Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), memuji pencapaian aktres jelita, Anna Jobling, yang membanggakan industri perfileman Malaysia menerusi lakonan hebatnya menerusi filem Indonesia, iaitu Lembayung dan Laut Tengah.
Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman, mengakui bahawa amat mencabar bagi pelakon dari Malaysia untuk mendapat kepercayaan memegang peranan utama dalam karya terbitan negara seberang, memandangkan filem tempatan sukar menambat hati penonton di Indonesia.
“Walaupun beberapa pelakon Malaysia berjaya mencipta nama di Indonesia terutama dalam siri televisyen.
“Anna benar-benar layak menerima pujian kerana berjaya memegang watak utama dalam filem yang ditayangkan di pawagam. Ini adalah pencapaian yang kita patut banggakan,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Selain itu, beliau juga menambah bahawa kejayaan bekas peserta Dewi Remaja itu diharapkan dapat memperkukuhkan lagi hubungan antara industri filem Malaysia dan Indonesia, sekali gus membuka jalan untuk lebih ramai bakat tempatan menempa nama di peringkat antarabangsa.
“Kami di Finas berharap kerjasama antara Malaysia dan Indonesia akan semakin kukuh dengan lebih banyak projek filem bersama yang komersial terutama apabila Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan,” ujarnya.
Ads
Dalam pada itu, Anna Jobling turut meluahkan rasa syukur dan gembira dengan penghargaan yang diberikan.
“Saya amat bersyukur dan berterima kasih atas penghargaan yang diberikan. Kejayaan ini bukanlah milik saya seorang, tetapi hasil sokongan ramai termasuk pihak pengurusan saya, pasukan produksi dan peminat.
Ads
“Saya berharap kejayaan ini dapat membuka lebih banyak peluang kepada pelakon dan penggiat seni tempatan untuk menembusi pasaran antarabangsa. Saya juga teruja untuk terus berusaha mengangkat nama industri perfileman Malaysia ke tahap yang lebih tinggi,” luahnya.
Sekadar info, Anna kini sedang dalam pembikinan filem Duyung – Legenda Aurora bersama bintang terkenal tanah air seperti Maya Karin, Saiful Apek, dan Datuk Yusry Abdul Halim, yang dijangka akan ditayangkan pada September 2025.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FINAS
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semenjak kebelakangan ini, pemain bola sepak Mohamed Salah sering menjadi sebutan netizen di media sosial. Tidak semena-mena bintang Liverpool ini menjadi troll, mungkin kerana namanya yang membawa maksud dalam bahasa Malaysia.
Bagi orang lelaki mereka mungkin sudah cukup mengenali bintang bola sepak ini, namun di kalangan wanita pula, rasanya ada yang tertanya-tanya siapa Salah sebenarnya? Hiks!
Selain daripada bintang bola sepak Liverpool, berikut merupakan 7 fakta tentang Salah yang mungkin ramai tidak tahu.
1. Mohamed Salah pernah mencipta sejarah apabila menjadi pemain Mesir pertama menerima gelaran Pemain Terbaik Tahunan, oleh Persatuan Pemain Bola Speak Profesional England (PFA).
2. Penyerang Mesir berusia 25 tahun ini dianggar bernilai £29.75 juta berdasarkan laman web Transfer Market UK. Pemain kelahiran Mesir yang berpindah ke Liverpool dengan yuran perpindahaan £34.3 juta (RM187.4 juta) daripada AS Roma setakat ini telah menjaringkan 30 gol bersama Liverpool.
3. Pernah terpalit kontroversi kerana enggan berlaga pipi bersama seorang hos wanita sewaktu menerima anugerah Pemain Terbaik Liga Swiss ketika bermain untuk Basel.
“Di Swiss, orang bertepuk tangan sedangkan di Mesir mereka mengkritik saya,” jelasnya.
4. Sudah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Makka, sempena nama kota suci umat Islam di mana ayat pertama al-Quran diturunkan buat pertama kali.
5. Mohamed Salah juga seorang pemain bola sepak Muslim yang tidak pernah berselindung tentang identiti Islamnya. Dia sering melakukan sujud syukur selepas berjaya menjaringkan gol pada setiap perlawanan.
Pemain kelahiran Mesir, 15 Jun 1992 ini sering menadahkan pandangannya ke langit sambil menunjuk ke atas.
6. Walaupun sudah dikenali seluruh dunia, Salah yang lahir dan dibesarkan di perkampungan Nagrig di wilayah bahagian barat Mesir tetap tidak melupakan tanah airnya. Dia kerap membantu orang-orang miskin, hospital, sekolah dan teman-temannya sewaktu kecil dulu.
7. Pernah melibatkan diri di lapangan ketenteraan Mesir sebelum bergelar seorang pemain bola sepak.
Individu yang korang jadikan troll ni sebenarnya hebat orangnya tau. Jangan main-main dengan Salah. Hiks!
Aktor popular, Kamal Adli menzahirkan rasa bangga buat isteri tercinta yang juga aktres jelita, Uqasha Senrose yang tidak pernah mengeluh menjaga puteri sulung mereka, Hawra Uqaira.
“Uqasha Alhamdulillah okey baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby itu.
“Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.
“Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung,” kayanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama terbaharu Viu, Nafsu.
Selain itu, Kamal turut berkongsi perkembangan Uqaira dan cabarannya sebagai seorang bapa.
“Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.
“Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga.
“Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur. Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, pasangan kesukaan ramai itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun kita selalu berbangga dengan penyanyi atau band antarabangsa, kita lupa yang Malaysia sebenarnya mempunyai ramai bakat-bakat terpendam yang menunggu peluang terbaik untuk ke luar negara.
Antara penyanyi yang pernah membanggakan Malaysia ialah seperti lagenda Datuk Sheila Majid, Aisyah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Joe Flizzow, Raihan dan ramai lagi.
Terbaru, penyanyi dan pelakon, Alvin Chong telah dijemput untuk melakukan persembahan di 2019 Asia Song Festival, sebuah acara berprestij yang bakal dilangsungkan di Korea Selatan pada bulan Oktober ini.
Turut sama menyertai Alvin di sana ialah grup popular Korea Selatan WINNER, Eric Nam, ITZY, Jannine Weigel (Thailand), BRWN (Filipina) dan Dami Im (Australia).
Menurut Alvin, “Ia adalah satu penghormatan untuk saya apabila dijemput menyanyi di Asia Song Festival.
“Saya telah impikan peluang untuk melakukan persembahan di pentas itu sejak saya mendapat tahu mengenai penganjurannya beberapa tahun lepas. Selepas bergelar penyanyi, saya banyak dipengaruhi dengan muzik K-pop. Tambahan pula bila saya menyaksikan grup seperti Big Bang, 2NE1, EXO, Blackpink dan NU’EST secara live.
“Kualiti persembahan mereka tidak pernah gagal, dan saya tak sabar untuk menyertai penyanyi di sana pada tahun ini,” jelasnya dengan penuh excited.
Alvin bagaimanapun belum meninggalkan karier lakonan sepenuhnya apabila dia sudah bersedia dengan beberapa projek lakonan yang akan dilancarkan tak lama lagi.
Antaranya ialah filem khas Tahun Baru Cina berjudul ‘Men In Red’ dan drama web-series di XUAN yang akan menemui penonton pada bulan November ini.
*
Sebelum ini, ada juga penyanyi Malaysia yang pernah mewakili negara untuk festival nyanyian itu. Ini termasuklah Runn Lim (2008), Michael Wong (2010) dan Asmidar (2017)
2019 Asia Song Festival akan membuka tirai pada 11 Oktober ini untuk tempoh 2 hari di Kompleks Stadium Ulsan. Korang boleh ke laman web mereka untuk melihat update terbaru untuk persembahan Alvin Chong dan lain-lain penyanyi.
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peserta Big Stage Alpha, Araff, menjadi perhatian hangat netizen Indonesia apabila gaya vokal dan imejnya mendapat pelbagai reaksi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Penyanyi muda...