Tidak sampai setengah jam selepas episod kedua program Hero Remaja 2017 tamat di keudara, berpuluh-puluh DM atau private messages diterima oleh pihak REMAJA berkenaan penyingkiran SEMBILAN orang peserta. Ada mesej yang berbaur tidak puas hati, ada yang merasa kasihan dengan peserta yang tersingkir.
Namun, itulah adat pertandingan. Setelah lima bulan Pencarian Hero Remaja 2017 berlangsung di dalam dan luar kaca televisyen korang, sudah tiba masa untuk kita kecilkan jumlah peserta yang ada demi mencari seorang sahaja Hero Remaja di kalangan dua puluh orang. Tempoh lima bulan itu bagi REMAJA sudah cukup untuk melihat prestasi yang ditonjolkan oleh para finalis.
HR2017: Rayyan bersama finalis lain sebelum sesi penyingkiran episod kedua. Foto: Jazlan Nangar
Dalam kalangan mereka yang tersingkir pada episod kedua ialah finalis dari Kuala Lumpur ini iaitu Muhammad Nuraiman Rayyan Ezwazri atau lebih dikenali sebagai Rayyan. Pada usia 18 tahun, Rayyan merupakan antara peserta termuda pada pencarian kali ini. Dan pastinya banyak perkara baru yang telah dipelajarinya.
“Semua manusia ada kelemahan. Sepanjang berada dalam Hero Remaja 2017, saya telah banyak perbaiki kelemahan tersebut. Seperti kosa kata Bahasa Malaysia saya yang semakin luas (ketawa).”
“Sejak sesi ujibakat, saya cuba untuk keluar dari zon selesa. Walaupun ada sesetengah task yang saya tidak dapat hadirkan diri, saya cuba untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua task yang disuruh oleh team REMAJA.”
HR2017: Rayyan pada bulan Mei dan Rayyan pada bulan Ogos. Which hairstyle suits him best?
“Saya tak menyesali peluang dan pengalaman ini, heck, this is my first time working with the media people! Cuma, saya rasakan semasa penyingkiran episod dua itu, saya terkejut dengan jumlah peserta tersingkir.
“Saya berpendapat jika diberikan masa dan ruang untuk menonjolkan personaliti dan potensi diri, mungkin saya boleh lakukan lebih lagi di dalam Hero Remaja 2017. Tetapi iyalah, this is a competition. Saya juga rasakan seorang lagi peserta iaitu Ashraff Moghni mampu tonjolkan lagi diri jika diberi peluang,” luahnya kepada penulis.
Ads
Siapa Rayyan Ezwazri Sebenarnya?
Bagi peminat dan followers tegar Rayyan, mereka sudah serba kenal dengan dirinya. Namun bagi korang yang baru menonton Hero Remaja 2017 di saluran Astro RIA sejak episod pertama, mungkin korang tak sempat untuk mengenalinya.
HR2017: Rayyan semasa task bersama Habib Jewels. Foto: Nurul Niza
“Saya merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik; dua kakak, dua orang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Saya percaya, setiap adik-beradik pasti mempunyai satu minat yang sama. Untuk keluarga saya pula, kami meminati bidang bisnes seperti yang dikelolakan oleh mummy.”
“My mom was definitely an inspiration. Walaupun beliau tidak menuntut pelajaran di universiti yang fancy dan hanya belajar sehingga ke peringkat Diploma, namun disebabkan minat beliau yang mendalam untuk bisnes, dia masih aktif walaupun sudah beberapa kali dia menyatakan hasrat – I want to retire !” gelak Rayyan.
Mummy Rayyan, Dato’ Marina Hashim memulakan karier beliau itu sejak umur 19 tahun dan tidak pernah putus asa walaupun di tengah-tengah perjalanan karier, ada halangan yang menanti.
Ads
“Semasa saya kecil, saya melihatnya melakukan kerja-kerja logistik. Ada suatu masa, beliau mengambil kontrak untuk menjaga kantin sekolah. So, kami adik-beradik akan mengekori beliau selepas habis sekolah ke kantin tersebut dan menolong beliau.”
“Many would say that was a dark era, tetapi untuk saya, that experience was definitely helpful. It opened my eyes on what is important in life, iaitu rasa syukur apabila sama-sama susah bersama ahli keluarga masing-masing,” tambah Rayyan lagi.
HR2017: Rayyan bersama Ezmir Sadriq di task Mix & Match bersama RAV Design. Foto: Nana@Azman
Penulis tertanya-tanya juga, pernahkah Rayyan dipandang serong oleh followers dan orang luar disebabkan gambar dan Instastory yang dimuat naik olehnya seperti lagak orang berada di Instagram?
Has anyone prejudged him?
Ads
“Yeah a lot. Ada yang kata saya tak perlukan pelajaran untuk maju ke depan, I am shallow, I am being spoon fed dan macam-macam lagi. Namun, saya tidak akan mengendahkan komen dan DM berbaur sedemikian.”
“Saya percaya, dengan menjadi diri sendiri saja sudah lebih memadai berbanding jika saya cuba untuk berpura-pura. Ya saya sukakan kereta tetapi tak bermakna saya mampu untuk memiliki mana-mana kereta,”
Perjalanan Rayyan Selepas Ini
Mudah untuk manusia menunding jari dan berprasangka buruk. Apa yang dimiliki oleh Rayyan dan keluarga adalah hak mereka dan kita seharusnya merasa bangga ada anak-beranak beragama Islam yang mampu mencapai kedudukan seperti ini.
Bagi Rayyan, sesiapa yang mengenali dirinya secara dekat akan tahu bahawa dia hanyalah remaja berusia 18 tahun yang cuba untuk mencari hala tuju kehidupannya di saat meniti usia matang. Jauh sekali Rayyan ingin terus bergantung harap kepada Mummy. Sebolehnya dia ingin membina nama dan berdiri di atas kaki sendiri sebagai seorang lelaki yang mempunyai misi.
“I am definitely not arrogant but I am optimistic and confident. Jika saya inginkan sesuatu perkara itu, saya tak akan teragak-agak untuk melakukan apa saja untuk mendapatkannya.”
Jika korang rasakan Rayyan Ezwazri layak untuk dijulang sebagai Hero Favourite, klik di link http://www.remaja.my/rayyan-erwazri/ dan vote Rayyan. Ingat, SATU HARI, SATU VOTE!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon dan juara Hero Remaja 2017, Alif Muhaimin telahpun bergelar suami kepada gadis pilihan, Nur Fatin Alissa Azam pada 24 Jun 2023.
Berlangsung dalam sebuah majlis akad nikah di Hulu Langat sekitar tengah hari tadi, Alif atau nama sebenarnya, Alif Muhaimin Abdul Rahman telah dinikahkan kepada Fatin Alissan oleh bapa pengantin perempuan, Azam Abdullah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam, Kariah Masjid Al-Ehsan, Sungai Serai, Hulu Langat, Ahmad Khaliq Ahmad Rasid.
Tampil dalam persalinan serba klasik songket berona biru laut, Alif, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM15,000 dan sebentuk cincin. Turut diserahkan oleh pelakon Sentuhan Najwa itu adalah lima dulang hantaran yang dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.
Biarpun majlis berlangsung di bawah cuaca panas terik di lokasi ‘outdoor’ sehingga memaksa kira-kira 200 tetamu yang duduk berdekatan beralih ke kawasan yang lebih redup, ia sama sekali tidak menghalang kegembiraan yang dirasai oleh merpati sejoli itu yang tersenyum riang.
Turut kelihatan ialah rakan finalis Hero Remaja 2017, pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri yang menyandang tugas sebagai pengapit pengantin lelaki.
Alif dan Fatin Alissa dijadualkan bakal diraikan dalam sebuah majlis resepsi di lokasi sama pada malam ini. Terdahulu, Aliff dan Fatin Alissa telah mengikat tali pertunangan pada tanggal 22 Oktober 2022.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah beberapa bulan ditunda akibat pandemik COVID-19, Pencarian Hero Remaja 2021 akhirnya melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada Mierul Aiman selaku Juara.
Berbeza daripada edisi-edisi sebelum ini, Hero Remaja 2021 menampilkan lapan episod prelude yang disiarkan di Astro Ria bagi memperkenalkan barisan finalis kepada penonton.
Malam finale menyaksikan empat peserta akhir termasuklah Mierul Aiman, Fazziq Muqris , Afiq Hamidon dan Aqil Taqee yang perlu melalui tiga cabaran iaitu lakonan, pengacaraan dan sesi soal jawab bersama juri.
Ternyata tuah milik Mierul apabila dinobat sebagai Juara menggantikan takhta Nadhir Nasar selaku Hero Remaja 2020.
Naib Juara pula disandang oleh Aqil Taqee, manakala Fazziq Muqris berada di tempat ketiga dan Afiq Hamidon berjaya menduduki tempat keempat.
Sementara itu, Aqil Taqee dipilih sebagai Hero Inspirasi berdasarkan pilihan daripada pihak Remaja dan team produksi atas positiviti, usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang Pencarian Hero Remaja 2021 berlangsung.
Manakala, Hero Favorite hasil undian peminat di laman web Remaja menjadi milik Syazani Zainal.
Majlis berlangsung secara sederhana namun tetap meriah dengan hanya dihadiri kaum keluarga finalis top 4 kerana mengikut Piawaian Prosedur Operasi (SOP) yang telah ditetapkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat pertama kalinya uji bakat pencarian Hero Remaja dilakukan secara online akibat situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara. Bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2021, Remaja menerima ratusan penyertaan dan hanya yang terpilih dipanggil untuk hadir pada sesi uji bakat Stage 2 di bangunan Nu Ideaktiv.
Seorang peserta uji bakat Hero Remaja 2021 baru-baru ini telah tular kerana kenyataannya “Ingin mengubah dunia” mencuri perhatian netizen.
Menerusi sebuah video di TikTok Majalah Remaja, seorang perserta yang dikenali sebagai @imannorhizam menjawab soalan wartawan, kenapa korang nak sertai Hero Remaja 2021? Iman lantas menjawab, “Nak bawa perubahan kepada dunia”.
Pemuda ini ditemui pada hari uji bakat Hero Remaja 2021 di Stage 3 dan kami sempat bertanyakan kepadanya tentang isu viral berkaitan jawapan yang telah diberikan oleh Iman.
“Banyak sebenarnya orang DM dan WhatsApp. Ada yang komen positif dan negatif tapi sebenarnya Iman kata nak ubah dunia tu adalah daripada segi paling besar, mentaliti. Dalam hidup Iman ni memang pegang dua prinsip, iaitu saya inginkan persekitaran dijaga dengan baiik dan masyarakat menggunakan teknologi terkini dengan berhemah,”
“So, pada Iman platform Hero Remaja ini besar. Saya lihat platform ini dapat memberikan peluang untuk saya untuk menunjukkan nilai positif kepada seluruh masyarakat. Bagi komen-komen negatif pula, saya juga terhibur melihat kreativiti mereka. Sebenarnya saya cuba elak untuk membaca kesemua komen negative tersebut, hanya membaca beberapa komen sekadar untuk mengetahui apa yang berlaku,”
“Sebenarnya, jawapan yang Iman bagi nak mengubah dunia itu adalah a split second answer dimana wartawan bertanyakan secara random kepada peserta secara bergilir-gilir dalam masa serentak. Jadi bila turn saya, saya pun jawablah seperti apa yang pertama sekali terlintas difikiran. Saya bukan jawab untuk dapatkan publisiti,” jelas Iman lagi.
Diharap Iman tidak mengambil hati dan jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya dalam membuktikan impiannya ini.
Apa-apa pun selamat maju jaya buat Iman dan kesemua peserta uji bakat Hero Remaja tahun ini. Kita lihat siapa yang bakal dipilih menjadi top 12 finalis Hero Remaja 2021 nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Puchong pada hari ini tidak dianggap sekadar isu tempatan semata-mata tetapi...