Jaguh angkat berat tanah air, Mohamad Aniq Kasdan, telah membuktikan prestasinya yang cemerlang dengan meraih pingat emas dalam kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 yang diadakan di Suva, Fiji, semalam.

Meskipun baru sahaja menjalani latihan selama dua minggu, Aniq menunjukkan kemampuan luar biasa yang mencerminkan dedikasi dan semangatnya.

Menerusi laporan media tempatan, atlet berusia 22 tahun itu menyatakan bahawa beliau tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi, kerana menyedari pentingnya berada dalam momentum terbaik dari pelbagai aspek untuk mencapai kejayaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Aniq Kasdan Tampil Cemerlang Di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023. Raih Pingat Gangsa!

Aniq Kasdan Harumkan Nama Malaysia Di Fiji, Raih Pingat Emas! Tahniah

Aniq bagaimanapun menganggap, pencapaian berkenaan tetap sebagai satu motivasi yang besar.

“Saya tidak jangka dapat buat sebaik ini sebab saya baru mula berlatih dalam dua minggu ini sahaja. Jadi sasaran awal saya hanya 125kg untuk snatch dan 160kg untuk clean and jerk,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa dalam setiap kejohanan, komitmen 100% adalah penting, walaupun cabaran yang dihadapi di sana mungkin kurang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Sekadar Hebat Dalam Arena Sukan, ‘The Terminator Shah’ Juga Berjiwa Seni!

Aniq Kasdan Harumkan Nama Malaysia Di Fiji, Raih Pingat Emas! Tahniah

Momen bersejarah bagi Aniq apabila beliau berjaya memecahkan rekod kebangsaan dan Komanwel bagi snatch dengan angkatan 131kg, serta mencatatkan jumlah keseluruhan 298kg.

Rekod Komanwel bagi snatch sebelum ini adalah 130kg, yang juga dilakukan oleh Aniq di Sukan Olimpik Paris 2024. Bagi clean and jerk, rekod 170kg pula dicatatkan di Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Qatar pada Disember 2023.

Dengan pencapaian ini, Aniq bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai atlet terkemuka negara, tetapi juga memperbaharui dua rekod dalam satu kejohanan.

Aniq Kasdan Harumkan Nama Malaysia Di Fiji, Raih Pingat Emas! Tahniah

Untuk rekod, pingat perak dan gangsa di kejohanan ini diraih oleh Morea Baru dari Papua New Guinea dengan angkatan keseluruhan 265kg, manakala seorang lagi atlet Malaysia, Mohammad Amin Hakimi Mohd Shukry, mencatatkan angkatan 243kg.

Kejayaan Mohamad Aniq Kasdan di Suva adalah satu pencapaian yang membanggakan bagi Malaysia, menandakan masa depan cerah untuk sukan angkat berat negara.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Harian Metro

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI