
Hello Remaja! Ada berita gembira buat kamu semua yang minat fesyen dan sukan. ANTA baru sahaja melancarkan koleksi terbaru mereka hasil kerjasama dengan bintang NBA, Kyrie Irving.
Koleksi ini bukan saja tentang kasut dan pakaian, bahkan juga mengenai gaya hidup yang fresh dan terkini!
ARTIKEL BERKAITAN: Rapid KL Beroperasi 24 Jam Sempena Hari Kemerdekaan Hujung Minggu Ini!
Rekaan Yang Memikat
Koleksi ANTA x Kyrie Irving ini memang cool! Direka dengan bentuk klasik yang sentiasa trendy, setiap item dalam koleksi ini penuh dengan detail yang menarik. Hadir dengan logo ‘KAI Shield’ yang memang standout dan ciri-ciri lain yang menjadikannya kasut yang bukan sahaja sesuai untuk gelanggang tetapi juga untuk dipakai pada bila-bila masa. Kalau anda nak nampak stylish dan selesa, inilah pilihan yang tepat!
Gaya Yang Sesuai Dengan Semua Peringkat Umur
Nama koleksi ini, ‘TRIBE’, ada sebabnya. Ia direka untuk menghargai akar umbi Kyrie dan cintanya terhadap komuniti. Setiap rekaan dalam koleksi ni mencerminkan nilai-nilai abadi dan semangat komunitinya. Jadi, selain bergaya, korang juga boleh merasa bangga dengan makna di sebalik setiap produk.
Warna-Warna Menarik
Koleksi ini ada beberapa warna menarik yang anda boleh pilih, iaitu Putih Almond, Ungu Gelap, dan black & white. Harga untuk kasut ini adalah RM 369. Memang berbaloi kalau nak tambah koleksi fesyen anda semua!
Tempat Boleh Dapatkan Koleksi Ini
Kalau korang teruja nak dapatkan koleksi ni, boleh check out di cawangan ANTA terpilih seperti Queensbay, Penang. 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama. Mid Valley MegaMall, Kuala Lumpur. Southkey Mall, Johor Bahru. Sunway Pyramid Shopping Centre dan The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
Sekadar info, ANTA merupakan jenama terkenal dalam dunia sukan. Jenama ini sentiasa berusaha untuk hadir dengan produk yang bukan sahaja canggih tetapi juga memberi inspirasi.
Dengan komitmen kepada inovasi dan kualiti, ANTA berhasrat untuk membantu setiap atlet dan penggemar sukan mencapai potensi mereka. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi eksklusif ini! Bersiaplah untuk tampil dengan gaya yang cool dan berfungsi dengan koleksi ANTA x Kyrie Irving.
Buat peminat sukan basketball, jangan lepaskan peluang untuk lawati store ANTA Basketball pertama di Sunway Pyramid dan saksikan sendiri pelbagai tawaran dan pilihan menarik yang disediakan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Hanya Guna 4 Bahan, Ini Resipi Aiskrim Roll Oreo Yang Mudah Disediakan

Isi Kandungan
ToggleBiskut oreo bukan hanya sedap dimakan begitu sahaja, malah ia juga digunakan sebagai bahan utama untuk membuat kek atau pun aiskrim.
Tidak dinafikan biskut ini menjadi kegemaran bukan hanya kanak-kanak, tetapi turut menjadi pilihan golongan dewasa juga.
Terdapat pelbagai resipi pemanis mulut berasaskan oreo dan kali ini kami ingin kongsikan dengan korang resipi aiskrim roll oreo yang mudah disediakan dengan hanya menggunakan empat bahan.

Jom kita lihat resipi mudah lagi sedap ini.
Bahan-bahan:
– 500ml ais + air
– 200g whipped cream
– 2 paket oreo
– Susu pekat

Cara menyediakan:
1. Masukkan air, kiub ais dan whipped cream ke dalam mangkuk, kemudian kacau sehingga lembut
2. Kemudian, masukkan susu pekat dan gaulkan kesemuanya
3. Pisahkan isi oreo dari biskut dan letakkan krim oreo itu ke dalam adunan. Hancurkan biskut sehingga menjadi serpihan
4. Selepas itu, masukkan separuh daripada serpihan oreo ke dalam adunan dan kemudian tuangkan campuran itu ke dalam bekas keropok Pringles yang telah dibersihkan (atau mana-mana bekas berbentuk silinder) sebelum membekukannya
5. Selepas dibekukan, keluarkan daripada bekas dan celupkan ke dalam serpihan oreo yang tinggal
6. Potong gulungan ais krim itu dan siap untuk dihidang

Hm, nampak sedap. Selamat mencuba!
Sumber: (1)
Ramai Yang Keliru Boleh Ke Potong Kuku & Rambut Ketika Haid? Ini Penjelasan PU Azman

Bagi golongan perempuan, mungkin ada yang tertanya-tanya adakah dibolehkan seorang wanita itu memotong kuku atau menggunting rambut ketika mereka berada dalam hadas besar seperti haid dan nifas?
Nah, mungkin kita sering mendengar kata-kata orang yang mengatakan haram bagi seorang wanita memotong kuku atau rambutnya ketika datang haid, namun persoalannya adakah ia memang benar-benar haram?

Tidak dinafikan sedari kecil, kami juga menyangka bahawa perbuatan ini haram dilakukan ketika haid. Jadi, bila dah dewasa timbul pula rasa keliru kerana ada yang kata haram dan ada pula yang berkata tidak haram.
Menyentuh tentang isu ini, jom kita baca kupasan daripada PU Azman yang pernah dikongsi di laman Instagramnya.

Menurutnya, tiada dalil yang melarang wanita yang sedang dalam haid, nifas atau hadas besar, junub untuk memotong kuku, rambut dan bulu. Dan mereka juga tidak perlu membawa semua yang dah dipotong ketika mandi wajib kerana tiada dalil yang mewajibkannya.
Sebelum ini mungkin korang juga pernah mendengar bahawa setiap kuku atau rambut yang dipotong ketika haid perlu dibawa bersama ketika mandi wajib atau ditanam, tapi PU Azman telah pun menerangkan bahawa ia sebenarnya tidak perlu.
Katanya lagi, tidak ada kaitan langsung kuku atau bulu yang tak dimandikan sekali akan memberi kesan buruk di akhirat kerana tiada dalil tentang itu. Disebabkan ini membuatkan perempuan takut untuk memotong kuku ketika haid.

Terdapat sebuah hadis ketika Aisyah, isteri Nabi SAW menunaikan haji Wada’ bersama Nabi dan ketika itu Aisyah sedang dalam haid dan Nabi memintanya untuk mandi dan bersisir.
Maksud hadis: “Uraikan rambutmu dan bersikatlah. Serta berihlal (talbiyah) dengan haji dan tinggalkan umrah,” (Bukhari Muslim).
Daripada hadis ini, kita semua sedia maklum bahawa bersikat akan mengundang risiko menggugurkan rambut sedangkan Nabi tidak langsung mengingatkan Aisyah tentang rambut gugur yang mesti dibawa ketika mandi wajib nanti.
Jadi kesimpulannya, korang BOLEH/HARUS potong rambut dan kuku ketika haid atau dalam hadas besar. Tidak wajib tanam kuku atau bulu atau rambut yang sudah dipotong. Buang sahaja dengan baik, disamping menjaga kebersihan. Kalau nak tanam, terpulang. Tapi, kalau nak tanam dengan kepercayaan tertentu, maka khurafat.
Maka dengan pencerahan ini diharap dapat memberikan keterangan yang jelas untuk golongan perempuan yang mungkin selama ini keliru tentang isu tersebut. Jadi, tak perlulah lagi kita nak sampaikan info-info yang tidak betul dan menggelirukan orang ramai.
Sumber: PU Azman
KTM Berhad Beri Tiket Tren Percuma DMU Gemas-Kuala Lipis, Rebut Peluang Bermula 21 Februari

Bagi mereka yang suka travel dan ingin merasai pengalaman perjalanan dengan keretapi, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tren Diesel Multiple Unit (DMU) laluan Gemas, Negeri Sembilan Ke Kuala Lipis, Pahang secara percuma.
Menerusi sebuah hantaran di Facebook rasmi KTMB, promosi ini bakal dijalankan selama tiga hari bermula 21 Februari bersempena pelancaran sulung operasi laluan baharu dalam fasa kedua DMU yang dijadualkan 24 Februari ini.

Orang ramai boleh merebut peluang ini untuk merasai pengalaman menaiki tren DMU secara percuma dengan menggunakan kod promo JOYRIDEDMU. Walau bagaimanapun, tiket percuma ini hanya ditawarkan di kaunter tiket sahaja.
Pengguna juga diberikan pilihan untuk perjalanan sehala atau dua hala antara kedua-dua stesen tersebut, tetapi terhad kepada pelanggan yang terawal bagi semua koc.

Korang boleh semak jadual perjalanan menerusi link ini https://bit.ly/3quxiHI
Bagi yang terlepas peluang mendapatkan tiket percuma ini, jangan risau kerana KTMB sudah pun membuka tempahan jualan tiket DMU untuk laluan berkenaan yang dijadualkan bermula pada 24 Februari ini. Selain dijual di kaunter, tiket perkhidmatan berkenaan juga turut boleh didapati melalui aplikasi KTM Mobile atau pelbagai medium pembelian tiket yang lain.
Tapi sekiranya korang ingin ride percuma yang ditawarkan ini, kena cepat-cepatlah dapatkan di kaunter tiket ya. Semoga berjaya. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber:(1)