ANIH Berhad Tolak Perbuatan Viral SOLAT Di Lorong Kecemasan

Share

Gara-gara tular foto pengguna lebuhraya merisikokan diri dengan menunaikan solat Subuh di lorong kecemasan Lebuhraya Pantai Timur (LPT), amaran terpaksa dikeluarkan oleh syarikat konsesi demi keselamatan orang ramai.

Ramai warga kota dijangka akan pulang ke Kuala Lumpur pada hari ini dan esok. Lantas, syarikat konsesi Lebuhraya Pantai Timur (LPT) iaitu ANIH Berhad telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tindakan tersebut.

Kata syarikat tersebut, mereka memahami faktor menjaga waktu menunaikan ibadah solat oleg pengguna lebuhraya Pantai Timur ketika musim perayaan dan cuti umum. Malah, mereka juga menghargai kesabaran pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak (KLK) sepanjang musim perayaan Aidiladha ini.

Namun, pihak ANIH bimbang jika tindakan menggunakan lorong kecemasan untuk menunaikan solat akan menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku kepada penunggan motosikal dan kenderaan lain yang mungkin tidak menyedari kehadiran ‘geng’ solat ini di kawasan gelap pada waktu malam sehingga Subuh.


“Sebagai pengendali Lebuhraya KLK, kami ingin memohon orang ramai untuk berhenti solat di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) ketika pulang ke Lembah Klang. (Ini kerana) kami menjangkakan kesesakan yang bakal ditempuhi,” jelas mereka.

Tinjauan REMAJA mendapati ramai netizen yang menyokong tindakan solat di lorong kecemasan itu sebagai sesuatu yang harus dipuji memandangkan mereka cuba untuk menjaga waktu solat. Malah beberapa rakan selebriti turut melafazkan ungkapan ‘MasyaAllah’ dalam posting yang viral itu.

Namun, kita harus menitipkan faktor keselamatan dalam hal ini okay guys.

Solat jaga, keselamatan pun kena jaga. Hati-hati memandu!

Published by
webadmin