Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah yang dilalui oleh seorang peragawati yang mula menceburkan dalam bidang ini dalam usia yang muda.
Adakah ia sentiasa dipenuhi dengan pelbagai elemen glamor semata atau sebaliknya. Salah seorang Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19, Anna Jobling atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Binti Abdul Rahman merupakan seorang peragawati yang telah terlibat dengan dunia fesyen sejak usia belasan tahun lagi.
Gadis yang memiliki darah kacukan Inggeris dan Portugis Melaka ini mula menunjukkan minatnya dengan dunia peragaan sejak berusia lima tahun lagi. Jelas Anna, dia pernah menerima tawaran untuk menjalani uji bakat ketika berusia lima tahun. Namun pada ketika itu masih kecil dan sangat malu.
Ibunya yang menjadi pendorong utama kariernya telah mengambil keputusan untuk menunggu masa yang sesuai untuk Anna mula bergoat aktif dalam dunia peragaan.
Kemudia pada usia 15 tahun, Anna mula menceburkan diri dengan dunia peragaan terutamanya dalam bidang peragaan fesyen majalah dan iklan komersial televisyen.
Bila ditanya tentang pengalaman paling memeritkan bergelar sebagai peragawati, Anna berkongsi tentang satu ketika dia terpaksa menjalani tiga sesi penggambaran dengan tiga majalah berbeza dalam masa satu hari.
“Memang rasa penat sangat tapi dalam masa yang sama saya cukup teruja untuk melihat foto-foto itu keluar dalam majalah. Segala penat lelah sangat berbaloi bila melihat hasil yang memuaskan hati saya bila keluar dalam kesmeua majalah itu. Walaupun terpaksa bangun awal pagi hingga ke malam ia cukup berbaloi bagi saya yang bergelar sebagai peragawati,” jelas Anna yang merupakan seorang peminat sambal tempe sebagai makanan kegemarannya.
Orang yang bertanggungjawab memperkenalkan bidang modelling dalam hidupnya tidak lain tidak bukan ibunya yang tersayang. Sejak kecil dia sudah menunjukkan minat dengan fesyen dan sering bermain dressing up, memakai mekap dan mengambil foto dengan posing seperti model.
View this post on Instagram
Selepas hampir tiga tahun aktif sebagai peragawati Anna kini ingin mencari satu cabaran yang baru. Dan disebabkan itulah dia memilih Dewi Remaja kerana dia yakin ini merupakan platform yang terbaik untuk dirinya mencungkil petensi diri yang ada dalam diri.
“Menjadi seorang model bukanlah senang seperti yang orang sangka. Mungkin ornag orang yang tidak pernah terlibat mengetahui selok-belok apa yang berlaku disebalik tabir tidak tahu tentang betapa sukarnya bidang ini. Ia memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi. Sebagai model saya harus sentiasa menghadiri sesi casting. Dan bila sudah dapat job harus ikut pergi ke lokasi shooting walaupun jauh. Ini bukanlah kerja yang glamor semata-mata,” tambahnya lagi.
Membesar dalam sebuah keluarga berbeza budaya dan latar bekalang juga menjadikan Anna sebagai seorang gadis yang istimewa. Sejak kecil dia membesar dengan dua dunia berbeza iaitu budaya Malaysia dan Inggeris.
“Saya membesar dengan makanan dari dua budaya berbeza. Tambahan pula ibu dan ayah saya memang suka memasak. Tapi sejujurnya saya lebih suka makanan Malaysia namun lebih suka cuaca di England. Dibesarkan di dalam famili campuran menjadikan saya lebih berfikiran terbuka dan mempunyai sikap tolenransi yang tinggi”, jelas Anna yang mempunyai sebanyak 14 ekor kucing peliharaan.
All the best Anna on your journey in Dewi Remaja!
Tonton Episod Kedua Dewi Remaja 2018/2019 pada 2 Disember (Ahad) ini di saluran Astri RIA (104) dan RIA HD (132). Kemudian, sit back dan ikuti LIVE Facebook serta Instagram bersama para finalis pada jam 11.30pm di akaun majalahremaja.