Pelakon meningkat naik, Aniq Suhair yang kini berada di Tanah Suci Mekah, berkongsi kata-kata nasihat mengenai sikap bersangka baik terhadap orang lain.
Menerusi hantaran video di platform TikTok, bekas peserta Hero Remaja 2020 itu berkata lebih mudah mengubah hati sendiri untuk sentiasa bersangka baik terhadap orang lain.
ARTIKEL BERKAITAN:
“Sebab Saya ‘Delulu’ Mahukan Aniq” -Pemfitnah Aniq Suhair Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka“Kita ini tak mampu nak mengubah hati seseorang untuk bersangka baik kat kita kan. Tapi kita boleh mengubah hati kita sendiri untuk bersangka baik dekat orang lain.
“Itulah kalau nak berubah itu, berubahlah kan. Lebih baik lambat daripada tidak ya tak? Yelah, bukan senang nak jadi baik ini.
“Sekurang-kurangnya kita cuba, betul tak? Sentiasa cuba dan cuba,” tuturnya menerusi video tersebut.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersetuju selain mendoakan yang terbaik buat pelakon naskhah popular Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah itu.
Selain, ramai yang masih lagi tidak dapat move on dengan watak Ustaz Iqbal yang dimainkan oleh pelakon tersebut menerusi drama di TV3 itu.
“Dalam cerita Ustaz Iqbal, ini Ustaz Aniq,” komen seorang pengguna.
“Dia macam ‘selamanya Ustaz Iqbal’,” komen lagi pengguna lain.
“Vibe Ustaz Iqbal melekat sampai sekarang , moga betul-betul jadi ustaz in real life,
” tulis seorang lagi.SUMBER: TikTok Aniq Suhail
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.