
Baru-baru ini, pelakon terkenal, Anna Jobling sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang dan merangkul trofi utama Gempak Most Wanted Awards 2024 (GMWA24) dengan meraih undian lebih dari 4.8 juta.
Dalam ucapan kemenangannya, Anna atau nama sebenarnya Anna Elissa Gustin Jobling (25) meluahkan rasa syukur serta mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan peminat yang selama ini tidak henti-henti memberikan sokongan.
“Terima kasih kepada mama, papa, keluarga dan semua peminat. Saya sayang anda semua!,” katanya dalam ucapan pada malam Ahad.
Bukan hanya itu, Anna turut memenangi dua lagi kategori yang dipertandingkan di GMWA24 iaitu menerusi Selebriti Tergempak dan Drama Tergempak lakonan bersama Amir Ahnaf iaitu Syurga Itu Bukan Mudah.
Dalam pada itu, kumpulan Insomniacks turut membawa pulang trofi kemenangan menerusi Video Muzik Tergempak dengan lagu berjudul Belum Mulai kolaborasi bersama Nabila Taqiyyah. Selain itu, penyanyi Aina Abdul juga memenangi Lagu/ Audio Tergempak menerusi lagu berjudul Cinta Tak Pernah Tepat Waktu duet bersama Fabio Asher.
Antara pemenang lain #GMWA2024 adalah:
- Digital Creator Lifestyle Tergempak: Amin & Abid Othman
- Digital Creator Foodie Tergempak: Khairul Aming
- Digital Creator Entertainment Tergempak: Ryan Bakery
- Digital Creator Beauty & Fashion Tergempak: Sofea Shra
- Digital Creator E-Sport Tergempak: Pok Ro
- Digital Creator Motivation & Education Tergempak: Fathi Hussein
- Program Digital Tergempak: PodcaSterk Keputusan SPM 7G
Manakala bagi anugerah khas Wira Wonda Keluang Man of The Year dimenangi oleh Abbe Hae atas usaha mereka dalam memberi impak kepada komuniti masyarakat.
Sekadar info, sebanyak 12 kategori dipertandingkan dengan pemenang dipilih berdasarkan undian atas talian. GMWA2024 dihoskan oleh Sean Lee, Amelia Henderson dan Sherry Alhadad dan anugerah itu telah berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam.
Terdahulu, anugerah Gempak Most Wanted Award tahun lalu menyaksikan Anna Jobling sebagai pemenang manakala pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad pada tahun 2022.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.