Kemenangan Lesley Cheam pada 7 Oktober 2022 yang lalu sebagai Miss Universe Malaysia menerima reaksi bercampur baur. Ada yang gembira dengan kemenangannya ada juga segelintir yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Apa yang boleh penulis katakan, Lesley cukup positif dalam menghadapi segala kecaman. Usai dinobatkan, gadis dengan ketinggian 166cm ini yang merupakan seorang hos dan juga pengacara majlis dilihat sibuk dengan kerjanya selepas memenangi gelaran Miss Universe Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Graduan Farmaseutikal & Sains Kesihatan, Lesley Cheam Dinobat Miss Universe Malaysia 2022
Terbaharu, organisasi Miss Universe Malaysia telah berkongsi hasil penggambaran terkini ratu cantik tersebut usai kemenangannya. Tampil mengenakan gaun hitam potongan kemban, penampilan gadis berusia 26 tahun diserikan lagi dengan perhiasan kemas mewah.
Lesley yang berkongsi gambar tersebut di ruangan InstaStory menitipkan kata-kata semangat. Ujarnya, “Terdapat seribu satu kisah dalam kehidupan saya yang menjadikan siapa saya hari ini.”
Menerusi hantaran di laman Instagram, selain mengacara majlis, dia kini dilihat sibuk menjalani penggambaran serta menghadiri temu bual bersama media selain mengikuti kelas-kelas persediaan sebagai ilmu untuk melengkapkan dirinya sebelum mewakili Malaysia. Miss Universe 2022 dijangka berlangsung di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarkat pada Januari 2023.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber foto: Instagram Miss Universe Malaysia & Lesley Cheam