Aniq Kasdan Tampil Cemerlang Di Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023. Raih Pingat Gangsa!

Share

Mohamad Aniq Kasdan melakar kejayaan apabila dia meraih pingat gangsa acara clean & jerk kategori 61 kilogram (kg) dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia 2023 di Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini.

Pemuda berusia 21 tahun itu juga cemerlang memecahkan rekod kebangsaan dengan angkatan keseluruhan 291kg selepas mengangkat bebanan 125kg bagi acara snatch

.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan Sekadar Hebat Dalam Arena Sukan, ‘The Terminator Shah’ Juga Berjiwa Seni!

Ini kali kedua Aniq memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia selepas meraih perak clean & jerk kategori 55kg pada edisi 2021 di Uzbekistan.

Selepas menyertai Kejohanan Asia di Jinju, Korea Selatan, Grand Prix Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) di Havana, Cuba dan Kejohanan Dunia (kejohanan kelayakan wajib ke Olimpik), Aniq berada pada kedudukan kesembilan keseluruhan.

Sekadar informasi, angkatan 166kg membolehkan juara Sukan Komanwel 2022 itu memenangi gangsa di belakang pemenang dari Amerika Syarikat, Hampton Morris (168kg), manakala Li Fabin dari China meraih perak 167kg.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Berita Harian


Published by
Fath