Pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri meluahkan rasa syukur apabila anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi berjaya meraih keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, yang diumumkan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN ; Keputusan Peperiksaan Bukan Penentu Masa Depan, Fadhli Masoot Beri Nasihat Pada Lepasan SPM

Anne atau Nasriah Ngasri, 40, berkongsi perkara tersebut menerusi salah satu hantaran terkininya di Instagram.

Sambil menyatakan rasa gembira, Anne turut menitipkan dedikasi buat anak tersayang.

Anne Ngasri Kongsi Gembira Pencapaian SPM Anak, Wajah ‘Baby Face’ Jadi Perhatian

“Alhamdulillah Syukur padaMu Ya Allah. Mama sangat bangga dengan result SPM Warits.

 

IKLAN

Malah Anne turut tumpang terharu melihat kejayaan para pelajar lain. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata turut sama meninggalkan ucapan tahniah buat Warits.

Malah tak kurang mengundang pujian netizen mengenai wajahnya yang kekal awet muda dan baby face.

Anne Ngasri Kongsi Gembira Pencapaian SPM Anak, Wajah ‘Baby Face’ Jadi Perhatian

Dah 31 tahun drama bersiri remaja Cili Padi yang disiarkan sekitar tahun 1993 berlalu, namun wajah Datin Anne Ngasri yang sentiasa nampak baby face walaupun dah berusia 39 tahun.

IKLAN

RAHSIA CANTIK & AWET MUDA

Saat ditanya apa rahsianya, ini jawapan Datin muda ini. “Petua saya mudah saja. Saya amalkan banyak minum air suam termasuk ambil vitamin C serta buah-buahan. Kalau dalam seminggu tak dapat makan buah, saya rasa macam ada sesuatu yang tak lengkap.

Anne Ngasri Kongsi Gembira Pencapaian SPM Anak, Wajah ‘Baby Face’ Jadi Perhatian
anne ngasri

Bagi saya apa jua produk skincare yang kita guna, selain mesti sesuai dengan kulit pastikan juga kita konsisten menggunakannya,” kongsi Datin Anne Ngasri yang turut memiliki jenama tudung sendiri

URUS KELUARGA TANPA PEMBANTU
“Saya menguruskan keluarga dan menjaga sendiri 6 orang anak tanpa pembantu. Sepanjang tempoh ini saya banyak habiskan masa di rumah. Walaupun penat namun saya gembira dan enjoy melakukannya demi keluarga.

Datin Anne Ngasri bercerai secara rasmi dengan suami pertama, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak. Kemudian Datin Anne Ngasri bernikah dengan Datuk Mohd Sumali Reduan, 48, pada 22 Disember 2012 dan dikurniakan dua orang anak.

IKLAN

Anne Ngasri Kongsi Gembira Pencapaian SPM Anak, Wajah ‘Baby Face’ Jadi PerhatianAnak-anak Datin Anne ialah Suffian Hakim (anak Datuk Mohd Sumali Reduan hasil perkahwinannya yang terdahulu) kini berusia 16 tahun. Anak-anak Datin Anne yang lain ialah Abdul Warits Abdul Wafi (15), Abdul Wafri Abdul Wafi (13), Nazharah Afroza Abdul Wafi (9), Sufi Harraz (8) Mohd Sumali, dan Nefa Naura Mohd Sumali (3).

Anne Ngasri Kongsi Gembira Pencapaian SPM Anak, Wajah ‘Baby Face’ Jadi Perhatian

Selain mengusahakan perniagaan tudung dan produk kecantikan, Datin Anne Ngasri juga masih aktif berlakon tetapi agak terhad. Datin Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri merupakan adik kepada pelakon dan penerbit NS Star Sdn Bhd, Darling Ngasri.

BACA LAGI :25 Tahun Berlalu, Ini Wajah Terbaru Pelakon Cilik Cili Padi

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

ARTIKEL ini diambil dan diolah dari NONA

Kredit Foto: Instagram @annengasri_official @annengasri.exclusive

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI