Drama Filem

Angkat Kisah Mengenai Ajaran Ilmu Sesat, Filem Thaghut Rungkai Rahsia Di Sebalik Sosok ‘Abah’

Share

Indonesia sekali lagi muncul dengan filem seram terbaru yang menjadi bualan orang ramai di media sosial. Mungkin kali ini sedikit dekat dengan isu yang menjadi perhatian iaitu mengenai ilmu sesat.

Filem Thaghut sebelum ini pernah mencetus kontroversi apabila judul asalnya yang diberi nama ‘Kiblat’ menuai kritikan masyarakat sehingga Leo Pictures mengambil tindakan untuk meminta nasihat daripada Majelis Ulama Indonesia.

Selepas mendapat persetujuan, Leo Pictures mengambil keputusan untuk memberi judul filem ini Thaghut iaitu bermaksud melampaui batas. 

Sedikit pengenalan mengenai filem Thaghut, ia memaparkan perjalanan yang dialami oleh seorang pelajar madrasah, Ainun yang baru sahaja mendapat khabar bahawa bapanya yang dikatakan sudah meninggal selama ini ternyata masih hidup dan merupakan orang ‘berilmu’ yang dihormati. 

perjalanan horor yang dialami seorang santriwati saat menemukan bahwa ayahnya yang dikira sudah meninggal selama ini ternyata masih hidup, dan adalah ‘orang pintar’.

SINOPSIS THAGHUT:

Ainun yang dilakonkan oleh Yasmin Napper, sebelumnya menjalankan kehidupan normal sama seperti para pelajar madrasah lain. Namun, disebabkan Ainun tahu bahawa dirinya yatim piatu, dia kerap merasa sunyi apabila seluruh pelajar asrama bercuti.

Mempunyai sahabat seperti Rini (Ria Ricis) yang gemar merakam pelbagai kandungan dengan kamera video, Ainun dan Bagas (Arbani Yasiz) juga kerap membantu Rini dalam pelbagai penggambaran.

Namun dalam diam, Ainun sebenarnya kagum pada seorang lelaki yang dikatakan bijak dan mempunyai ilmu dalam merawat orang juga terkenal dikenali sebagai Abah Mulya (Whani Dharmawan).

Ainun selalu bersemangat setiap kali melihat penampilan Abah di kaca televisyen serta gemar meniru kebolehannya sehingga satu haru Abah dikhabarkan meninggal dalam keadaan paling menakutkan.

Sedih dengan khabar tersebut, Ainun juga terkejut selepas mengetahui fakta bahawa dia merupakan anak kandung kepada Abah. Ainun mengambil keputusan untuk pergi ke tempat Abah bersama rakannya Rini dan Bagas sehinggalah mereka disambut oleh pembantu Abah yang bernama Lingga.

Selepas upacara pengebumian Abah, Lingga mengajak Ainun untuk melihat warisan yang ditinggalkan Abah serta ia juga peluang untuk dirinya mengenali bapa kandungnya.

Walau bagaimanapun, dari awal keberadaan mereka di tempat tinggal Abah, rakan-rakan Ainun sudah pun merasai satu keganjilan berlaku dan Ainun juga tidak menyangka hal misteri apa yang akan dihadapi setelah mengenali sosok sebenar Abah.

Sementara itu, Thaghut ditulis oleh penulis, Lele Laila dan ia menjadi filem ketujuhnya yang ditayangkan pada tahun 2024 iaitu selepas filem Pemandi Jenazah, Badarawuhi di Desa Penari, Possession: Kerasukan, Do You See What I See, Dinda, dan Jurnal Risa by Risa Saraswati.

Filem Thaghut diarahkan oleh Bobby Prasetyo dan dibintangi oleh Yasmin Napper, Arbani Yasiz, Ria Ricis, Whani Dharmawan, Dennis Adhiswara, Hana Saraswati, dan Keanu Azka ini juga akan mula ditayangkan dipawagam seluruh Malaysia pada 26 September ini.

Bagi peminat filem seram Indonesia, Thaghut memang pilihan terbaik untuk ditonton bersama rakan-rakan! Bukan sahaja penuh dengan pengajaran tapi penonton juga boleh ‘relate’ dengan isu yang sedang hangat diperkatakan di Malaysia sekarang tau! 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Kini, penyanyi indie-pop ini kembali dengan album penuh pertamanya, ‘Private Blizzard’! Tajuk album ini diambil daripada frasa “each in his own private blizzard” yang diambil dari puisi “The City Planners” oleh Margaret Atwood. Very mindful#MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia” />

Published by
ZOE