersuara!
Baru-baru ini, Disney mengumumkan pelakon yang bakal memegang watak Ariel dalam filem live-action The Little Mermaid iaitu Halle Bailey, 19 tahun.
Namun, tanpa disangka pengumuman itu menerima maklum balas yang negatif daripada peminat Disney. Antara salah sebab adalah kerana warna kulitnya.
Tidak cukup itu, turut trending di laman Twitter adalah #NotMyAriel.
The hashtag #NotMyAriel is trending worldwide after Halle Bailey started receiving backlash because of the color of her skin! pic.twitter.com/6iS3yTOAKH
— Music News Facts (@musicnewsfact) July 4, 2019
Susulan itu, para pelakon Hollywood lain segera mempertahankan Halle malah tidak sabar untuk melihat puteri Ariel versi Halle di layar perak.
@chloexhalle This girl is about to smash it up, y’all not even ready. Welcome baby gal 💜💜💜👸🏾 https://t.co/ylFuk2en2f
— Naomi Scott (@NaomiScott) July 3, 2019
In case you needed a reminder… Halles get it DONE. Congratulations @chloexhalle on this amazing opportunity, we can’t wait to see what you do! #TheLittleMermaid #HalleBailey pic.twitter.com/z0Rik2nxRe
— Halle Berry (@halleberry) July 3, 2019
Oh, hey, meet Ariel!
🧜🏾♀️🧜🏾♀️🧜🏾♀️❤️❤️❤️ https://t.co/1DCJpetNao— Lin-Manuel Miranda (@Lin_Manuel) July 3, 2019
Yeeeeessss!! Here for thiiiissss!! @chloexhalle ♥️♥️🙌🏽🙌🏽 https://t.co/8hpuSKb4rD
— Zendaya (@Zendaya) July 3, 2019
Selain Halle, Liu Yifei yang memegang watak Mulan juga turut dikecam netizen kerana dikatakan tidak sesuai untuk memegang watak berkenaan.
Malah, Will Smith juga turut dikecam semasa diumumkan memegang watak Genie dalam filem Aladdin baru-baru ini namun semua kecaman itu dapat dihapuskan setelah dia berjaya melakonkan wataknya dengan baik sekali.
Mungkin, kita perlu beri peluang kepada para pelakon ini untuk menunjukkan bakat mereka. Dan, yang paling penting adalah don’t judge a book by its cover!
“Kembang Tekak”, Premis Kilang Roti Diserbu DBKL Tapi Tak Sangka Yang Ditemui…
Walaupun nasi adalah makanan ruji atau pilihan makanan utama penduduk di Malaysia, roti juga bukanlah sejenis makanan yang jarang dimakan.
Ia mungkin boleh dikatakan makanan ruji kedua selepas nasi dan diambil setiap hari ketika sarapan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.
Namun sesedap mana pun sesuatu makanan itu jika kebersihan tidak dijaga dalam operasi penghasilan makanan, tiada gunannya juga kan.
Memang mengejutkan, guess what?
Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilaporkan telah melakukan serbuan di sebuah kilang roti di Taman Gembira dekat Jalan Kuchai Lama selepas didapati menggunakan air dari tandas yang kotor.
Sumber: @redzuanNewsMPB
Malah pihak DBKL juga mendapati, proses penyediaan makanan di premis dan bahan mentah dilakukan di atas lantai yang basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding yang berdaki hitam.
Rata-rata netizen terkejut dengan penemuan dan pendedahan DBKL ini.
Antara kesalahan lain yang didapati ialah pihak premis menggunakan peralatan dan kelengkapan memproses makanan dalam keadaan kotor dan usang selain daripada menggunaan sumber air dari tandas yang kotor serta terdapatnya kesan hurungan najis tikus dalam stor tempat penyimpanan peralatan dan bahan mentah.
Guna air dari tandas .
Lantai premis pula kotor dengan sisa makanan selain dinding tempat penyediaan makanan berdaki hitam.
Stor bahan mentah ada kesan najis tikus
Itu keadaan sebuah kilang roti diserbu DBKL hari ini.
Premis di Jalan Kuchai Lama ini diarah tutup.@BuletinTV3 pic.twitter.com/I9QPdcVXZZ
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) September 24, 2020
Premis itu kemudiannya diarahkan tutup di bawah Perintah Penutupan Premis – Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuat kuasa hari ini.
Okay, penulis terus rasa kembang makan roti tadi…huhu
Sumber :Twitter @redzuanNewsMPB