Kecemerlangan yang ditunjukkan oleh skuad angkat berat Malaysia di Sukan Komanwel Birmingham 2022 telah membuktikan bahawa sukan yang ‘tidak popular’ dalam kalangan penyokong Malaysia tidak wajar dianak tirikan.
Presidennya Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat berkata, populariti sesuatu jenis sukan tidak semestinya akan selalu memberikan pingat.
Justeru, mereka berharap agar lebih banyak pihak penaja akan tampil membantu pada masa akan datang sekiranya ingin melahirkan lebih ramai atlet berpotensi bagi memenangi emas menerusi angkat berat.
Kejayaan kem angkat berat yang setakat ini telah memperolehi dua pingat emas menerusi Mohamad Aniq Kasdan (kategori 55kg lelaki) dan Muhamad Aznil Bidin (kategori 61kg lelaki) sertasatu pingat perak menerusi Muhammad Erry Hidayat (kategori 73kg lelaki) di Birmingham telah mengatasi sasaran ditetapkan Kementerian Belia & Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) iaitu satu emas.
Lalu, persatuan merasakan angkat berat wajar disenaraikan semula sebagai sukan teras negara bagi memperkukuh lagi aktiviti pembangunan atlet.
Ayub berkata sekiranya angkat berat kembali menjadi sukan teras, PABM akan mendapat keupayaan membentuk pasukan pelapis menerusi peruntukan yang lebih besar iaitu dengan memperluas usaha pencarian bakat seawal di peringkat sekolah.
Terdahulu pada tahun 2017, angkat berat menjadi salah satu daripada tiga sukan yang digugurkan daripada senarai sukan teras negara selain sepak takraw dan taekwondo. Ini berikutan terjadinya pelbagai masalah disiplin seperti kegagalan beberapa atletnya dalam ujian doping.
Namun kebelakangan ini, PABM telah banyak melalui pembaharuan terutama dalam menurunkan kes doping dan penggunaan bahan terlarang dalam kalangan atlet.
Ads
Malah di peringkat persatuan negeri, pelbagai bengkel serta seminar juga dianjurkan PABM bagi menegaskan isu displin ini.
Tidak mustahil dengan adanya pendekatan lebih menyeluruh dan meluas dalam mempromosikan sukan angkat berat ini sejak peringkat cilik, Malaysia mampu melahirkan lebih ramai atlet pelapis berkualiti untuk dihantar bertanding di peringkat berprestij seperti Sukan Komanwel ini.
Lihat sahajalah pada kisah kejayaan atlet angkat berat wanita dari Filipina ini yang menjadikan Malaysia sebagai lokasi latihannya sebelum berjaya menggondol pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020, tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penghijrahan merupakan suatu perubahan besar yang telah berlaku dalam diri.
Semalam, merupakan hari yang sangat bermakna buat pelakon Adam Corrie. Tarikh 13 Julai 2007 merupakan hari dimana lelaki berbangsa Cina ini memeluk agama Islam. Pejam celik pejam celik rupanya sudah 14 tahun Adam Corrie istiqamah memeluk Islam.
Sempena memperingati peristiwa yang bermakna ini, beliau juga telah berkongsi kisah bagaimana beliau boleh mendapat hidayah memeluk agama Islam menerusi satu hantaran di Facebook miliknya.
Baca perkongsian Adam Corrie di catatan fbnya.
“Saya masih ingat lagi, pada waktu pagi sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi pada 13 Julai 2007 iaitu 14 tahun yang lalu.
“Ketika itu saya belum kembali pada fitrah (belum memeluk Islam) dan saya nekad berdoa kepada Allah kerana menginginkan kehidupan yang lebih baik.
“Ya Allah, sekiranya agama Islam adalah pegangan agamaku sehingga mati, berikanlah aku petunjuk,” tulis Adam.
Tulis Adam lagi yang berkata bahawa beliau mendapat petunjuk hidayah memeluk Islam ketika berada di alam mimpi dan terus terjaga ketika azan subuh berkemundang.
“Setelah mendapat hidayah serta petunjuk, paginya saya terus pergi ke pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) dan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Ustaz Amran Abdullah pada usia saya 39 tahun.
“Alhamdulillah, Allah telah berikan taufik dan hidayah kepada hambaNya yang mencari kebenaran dalam hidupnya.
“Semoga Allah terus kekalkan iman dan istiqamah memeluk Islam dalam diri saya dan kita semua. Senyum selalu, selalu bersangka baik. InsyaAllah hati tenang,” tulis Adam mengakhiri hantaran beliau di Facebook.
Untuk info, Adam Corrie sebelum ini mengaku yang dia pernah bergekar seorang atheis, iaitu tidak mempercayai kewujudan Tuhan sebelum masuk agama Islam. Adam memeluk Islam pada Julai 2007 dan berkahwin dengan isterinya, Fazema Mohd Fuad pada tahun 2008.
Ramai di kalangan kita pencinta kucing yang juga haiwan kesayangan Nabi Muhammad SAW. Sikap manja si bulus, wajah yang comel membuatkan mereka yang membela binatang ini tidak pernah berkira kos dikeluarkan membeli makanan. Bukan itu saja, kebersihan kucing juga menjadi keutamaan kita.
Kadang-kadang pelik juga bila tengok dagu kucing akan menjadi hitam setelah makan atau minum?
Kotoran atau bintik hitam bawah dagu kucing berkemungkinan daripada masalah kesihatan iaitu disebabkan kecederaan, kemunculan parasit atau gangguan sistem tubuh.
Ini dia rahsia yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook Tony Kit melalui page Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?, tentang info bintik-bintik hitam di dagu kucing ini.
Menurutnya, bintik-bintik hitam ini disebabkan lemak kibble yang tertinggal di bekas makanan mereka dan akan melekat pada dagu serta-merta. Paling penting tak susah pun nak hilangkan kekotoran ini hanya guna tiga bahan yang sangat mudah.
Setelah dua malam berturut-turut keluhan lantang didengari daripada pihak calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 setelah mendapati jadual peperiksaan yang harus mereka hadapi pada bulan Februari tahun hadapan terlalu ketat, hari ini Kementarian Pendidikan (KPM) telah mengumumkan bahawa mereka bakal mengeluarkan jadual baharu SPM dalam tempoh terdekat.
Tinjauan REMAJA di media sosial sejak hujung minggu lalu mendapati ramai yang tidak berpuas hati dengan jadual peperiksaan yang meletakkan beberapa subjek kritikal secara berturutan tanpa membiarkan sedikit ruang untuk pelajar benar-benar melakukan persiapan saat terakhir dengan selesa.
Malah, mereka turut mengkritik tarikh peperiksaan yang jatuh pada hari Jumaat dan Ahad menurut paparan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM).
Ini termasuklah subjek Princip Perakaunan Kerta 1, 2 dan 4 serta subjek Al-Adab wa Al-Balaghah yang dijadualkan pada hari Ahad, 6 Mac. Subjek lain seperti Pendidikan Seni Visual – Ujian Melukis, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta juga pada awalnya dijadualkan berlangsung juga pada hari Ahad, 13 Mac.
Sementara itu, subjek seperti Bahasa Cina, Bahasa Iban, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai, Bahasa Arab, Al-Luhhah Al-Arabiah Al-Mu’asirah dan Turath Bahasa Arab pula jatuh pada hari Jumaat, 18 Mac.
Oleh kerana subjek-subjek ini jatuh pada hari cuti mingguan (Jumaat atau Ahad mengikut negeri), maka ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana situasi tersebut tidak pernah berlaku sebelum ini.
Lalu menerusi hantaran video di Facebook hari ini, Menteri Pendidikan iaitu Datuk Dr Radzi Jidin bekata beliau sudahpun mengadakan perbincangan dengan pihak LPM dan Pengurusan Tertinggi KPM dengan mengambil kira semua pandangan yang diberikan sama ada dari ibu bapa mahupun pelajar. Malah, pandangan pihak guru yang perlu bertugas sebagai pengawas peperiksaan juga diambil kira.
“InsyaAllah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa terdekat,” jelasnya.
Terdahulu, isu jadual peperiksaan SPM 2021 ini turut mendapat perhatian Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...