Selepas memilih untuk berjauhan dari radar dunia hiburan, penyanyi ternama Anita Sarawak nekad untuk tidak lagi aktif dalam pertunjukan pentas termasuk menolak undangan mengadakan konsert bagi mengenang komposer Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan.

Di usia 72 tahun, Anita dilaporkan sangat selesa menjalani kehidupan berbeza bersama suami tercinta, Mahathir Abdullah di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Mendedahkan pendirian penyanyi yang pernah masyhur dengan lagu Akhirnya Kini Pasti dan Tragedi Buah Epal itu, bekas editor hiburan, Roslen Fadzil berkata, keputusan Anita itu dimaklumkan sendiri oleh suaminya baru-baru ini.

Anita Sarawak Selesa Dengan Kehidupan Lebih Privasi, Mohon Maaf Terpaksa Tolak Undangan Konsert
Gambar terkini Anita Sarawak yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini (Kredit: Shuib Taib)

Menurut Roslen yang diminta oleh penganjur konsert mega mengenang Allahyarham Adnan untuk menjejaki Anita berkata, bagi merealisasikan hasrat itu, beliau meminta jasa baik sahabatnya, Shuib Taib berhubung dengan superstar itu.

“Demi mendapatkan Anita, saya meminta bantuan adik angkatnya yang juga bekas wartawan hiburan The New Straits Times (NST), Shuib Taib berhubung dengan Anita dan suaminya, Mahathir Abdullah di Las Vegas dengan harapan mereka bersetuju”

“Sesudah Shuib berjaya menghubungi mereka, akhirnya kami mendapat jawapan daripada Mahathir melalui pesanan WhatsApp. Walaupun jawapan mengecewakan, tapi kami hormati pendirian Anita dan Mahathir,” kata Roslen menerusi perkongsian di akaun media sosialnya.

Anita Sarawak Selesa Dengan Kehidupan Lebih Privasi, Mohon Maaf Terpaksa Tolak Undangan Konsert
Kredit: Today Online

Anita atau lebih mesra disapa Kak Nita disenaraikan oleh penganjur bersama beberapa penghibur lain yang pernah digilap bakat oleh Allahyarham Adnan dalam konsert mega di Kuala Lumpur yang bakal diadakan tahun hadapan.

Ads

Sepanjang kerjaya seninya, Anita pernah merakamkan lagu Cintamu Muzik Di Hatiku ciptaan Allahyarham Adnan dan lirik ditulis oleh Allahyarham Seri Bayu.

Menerusi pesanan yang sama juga, Mahathir memaklumkan, Anita turut bersedih dengan pemergian Adnan yang disifatkannya sebagai penerbit terbaik di zaman kemasyhuran Allahyarham.

“Terima kasih kerana sudi menghubungi. Apabila memaklumkan kepada Anita mengenai konsert mengenang pemergian Adnan, beliau begitu sedih dan mula terkenangkan detik yang pernah dikongsi bersama salah seorang produser terbaik sepanjang zaman itu”

Anita Sarawak Selesa Dengan Kehidupan Lebih Privasi, Mohon Maaf Terpaksa Tolak Undangan Konsert
Kredit: NST

“Sampaikan salam kami kepada ahli keluarga Adnan dan mereka seharusnya berbangga dengan bakat unik dimiliki Adnan. Mengenai undangan konsert, Anita ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas tanda ingatan,” katanya.

Ads

Menurut Mahathir, seperti diketahui, isterinya Anita sudah bersara dan kini memiliki kehidupan berbeza serta selesa dengan kehidupan yang lebih privasi. Mereka juga menghargai jasa penganjur kerana tanda ingatan namun memohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan.

Dalam pada itu, Roslen turut menghormati tindakan Mahathir yang menolak undangan berkenaan dengan baik dan penuh budi bahasa.

“Jawapan diberikan mungkin mengecewakan jutaan peminat Anita, namun itulah hakikat perubahan terjadi kepada penyanyi Akhirnya Kini Pasti itu. Bagaimanapun, Mahathir mengirimkan fotonya bersama Anita kepada Shuib bagi mengubati kerinduan peminat. Kita doakan kesejahteraan mereka,” kata Roslen lagi.

Ads

Anita Sarawak Selesa Dengan Kehidupan Lebih Privasi, Mohon Maaf Terpaksa Tolak Undangan Konsert

Terdahulu, Anita Sarawak pernah mengejutkan peminatnya selepas membuat keputusan menyepikan diri dari industri hiburan secara mendadak.

‘Kehilangan’ anak kepada seniman Allahyarham Datuk S.Roomai Noor dan seniwati Siput Sarawak itu mencetuskan pelbagai spekulasi berikutan jejak beliau dan suaminya tidak dapat dikesan.

Sehingga kini selepas lebih sedekad ‘hilang’ tiada mana-mana media yang berjaya menyelongkar kehidupan Anita dan suami.

Sumber: Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI