Bagi peminat drama tempatan, tentunya korang teruja menantikan drama baharu berjudul Tak Sempurna Mencintaimu yang mula ditayangkan mulai hari ini.
Selain dibintangi oleh Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Fendi Bakry, Wan Maimunah, Tamimi Siregar dan Asha Merican, Tak Sempurna Mencintaimu turut menampilkan salah seorang finalis Hero Remaja 2020 iaitu Aniq Suhair dalam drama lakonan ketiganya.
Terdahulu, Aniq pernah mencuri tumpuan menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta apabila gandingannya Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B. Tentunya, skop lakonan Aniq menerusi Tak Sempurna Mencintaimu semakin besar dan cabarannya berbeza pada kali ini.
“Demi memperbaiki teknik lakonan selepas tamat Hero Remaja, saya telah menyertai kelas lakonan bersama kak Ogy Ahmad Daud bersama para pelakon Tak Sempurna Mencintaimu.
“Tapi jujurnya, saya tidak puas kerana kami hanya sempat menyertai setakat beberapa hari saja bersama beliau; sebelum kami bertolak ke Perlis.”
“Jadi untuk mengasah lagi teknik lakonan apabila digandingkan dengan pelakon berpengalaman seperti Redza dan Intan, Aniq banyak menonton tutorial di atas talian serta mendapat tunjuk ajar di set penggambaran,” katanya ketika ditemubual dalam sesi Live Instagram.
Menerusi Tak Sempurna Mencintaimu, Aniq memegang watak sebagai Safwan iaitu adik kepada watak lakonan Intan Najuwa. Safwan digambarkannya sebagai seorang remaja baik dan kasihkan keluarga.
Demi penggambaran, pemilik kategori Hero Favourite ini perlu ke Perlis sekitar bulan November tahun lalu. Setibanya Aniq Perlis buat kali pertama, peluang untuk menyaksikan sendiri tempat-tempat menarik di sana tidak dilepaskan olehnya.
Ads
“Kami perlu shoot merata di sini dan sempat berkunjung ke hampir seluruh negeri. Walaupun cuaca di sini sedikit panas, tapi semua itu berbaloi disebabkan makanan di sini.
“Aniq sempat untuk mencuba makanan laut segar seperti ikan. Harganya memang murah. Cuba bayangkan set nasi ikan siakap bakar, ulam berserta telur dadar hanya RM15 saja! Kalau ikutkan saiz sebegini di Kuala Lumpur, memang tak dapatlah.”
Kita selalu mendengar isu pelakon baharu menerima kecaman daripada warganet disebabkan lakonan mereka dan seseorang yang baru ingin menimba pengalaman seperti Aniq juga tidak terkecuali.
Biarpun begitu, Aniq sedar dia tidak boleh puaskan hati semua orang dan perlu kuat berdepan teguran.
“Ini adalah jalan karier yang Aniq pilih dan Aniq akan sentiasa cuba perbaiki skil dari semasa ke semasa. Siapa yang tidak suka (dengan lakonan) Aniq, sukar untuk saya paksa mereka serta-merta sukakannya.
“Jika ada yang merasakan sesebuah drama itu ‘mengarut’ ataupun tidak seronok untuk ditonton, jangan kecam dan jangan tonton. Senang, Aniq pula hanya fokuskan kepada teguran positif di ruangan komen. Dari situ, Aniq akan cuba perbaiki diri sebagai pelakon,” komennya.
Siapa sangka nasibnya daripada hanya menjadi pekerja bank seterusnya berubah apabila berjaya menempatkan diri di dalam Pencarian Hero Remaja kira-kira 10 tahun yang lalu.
Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkongsi kisahnya sewaktu mula-mula menyertai program Hero Remaja suatu ketika dahulu.
“Semuanya yang berlaku tidak dijangka kerana pada mulanya sepupu saya saja-saja menghantar borang penyertaan kepada Majalah Remaja bagi pihak saya. Niatnya yang ingin bergurau akhirnya menjadi satu titik permulaan untuk membuka peluang buat saya menceburkan diri dalam bidang seni,”
“Bermula dengan menjadi orang pertama yang muncul sebagai wajah penghias kulit, saya juga merupakan orang pertama yang menjawab soalan dari pihak Remaja. Sering menjadi antara yang pertama, tak sangka pula bila di hari final pencarian Hero Remaja saya juga dinobatkan sebagai tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Hehe..,” jelas Zed Zaidi.
Bercerita tentang kehidupannya sebelum masuk ke program Hero Remaja, Zed mengakui dirinya hanya seorang remaja biasa yang bekerja di bank dan cuba untuk masuk ke dalam industri seni untuk mencari duit poket.
“Bila dah diterima masuk menjadi peserta, niat saya memang ingin mencari duit lebih dengan menceburkan diri dalam bidang lakonan dan modeling. Selepas sahaja memenangi Hero Remaja, saya diterima menjadi hos dalam sebuah rancangan yang disiarkan di Astro Ria iaitu Lasak,”
“Daripada situ bakat saya dilihat dan seterusnya mendapat tawaran berlakon. Sehinggalah saya berlakon drama Sembilu yang pada ketika itu mendapat sambutan hangat daripada penonton. Jika diingatkan kembali, tanpa Hero Remaja memang orang tidak akan kenal saya kerana semua yang saya ceburi sekarang ini bermula dengan penglibatan dalam program Hero Remaja,” jelas Zed yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Seniman.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Episod 4 Hero Dewi Remaja yang baru sahaja berakhir Jumaat lepas menyaksikan Arabella dan Jay Iskandar sebagai peserta seterusnya yang disingkirkan dari platform pencarian bakat itu.
Setelah menyaksikan penyingkiran dua finalis tersebut, Luqman Hariz selaku juri jemputan turut mengekspresikan kekesalannya terhadap finalis Hero Dewi Remaja dari segi pemilihan pasangan.
“Termasuk dalam pemilihan partner, jangan ambil option yang selamat, option kawan-kawan dan sebagainya. Seharusnya mereka memilih pasangan yang akan push mereka ke hadapan dan saling melengkapi,” komennya.
Selaku pembaca berita Astro Awani, Luqman juga merasakan bahawa tugas yang diberikan agak mencabar bagi finalis Hero Dewi Remaja kali ini, terutama dari segi kesesuaian personaliti.
“Saya rasa untuk berita sedikir mencabar bagi mereka kerana kalau kita lihat dari segi pesonaliti finalis Hero Dewi Remaja kali ini, mereka lebih sesuai untuk radio. Personaliti mereka lebih cheeerful, bubbly dan sebagainya.
“Mungkin kerana ada elemen serious dan intense sedikit apabila berada di segmen berita, mereka kelihatan ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan gaya penyampaian.
“Maka apa yang saya boleh sampaikan adalah untuk mereka keluar dari comfort zone dan jangan terlalu selesa serta yakin,” komennya.
Manakala berbeza pula bagi Munaa Bella yang merupakan juri jemputan dari radio ERA.
“As a group, saya sangat terkejut sebab mereka tanya banyak sangat soalan dan saya suka melihat mereka mempunyai semangat berkobar-kobar untuk belajar.
“Sebagai someone yang baru sahaja belajar dan terus kena masuk studio dan jadi announcer, saya rasa mereka telah melakukan yang terbaik.
“Its just a matter of time, they need to learn more. Namun secara keseluruhan saya memang kagum dengan kualiti yang dipersembahkan,” komennya.
Buat makluman, episod Hero Dewi Remaja kali ini menyaksikan peserta diberikan dua cabaran berbeza iaitu menjadi penyampai radio dan berita secara berpasangan.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hariz Hamdan, seorang bintang meningkat naik yang kini mula mendapat perhatian pemain industri seni tanah air kerana bakat yang dimilikinya.
Mula bertatih dalam duni seni tempatan menerusi sebuah program realiti popular iaitu Hero Remaja, kini aktor berusia 21 tahun ini juga tidak kurang hebatnya dengan selebriti lain.
Memiliki iras rupa yang tampan dan berbadan tegap, Haris acap kali diberikan peluang untuk memainkan watak sebagai ‘jejaka berada’ ataupun anak kepada ‘Megah Holding’.
Pelakon yang sedang meningkat naik turut dilantik sebagai duta sebuah jenama sukan terkenal, Asics oleh kerana kredibiliti dan karisma yang dimilikinya.
Terbaharu, dirinya teruja dapat bertemu dengan pelakon terkenal Thailand, Pon Nawasch dalam majlis pelancaran koleksi ASICS Autumn Winter 2023 di Bangkok, Thailand.
Menurut Hariz, dia amat mengagumi pencapaian kerja lakonan bintang yang cukup popular dengan drama Devil In Law dan Praomook itu.
“Walaupun dia amat popular di Thailand, tetapi dia amat merendah diri dan tidak lokek memberikan saya nasihat tentang kerjaya dunia lakonan.
“Selain itu, kami juga saling bertukar-tukar pendapat memandangkan sama-sama menitik berat tentang penjagaan kesihatan,” katanya.
Dalam pertemuan itu, Pon yang juga duta Asics Thailand turut sempat menitipkan nasihat buat Hariz. Baginya Hariz seorang pelakon muda yang mempunyai masa depan cukup cerah dalam industri seni tempatan.
“Saya mengenalinya kerana kami sama-sama menjadi duta jenama ASICS di negara masing-masing. Sebenarnya, saya agak terkejut apabila mendapat tahu usianya baru 21 tahun, cukup muda.
“Tetapi melihat pencapaiannya dan cara dia membawa diri saya yakin dia akan pergi jauh dalam industri seni. Cuma nasihat saya, jangan berhenti untuk bekerja keras meskipun sudah berada di tahap yang selesa.
“Setiap hari ada sahaja pelajaran baru yang perlu dipelajari dan sentiasalah perbaiki diri menjadi lebih baik. Disiplin diri paling utama kerana bukan sahaja memudahkan urusan kerja sendiri tetapi juga orang sekeliling,” ujar Pon.
Sementara itu, Pon agak terkejut apabila diberitahu bahawa dia cukup dikenali di Malaysia.
“Saya popular di Malaysia? Sejujurnya saya tidak tahu tentang perkara itu. Apapun terima kasih buat peminat yang memberi sokongan dengan menonton drama saya termasuk di Malaysia,” ujar Pon yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama terbaharunya.
Selain Hariz dan Pon Nawasch, duta lain yang turut hadir pada acara tersebut adalah barisan pelakon terkenal Thailand, Toey Pongsakorn, Neng Sarun dan Tay Tawan serta Ratu Universe Filipina 2019, Gazini Ganados.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...