Pertandingan ratu cantik merupakan satu industri besar di Thailand. Pendek kata siapa yang bergelar juara pasti akan memeiliki kelebihan dalam membina kerjaya di samping berpeluang mewakili negara tercinta.
Terbaharu, Miss Universe Thailand 2023 telah melabuhkan tirai menyaksikan mahkota keramat itu jatuh kepada gadis kacukan Thai-Denmark, Anntonia Porsild yang mewakili wilayah Nakhon Rathasima.
Berjaya mengalahkan 52 peserta lain, gadis berusia 26 tahun yang pernah bergelar Miss Supranational 2019 ini menampilkan prestasi hebat sejak awal lagi. Setiap soalan yang diajukan kepadanya ketika segmen top 5 dan top 3 juga berjaya dijawab dengan cemerlang.
Tempat kedua jatuh kepada Kirana Jasmine Chewter yang mewakili wilayah Mae Hong Son dan tempat ketiga jatuh kepada mega favourite pertandingan, Veena Praveenar yang mewakili wilayah Phuket.
Kekalahan Veena dalam pertandingan ini menjadikan kekalahan ketiganya dalam pertandingan sama. Sebelum ini dia pernah menyertai edisi tahun 2018 dan merangkul kedudukan ketiga.
Ads
Tidak lemah semangat, wanita berketurunan Sikh ini sekali lagi menyertai edisi tahun 2020 menyaksikan dia terpaksa berpuas hati bergelar naib juara di belakang Amanda Odbam yang dinobat sebagai Miss Universe Thailand 2020.
Kekalahannya ini seperti sudah boleh dijangka apabila dia dilihat tidak begitu lancar dalam menjawab soalan ketika berada di peringkat top 3.
Ads
Veena Praveenar
Thailand sebelum ini menampilkan aksi cemerlang di pentas Miss Universe apabila berjaya menembus pusingan semi-final sebanyak enam kali bermula tahun 2015 sehinga 2020 sebelum gagal berturut-turut bagi edisi 2021 dan 2023.
Adakah dengan pemilihan Anntonia Porsild seorang bekas juara dari petandingan ratu cantik yang lain berjaya menjadi x-factor kepada Thailand? Atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan November nanti.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jerawat naik secara tiba-tiba, apa perlu korang buat? Nah, berikut merupakan 12 tip yang dikongsi oleh Iman Abdul Rahim jika kulit muka breakout.
1. Stop guna skincare yang menyebabkan breakout
Kalau korang guna skincare, lepas tu tiba-tiba breakout, terus stop! Sebenarnya, sebelum guna apa-apa skincare, kita kena patch test dulu.
Patch test ni sangat penting kalau kita baru nak try skincare yang baru. Kalau tak sesuai, dia tak breakout sangat dan senang nak control. Patch test ni pun penting untuk test sebarang alergi dekat kulit korang.
2. Jangan percaya ‘healing crisis’
Bila guna sesuatu skincare tu then muka naik jerawat dan penjual pun cakap itu adalah healing crisis, better korang check balik. Adakah produk tu mengandungi AHA (Glycolic Acid, Lactic Acid, Mandelic Acid), BHA (Salicylic Acid), Vitamin C (Ascorby Acid, Ascorbyl Glucoside, Magnesium Ascorbyl Phosphate) atau Retinoids? Kalau ada, kemungkinan purging sebab produk ni meningkatkan skin turnover rate.
Purging tu ialah bila naik jerawat dekat tempat yang selalu naik jerawat akibat guna produk yang mengandungi bahan yang dinyatakan tadi.
Kalau tiba-tiba je jerawat naik dekat tempat yang jarang tumbuh, maksudnya produk tu tak ada ingredients tersebut dan korang tak sesuai dengan produk skincare tu. Berhenti terus dan jangan percaya dengan istilah healing crisis yang tak wujud.
3. Jangan scrub kulit
Sesetengah orang, bila muka naik jerawat, lagi dia scrub kulit dengan harapan breakout boleh jadi kurang. Lebih baik korang elakkan pengunaan scrub sebab bila muka kena tonyoh, makin luka la kulit tu. Bila dah luka, bakteria lagi senang nak berjangkit dan kulit makin teruk. Berhenti buat sementara daripada semua penggunaan scrub okay?
4. Buat basic skincare routine
Buat basic skincare dulu sebelum tambah produk lain yang belum tentu sesuai dengan kulit. Paling penting, cari cleanser yang sesuai, make sure kulit cukup lembab dan pakai sunscreen setiap hari.
5. Pastikan guna produk yang sesuai
Kalau kulit berminyak, cari produk yang sesuai untuk kulit berminyak. Kalau jenis kulit kering, cari produk yang sesuai untuk kulit kering. So basically, pastikan korang guna produk yang sesuai dengan kulit masing-masing.
6. Elak guna produk yang ada bahan ini
Antaranya alkohol, fragrance, menthol, SLS, essential oils. Cari produk yang tak ada bahan-bahan ini kerana ia akan menjadikan keadaan kulit jadi lagi teruk. Semua ini bergantung pada kulit masing-masing sebenarnya. Ada yang okay dengan bahan-bahan tersebut dan ada yang tak!
7. Your skin barrier
Pasti kan kulit korang sentiasa dalam keadaan baik. Antara tanda skin barriers ni adalah kulit selalu breakout, terlalu tegang, kering, berminyak, pedih dan terlalu sensitif.
Cara nak pastikan skin barrier kita okay ialah dengan:
a. Gunakan cleanser yang rendah pH
b. Pasti kan kulit korang terhidrat dengan baik
c. Cari bahan-bahan seperti fatty acids dan ceramides
d. Guna sunscreen
e. Elakkan asid (AHA/BHA/Vit C)
f. Elakan bahan-bahan seperti alkohol, fragrance, menthol, etc)
8. Guna cleanser rendah pH
Kulit kita selalunya average pH4-6, jadi sebaiknya guna cleanser yang dalam range tu supaya skin barrier kita tak terganggu. Pastikan cleanser tu tak ada irritating ingredients, tak ada SLS, tak rasa kering, tegang, pedih, ketat dan kesat bila guna.
9. Pasti kan kulit anda terhidrat dengan baik
Apa beza hydrator dan moisutrizer? Untuk mudah faham, hydrator tarik air ke kulit, manakala moisturizer pula lock air supaya air tu tak hilang. Kalau rasa moisturizer terlalu thick dan berminyak, korang boleh cuba guna hydrating toner, essence, serum atau face mist.
10. Guna soothing ingredients
Soothing ingredients ni bagus kalau kulit korang ada merah-merah, sensitif atau pun sunburn. Antara bahan-bahan yang termasuk dalam kategori ini adalah seperti green tea, madu, snail, aloe vera, beta glucan, allantoin, adenosine dan centella asiatica (pegaga).
11. Jangan buat home remedies
Jangan pergi letak lemon, ubat gigi, bawang putih, kulit kayu manis dekat muka sebab nak jerawat cepat kecut. Selalu tengok orang share petua macam ni kan? Please don’t do this!
12. Jumpa pakar
Kalau kulit korang makin teruk, terus saja dapatkan nasihat daripada doktor atau dermatologist. Mereka akan check kulit korang dan berikan ubat atau cream sapu yang sesuai untuk digunakan.
Walau bagaimanapun, semua kulit react dengan cara yang berbeza. Ia bergantung pada kulit korang juga. So basically, ini adalah panduan yang korang boleh try dulu sekiranya kulit wajah tiba-tiba breakout.
Kalau masih tak okay lagi, dapatkan terus nasihat daripada pakar untuk mengelakkan masalah jadi lebih teruk.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira sebulan lalu, Manvin Khera telah dimahkotakan sebagai pemenang utama pertandingan Ratu Wanita Malaya yang dilangsungkan dalam majlis penuh gemilang. Seiring dengan kemenangannya itu, dia sekaligus memegang takhta Miss Earth Malaysia 2023 dan bakal mewakili negara ke pertandingan tersebut tahun hadapan.
Berjaya mengalahkan 17 peserta lain untuk memegang gelaran utama. Manvin yang pandai menari dan juga memanah percaya bahawa kebaikan harus dimulakan dari dalam diri.
“Saya percaya apa yang menjadikan seorang ratu adalah keupayaannya berdiri untuk dirinya sendiri dan orang lain dengan kasih sayang serta kebaikan. Seiring dengan ketabahannya dalam mengharungi kegagalan dan ketakutan. Tidak lama dahulu, saya belajar bagaimana untuk terus hidup.
“Saya menghargai setiap pelajaran yang saya perolehi sehingga hari ini. Untuk berada di mana saya berdiri kini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada semua orang, untuk berusaha mencapai kecemerlangan tidak kira apa pun yang berlaku,” ujarnya.
Khabar terbaharu mengenai gadis tinggi lampai ini, dia bakal membuat kemunculan sebagai peragawati di Thailand Fashion Week yang bakal berlangsung di Bangkok penghujung November ini.
Dalam hantaran akaun Instagram rasmi Thailand Fashion Week, pihak penganjur menulis, “Manvin Khera (Miss Earth Malaysia 2023) bakal membuat kemunculan sulung di Thailand Fashion Week bertempat di Bangkok pada 30 November 2022. Dia bakal berjalan untuk pereka fesyen dan jenama antarabangsa bagi koleksi musim panas/bunga 2023. Saksikan aksinya dari kerusi barisan hadapan.”
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Thailand Fashion Week telah diadakan sejak tahun 2000 dan menjadi medan pereka fesyen negara gajah putih itu dan juga pereka fesyen antarabangsa untuk mempersembahkan kretiviti kepada umum dengan lebih berkesan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jujurnya, apabila tiba penganjuran pertandingan ratu cantik Miss Universe, segmen yang paling penulis nanti-nantikan adalah segmen kostum nasional. Ini kerana kostum wakil setiap negara dapat memperkenalkan identiti peserta dengan lebih dekat.
Bagi pertandingan Miss Universe edisi ke-69 yang kini sedang rancak dilangsungkan pada minggu ini, segmen kostum nasional baru saja melabuhkan tirainya pada pagi tadi. Seperti dijangka, banyak sungguh kostum menarik yang dipertontonkan!
Ada wakil yang menyarungkan pakaian tradisional seperti Miss Cambodia & Miss Laos. Ada wakil yang menjadi futuristik seperti Miss Canada dan tidak kurang juga yang membawa rumah kampung ke pentas Miss Universe iaitu wakil Malaysia sendiri, Francisca Luhong James!
Dalam kalangan 74 wakil negara yang bertanding kali ini, 4 kostum nasional ini telah mendapat perhatian ramai disebabkan sentimen sensitif yang terpalit padanya. Panas!
Miss Israel
Tehila Levi
Kostum ini dinamakan ‘After Covid-19 Dress’ dan dihasilkan daripada lebih 300 keping pelitup muka. Ia membawa simbol harapan agar penduduk bumi tidak lagi perlu memakai pelitup muka setelah wabak ini berakhir.
Kedengaran seperti kostum yang menarik bukan?
Apa yang membuatkan penonton sedikit ‘tercengan’g adalah apabila hos berkata, “Go get the vaccine, you don’t need this queen. Israel!”
Secara tidak langsung, ramai merasakan kenyataan itu seolah-olah menidakkan keberadaan Miss Israel di Miss Universe kali ini. Tambahan pula apabila Israel sedang dihentam hebat oleh masyarakt sedunia akibat serangan kejamnya ke atas penduduk Palestin.
Err, mungkin Nick tidak berniat pun menunding jari kepada Miss Israel. Namun kenyataannya itu telah mendapat perhatian penonton di YouTube Miss Universe, pagi tadi.
.
Miss Myanmar
Thuzar Lwin
Malang sekali apabila bagasi Miss Myanmar hilang dan hingga kini masih belum ditemui. Di dalamnya terdapat kostum nasional wakil Myanmar, Thuzar Lwin. Justeru, pihak Miss Myanmar terpaksa mencari kostum gantian dalam masa singkat.
Walaupun ia masih cantik diperbuat daripada seni fabrik kait penduduk negara itu, apa yang menarik adalah mesej yang berada dalam genggamannya. Miss Myanmar telah memperlihatkan placard dengan mesej ‘Pray For Myanmar’ sebagai tanda harapan agar konflik politik cetusan tentera Junta di Myanmar akan berakhir dengan adanya bantuan dunia terutamanya dari Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ini merupakan wakil kedua Myanmar menggunakan platform pertandingan ratu cantik untuk meminta bantuan dan sokongan kepada masyarakat negara mereka. Terdahulu, wakil Myanmar ke Miss Grand International 2020 telah berbuat sedemikian.
Dari hadapan, kostum ini jelas diinspirasikan daripada bendera kebangsaan Singapura. Merah menandakan keadilan kepada semua rakyat manakala putih bermaksud kebaikan selamanya. Ia sekaligus memperlihatkan Singapura sebagai antara negara terbaik untuk semua lapisan masyarakat.
Apabila Miss Singapura pusing ke belakang, di situlah sorakan penonton bertambah kuat. Ini kerana dia membawa mesej kempen ‘Stop Asian Hate’ yang hangat diperkatakan di seluruh dunia pada tahun ini. Isu buli dan ketidaksama rataan yang dihadapi oleh komuniti Asia terutamanya di negara barat masih berleluasa.
.
Miss Uruguay
Lola De Los Santos
Topik yang agak sensitif untuk diperbincangakn di pentas sebesar Miss Universe. Namun atas tiket kebebasan & ‘equality for all’, kostum nasional Miss Uruguay menyokong perjuangan hak asasi komuniti LGBTQ+.
Biarpun tiada kenyataan rasmi mengesahkan sama ada Miss Uruguay ini tergolong dalam komuniti tersebut, kostum nasional ini dikatakan mendapat ilham daripada seorang wanita yang berbangga dengan orientasi seksualnya dan ingin menjadi contoh positif kepada komuniti LGBTQ+.
Pada bahagian skirt kostum tertera slogan berbunyi, ‘No more hate, violence, rejection & discrimination’ (Hentikan kebencian, kekejaman, penindasan dan diskriminasi).
Jika korang rasakan kostum nasional ‘Kampungku’ yang diperagakan Francisca Luhong James merupakan kostum terbaik, jangan lupa hantarkan undian korang DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...