Ya kita muda, bertenaga, ceria, sedang geligat.
Tetapi tak semuanya sebegitu, dan mungkin sekali kita tak akan kekal sihat selamanya. Antara penyakit yang selalu diendahkan dan tak dipandang berat dari segi kesedaran di kalangan orang muda adalah penyakit buah pinggang.
Ini merupakan antara 5 perkara yang mungkin sekali ingin disampaikan oleh kawan sebaya korang yang menghidapnya, tetapi mereka enggan berkongsi mengenainya secara face-to-face.
Bukannya Sekejap
Pesakit buah pinggang tidak seperti remaja lain (seperti korang) yang bebas melakukan aktiviti seharian. Ada yang terpaksa menanggung derita sakit buah pinggang sejak kecil lagi.
Apabila sudah lebih sedekad menghidapnya, ia besar kemungkinan akan membuatkan separuh badan pesakit membengkak kerana komplikasi saluran darah utama.
Oleh itu, mereka harus berehat saja.
Kekerapan
Kebanyakan pesakit akan menjalani rawatan dialisis sekerap 3 kali seminggu. Selalunya apabila mereka sudah mencapai usia separa matang seperti pada usia 18 tahun, barulah mereka menerima rawatan itu.
BACA: 10 Petanda Buah Pinggang Yang Telah Rosak Wajib Korang Alert
Wajah Murung
Selalu korang lihat pesakit buah pinggang agak muram wajahnya dan tidak bersemangat. Bukannya mereka enggan menerima kunjungan pelawat. Tetapi ia kerana kebanyakan tenaga mereka telah digunakan untuk berulang alik dari rumah ke hospital saban minggu.
Di rumah pula sudah umpama wad hospital kedua kerana ia akan dipenuhi pelbagai jenis ubat. Ada juga pesakit yang akan membuat dialisis sendiri di rumah jika memilih rawatan Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD).
Penderma Organ
Tapi harus diingat, tak semua pesakit sesuai untuk menjalankan dialisis tersebut disebabkan komplikasi terutamanya pada saluran darah utama.
Oleh itu, pakar akan mengesyorkan pesakit untuk mendapatkan penderma buah pinggang baru. Seperti yang korang sedia maklum, bukan mudah ya untuk memperoleh penderma kerana Malaysia masih keterbelakang dalam senarai penderma organnya.
Kurang Dana
Akhir sekali, satu lagi masalah yang dihadapi oleh mana-mana pesakit kronik termasuklah pesakit buah pinggang adalah masalah dana wang. Kos rawatan dan pembedahan yang mahal menyebabkan ramai pesakit remaja di luar sana yang kerap menangguh rawatan hingga ia bertukar lebih kronik.
Disebabkan itulah Malaysia mempunyai persatuan The National Kidney Foundation (NKF) untuk membantu pesakit yang tidak berkemampuan. Buat masa ini, NFK mempunyai lebih 1,700 orang pesakit uang menerima bantuan subsidi dialisis di 28 buah pusat rawatan seluruh negara.
Korang pun sebenarnya boleh membantu pesakit buah pinggang dengan menderma.
Sebagai contoh, NKF baru-baru ini telah menganjurkan acara Glow Run sempena ulang tahun persatuan yang ke-50.
Setiap bayaran yang dikutip oleh lebih 3,000 orang peserta pada minggu lalu itu khas disalurkan untuk membantu lebih ramai pesakit di luar sana. Seronok tu seronok juga, berbuat baik pada masa sama menjadikan pengalaman peserta termasuklah penulis lebih bermakna.
Sebanyak RM120,000 dan 3 buah mesin dialisis berharga RM121,900 telah berjaya diperolehi hasil acara tersebut.
Jadi lepas ini, korang yang baru tahu mengenai isu pesakit buah pinggang ini pun boleh turut membantu dengan menyertai aktiviti yang akan mereka lakukan. Untuk info lanjut, layari laman web NKF atau telefon ke talian 03-7954 9048