Kemenangan Lesley Cheam pada 7 Oktober 2022 yang lalu sebagai Miss Universe Malaysia menerima reaksi bercampur baur. Ada yang gembira dengan kemenangannya ada juga segelintir yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Apa yang boleh penulis katakan, Lesley cukup positif dalam menghadapi segala kecaman. Usai dinobatkan, gadis dengan ketinggian 166cm ini yang merupakan seorang hos dan juga pengacara majlis dilihat sibuk dengan kerjanya selepas memenangi gelaran Miss Universe Malaysia.
Terbaharu, organisasi Miss Universe Malaysia telah berkongsi hasil penggambaran terkini ratu cantik tersebut usai kemenangannya. Tampil mengenakan gaun hitam potongan kemban, penampilan gadis berusia 26 tahun diserikan lagi dengan perhiasan kemas mewah.
Lesley yang berkongsi gambar tersebut di ruangan InstaStory menitipkan kata-kata semangat. Ujarnya, “Terdapat seribu satu kisah dalam kehidupan saya yang menjadikan siapa saya hari ini.”
Ads
Menerusi hantaran di laman Instagram, selain mengacara majlis, dia kini dilihat sibuk menjalani penggambaran serta menghadiri temu bual bersama media selain mengikuti kelas-kelas persediaan sebagai ilmu untuk melengkapkan dirinya sebelum mewakili Malaysia. Miss Universe 2022 dijangka berlangsung di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarkat pada Januari 2023.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Konflik yang berlaku usai berlabuhnya tirai pertandingan ratu cantik, Miss Grand International 2024 baru-baru ini seakan merobek momen kemenangan Rachel Gupta dari India selaku juara edisi 2024-nya.
Ini susulan penarikan semula gelaran pemenang tempat ketiga oleh pihak organisasi Miss Grand International daripada wakil Myanmar, Thae Su Nyein atas dasar tingkah laku tidak senonoh dan perlakuan di khalayak umum yang melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan oleh organisasi.
Tingkah laku tersebut merujuk kepada bagaimana Thae yang baru berusia 18 tahun menangis dan berteriak selepas turun dari pentas utama. Gadis itu juga terpaksa ‘digendong’ oleh pasukan Myanmar untuk keluar dari dewan pertandingan sambil mahkota serta selempangnya dirampas oleh pengarah kebangsaannya.
Lalu, ramai pemerhati yang merasakan faktor usia mudanya sebagai punca kepada episod ‘breakdown’ di dalam dewan tersebut.
Bagaimanapun, jika diamati sejarah kemenangan dunia ratu cantik sejak era 90-an hingga tahun lalu, sudah ramai juara berusia 18 tahun yang ditabalkan di pentas berprestij termasuklah Miss Universe, Miss World, Miss Earth dan Miss International .
Jom kita lihat sembilan orang ratu pilihan REMAJA yang memenangi gelaran juara masing-masing ketika berusia 18 tahun dan mampu menunjukkan kematangan yang menyakinkan sewaktu menang dan sepanjang tempoh mereka menggalas gelaran tersebut.
Terlalu ramai saingan daripada model berbilang bangsa yang berasal dari pelbagai negara sehinggakan hanya segelintir saja yang telah berpeluang untuk merasai pengalaman tersebut.
Terbaru, model kelahiran Malaysia iaitu Vanizha Vasanthanathan telahpun mengharumkan nama negara setelah kelibatnya dapat disaksikan pada Minggu Fesyen Milan yang telah rancak berlangsung di sana pada akhir bulan Februari lepas.
Vanizha turut berkongsi momen di sebalik tabir semasa Minggu Fesyen Milan di bahagian highlights-nya. Tangkap Layar : Instagram Vanizha Vasanthanathan
Vanizha, 28 yang merupakan wajah sinonim dengan pertunjukan fesyen di Malaysia dan penggambaran paparan fesyen bagi majalah serta pereka fesyen tempatan dilihat menyarungkan persalinan daripada jenama ACT N°1 dan Marco Rambaldi bagi koleksi musim luruh/sejuk 2022 masing-masing.
Bukan mudah untuk menempa slot sebagai salah seorang model yang menjayakan Minggu Fesyen Milan. Namun Vanizha bukanlah calang-calang.
Sewaktu pertunjukan jenama ACT N°1, dia tampil serba glamor dengan dress berserta bukaan tinggi di tepi dan but hitam paras lutut; seperti yang dikongsikan olehnya menerusi hantaran di Instagram ini.
Manakala bagi pertunjukan Marco Rambaldi, dengan penuh yakin Vanizha membawakan busana yang diperbuatkan daripada fabrik kait yang disatukan ala kolaj; bersama seluar ungu lilac bertekstur.
Pertunjukan Marco Rambaldi. Sumber Foto : ShowStudio
Untuk pengetahuan, ini bukanlah kali pertama Vanizha mencipta rekod dalam industri fesyen. Terdahulu, dia pernah terpilih sebagai model keturunan India-Malaysia pertama untuk terlibat dalam kempen jenama kecantikan dan penjagaan diri, Sephora.
Selain itu, Vanizha juga berpengalaman berjalan di pentas peragaan bagi acara Minggu Fesyen Lakme (di Mumbai, India), Minggu Fesyen China dan Minggu Fesyen Jakarta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Memasuki bulan Julai sahaja, minda terus terbayangkan peluang merebut berbagai-bagai jenis jualan murah bersempena tarikh istimewa 7 Julai. Pastinya korang tertanya-tanya platform jualan manakah yang harus dijadikan sasaran pada tahun ini.
Well guys, of course we got you covered!
Tiada yang lebih menguntungkan dan memberikan rasa puas buat bakal pembeli melainkan platform Shopee pada kali ini – and we will tell you why.
Mungkin sebilangan kecil daripada korang terlepas pandang mengenai kategori fesyen dan kecantikan yang ada ditawarkan di Shopee. Kita pasti korang akan terkejut apabila dapat tahu kepelbagaian produk yang boleh korang miliki pada harga berbaloi di sini; sehinggakan korang tidak tahu hendak beli yang mana. Too many choices!
Tambahan pula, dengan kempen 7.7 Festival Fesyen & Kecantikan yang dibawakan oleh Shopee, korang dijamin akan tampil fashionable sepanjang bulan Julai ini tanpa perlu merabakkan kocek masing-masing. Jom kita lihat di antara tawaran yang ada disediakan khas untuk korang semua.
Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum
Setiap kali menyemak bahagian check out sahaja, – be honest – perkara pertama yang akan kita perhatikan adalah kos penghantaran yang perlu dibayar.
Kali ini, Shopee berbesar hati menawarkan penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum pada setiap hari bermula sekarang sehingga 7 Julai nanti! Untung besar sudah di situ, bukan? Tapi tunggu..
Baucar Diskaun 70% Fesyen & Kecantikan
Jangan terlepas peluang menebus dan menggunakan baucar 70% bagi produk-produk trending di bawah kategori Fesyen & Kecantikan. Korang boleh jimat lebih lagi jika check-out barang yang ada dalam cart korang pada jam 12 tengah malam, 12 tengah hari dan 8 malam pada 7 Julai ini!
Percaya atau tidak, bukan itu sahaja tawaran hebat yang ingin Shopee berikan kepada korang semua sehingga 7 Julai!
Diskaun RM7 Bagi Setiap RM50
Aha! Nikmati diskaun bernilai RM7 bagi setiap pembelian bernilai RM50 daripada jenama kegemaran korang dan dari mana-mana peniaga terpilih menerusi baucar eksklusif 7.7 SAHAJA.
Inilah masanya untuk korang gunakan strategi discount stacking (Shopee voucher + Seller voucher) pada barangan yang korang idamkan sebelum ia berakhir pada 7 Julai nanti. Apa tunggu lagi tebus semua baucar sekarang!
Jujurnya, kami sendiri terkejut dengan kejutan terakhir oleh Shopee ini. Tak sangka diaorang BERANI menawarkan sesuatu seistimewa ini. Ia tidak lain tidak bukan adalah..
Main Game & Berpeluang Memperolehi Penghantaran Percuma Selama Setahun!
Ya, betul lah itu! Korang tidak salah membacanya. Bermula 26 Jun hingga 7 Julai nanti, Shopee sedang mencari 18 orang pemenang bagi permainan ‘Tap & Win 1 Year Free Shipping’. Enjoy sahaja permainan berkenaan pada setiap hari dan kumpulkan sebanyak mungkin ‘golden ticket’ agar peluang korang mendapatkan penghantaran percuma dari Shopee selama setahun semakin menyinar.
Barulah korang sentiasa tampil young & fresh dengan persalinan baharu pada setiap bulan tanpa merasa bersalah untuk membayar cas penghantarannya. Hehe..
Tak cukup lagi dengan semua tawaran Shopee 7.7 Festival Fesyen & Kecantikan ini?
Laa, kenapa tak bilang nak lagi.. Apa kata korang tune in ke saluran Astro Warna pada 7 Julai bagi menonton episod finale program Astro Mega Spontan Show dari jam 9 hingga 11 malam. Ini kerana Shopee akan menawarkan sesuatu yang istimewa sepanjang program komedi itu bersiaran. Mana tahu, korang semua berpeluang untuk memenangi sehingga 770,000 Syiling Shopee apabila korang bermain “Goyang Shopee” semasa rancangan berlangsung.
Sudah bersedia untuk Festival 7.7 bersama Shopee? We know we are! JOM SHOPEE NOW!
Makluman lanjut mengenai barangan dari kategori fesyen dan kecantikan yang ada terjual dan diskaun-diskaun menarik oleh Shopee, layari sahaja ke shopee.com.my.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, minggu kedua Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila dua peserta terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua dari pentas saingan.Bersiaran secara langsung...