Siapa tidak kenal pelakon berbakat antarabangsa Anne Hathaway, bintang filem popular dan kesukaan ramai The Princess Diaries ini tetap cantik meski hampir memasuki usia 40an.
ARTIKEL BERKAITAN : Bergaya Dan ‘Hot’ Di Usia 50, Wajah Terkini Pelakon Popular Drama Rosalinda
Tetap Cantik Dan Tak Makan Dek Usia
Melihat foto terkini selebriti jelita berusia 39 tahun ini, Anne tetap nampak bergaya dan membuatkan peminatnya terpegun melihat wajah Anne yang tidak banyak berubah dan tetap cantik seperti di zaman mudanya.
Disebabkan kecantikan dia, Remaja melakukan sedikit research mengenai ‘isu’ tersebut. Dan berikut adalah apa yang kami jumpa mengenai rahsia dan amalan yang dilakukan oleh Anne supaya tetap kekal muda!
Wajib pakai sunscreen setiap masa & hari!
Anne pernah berkongsi bahawa rahsia kecantikan ibunya adalah sunscreen. Sejak dari remaja, dia akan menggunakan sunscreen bagi melindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB serta radikal bebas. Jenama sunscreen yang digunakan oleh Anne adalah Actinica Lotion; sunscreen SPF50+ yang mengandungi formula mesra kulit sensitif.
Ambil makanan anti-radang
Dipetik daripada [Shape], jurulatih pemakanan Anne, Jackie Keller mendedahkan aktres ini akan mengambil makanan anti-radang; bijirin penuh, tepung ditapis, alpukat dan sayur-sayuran.
Untuk pencuci mulut pula, dia akan makan biskut coklat cip tanpa gluten.
Jalan kaki sekurang-kurangnya 30 minit
Selain ikuti kelas kecergasan di gim, Anne akan peruntukkan masa untuk berjalan kaki. Katanya senaman kardio ini dapat lancarkan peredaran darah serta udara segar yang dihirup di luar rumah sangat bagus untuk kesihatan mental.
Minum air secukupnya
Nampak sangat senang dan biasa, tetapi minum air kosong dengan secukupnya setiap hari bukan saja dapat berikan kesan baik pada tubuh secara keseluruhan; malah kesihatan kulit juga dapat dijaga dengan baik.
Fokus pada penjagaan kesihatan mental dan kecantikan dari dalam
Selain menitikberatkan pengambilan makanan berkhasiat, bersenam dan sebagainya; Anne juga tidak abaikan kesihatan mental dan kecantikan dalamannya.
Menerusi perkongsian IG-nya, dia mencadangkan buku panduan mengenai penyembuhan iaitu ‘The Clarity Cleanse‘. Ujarnya buku ini mengandungi tentang pemulihan tenaga baik pada diri.
Memang cantik Anne Hathaway ni, dah nak masuk 40an tetap nampak awet muda!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.