
Siapa yang tak kenal dengan aktres cantik Neelofa dan Uqasha Senrose yang berasal dari keluarga kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Kedua-dua selebriti ini khabarnya memang pandai kecek kelate. Dalam satu rakaman yang kami jumpa, Neelofa dan Uqasha Sensore dilihat bercakap dalam dialek Kelantan ketika sedang menjamu selera.
Jom kita tonton video di bawah dan pada korang, siapa yang paling hebak kecek kelate deh? Dua-dua pun comel kan. Hiks!
Kredit video: Diva Gojes
Maksud Sebenar ‘Duli Yang Maha Mulia’ Yang Selalu Disalah Erti

Tamat sudah istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, pagi ini.
Alhamdulillah guys! Rakyat sudah memiliki seorang Yang di-Pertuan Agong baharu.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah melafaz sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pula melafaz sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam pada ramai rakyat yang gembira atas peristiwa bersejarah pada hari ini, ada beberapa spekulasi yang bertebaran mengenai penggunaan gelaran Duli Yang Maha Mulia.
Mungkin kerana masih ramai remaja yang muda dan tidak begitu mengetahui sejarah penggunaan gelaran tersebut secara mendalam.
Disebabkan itu, pengendali siaran langsung istiadat pada pagi ini di sini telah menerangkan mengenai maksudnya yang sebenar.

‘Duli’ itu bermaksud debu atau habuk. Debu ini disamakan sebagai sifat seorang hamba. Oleh itu ‘Duli Yang Maha Mulia’ membawa maksud walau seluas mana jajahan takhluk seorang Raja yang bertakhta itu, dirinya hanyalah ibarat Debu di sisi Tuhan Yang Maha Mulia. Bukan untuk memperlekehkan posisi Yang di-Pertuan Agong, tetapi Baginda serta kita sebagai hambaNya ini tetap sama melainkan amal ibadat yang dilakukan.
Menyentuh mengenai gelaran ‘Seri Paduka Baginda’ pula, ‘Paduka’ bermaksud selipar manakalah Baginda merujuk kepada Baginda Rasulullah SAW.
Jadi, gelaran tersebut bermaksud, sebanyak manapun nikmat harta yang dimiliki Raja yang berkuasa, dirinya hanyalah selipar pelapik kaki kepada Baginda Rasulullah yakni utusan Tuhan Yang Maha Mulia.
***
Info ini pun masih baru dan cuba untuk dihadam oleh REMAJA hehe. Nampaknya Bahasa Malaysia ini cukup kaya dengan kiasan indah yang mengangkat Tuhan dan UtusanNya jauh lebih tinggi berbanding kita manusia biasa.
Lempeng Inti Coklat Crunchy, Resipi Buat Geng Pemalas Tapi Lapar

Isi Kandungan
ToggleNak makan tapi malas? Ya, ini masalah biasa bagi anak muda zaman sekarang. Tapi, dalam malas-malas tu pun tetap kreatif dapat menghasilkan menu yang tidak menghampakan.
Buktinya? Perkongsian Afil Jefri di laman Facebook cukup buat ramai yang terliur dengan resipi lempeng pemalas berinti coklat ‘crunchy ini.
Simple tapi nampak menyelerakan. Nak tau sedap ke idok, apa kata korang try sendiri.
Bahan-bahan:
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar gula
Air sebanyak yang perlu
Sedikit garam
Ovamaltine (Hero dalam resipi ni)
Cara membuat:
1. 3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. Ikut keperluan perut masing-masing
2. 2 sudu besar gula, tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Just nice. Kalau nak diabetes, gunakanlah sekilang gula
3. 1 biji telur yang bersaiz besar. Kalau saiz kecil tu guna dua biji
4. Ini adalah superhero! Paling sedap tak tipu. Hm, dap dap
5. Garam secukup rasa. Guna secubit saja nak bagi balance. Jangan tuang segenggam pula, bukan nak buat ikan masin
6. Air ni digunakan untuk bagi kepekatan di tahap yang masuk akal
7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, dia akan jadi kental teruk, macam doh nak buat pizza. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit
8. Gaul sehingga adunan bahan-bahan tadi sebati dan jadi seperti ini
9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak. Guna minyak zaitun lagi bagus
10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk, sapukan dengan Ovalmaltine crunchy cream tu
11. Kemudian, letak satu keping lempeng lagi di bahagian atas
12. Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan. Kalau nak acah-acah MasterChef tu, tabur la dengan serbuk Milo. Selamat menjamu selera!
3 Tahun ‘Lawan’ Gangguan Mental, Shasha Abedul Dedah Pernah Kena Serangan Panik Di Set Pengambaran

Pelakon meningkat naik, Shasha Abedul mendedahkan dirinya pernah mengalami masalah kesihatan mental seperti depresi dan kerisauan melampau (anxiety) yang menyebabkan serangan panik.
Dalam temu bual di sidang media drama Project: Exit, Shasha mengakui bahawa situasi tersebut berlaku sekitar tiga tahun lalu dan dia terpaksa mendapatkan rawatan daripada pakar psikologi dan ahli terapi.
ARTIKEL BERKAITAN: Drama Siri Wajib Tonton! Project; Exit Angkat Isu Kesihatan Mental Remaja & Nilai Persahabatan
“Tiga tahun lalu, saya mengalami gangguan mental, ‘depression’, ‘anxiety’ dan serangan panik. Tapi saya tak sampai tahap nak cederakan diri sendiri.
“Bila tahun pertama saya rasakan perkara itu, saya tak tahu macam mana nak mengawalnya. Saya pergi jumpa ahli terapi dan pakar psikologi untuk kenal pasti apa yang saya alami dan macam mana nak tangani. Alhamdulillah, saya makin okay,” katanya kepada Remaja.
Enggan bergantung kepada ubat, aktres berusia 28 tahun itu menjelaskan bahawa tahap kesihatannya kini semakin baik kerana dirinya menjalani sesi terapi secara berkala.
“Selepas tahun ketiga, doktor ada bagi saya makan ubat. Tapi saya tak makan kerana saya tak mahu bergantung dengannya sebab itu juga saya jumpa ahli terapi.
“Jadi, saya dapat keseimbangan dari situ. Pakar psikologi, dia doktor yang memang akan bagi ubat. Kalau buat terapi, kita boleh kongsi apa yang kita rasa,” tambahnya.
Shasha turut mendedahkan bahawa dirinya pernah mengalami serangan panik semasa penggambaran Project: Exit disebabkan watak yang dibawanya yang seakan mencerminkan dirinya.
“Bila saya bawa karakter Jannah dalam drama itu, sebenarnya beberapa peratus adalah diri saya sendiri. Bila dapat naskhah tersebut, saya tak rasa pun macam saya tengah berlakon. Saya rasa Tuhan dah persiapkan diri saya lebih awal.
“Saya juga beberapa kali diserang ketika ‘shooting’. Saya ingat lagi untuk babak terakhir untuk drama ini. Watak itu dah terlampau mengawal emosi saya,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.