Sentiasa ayu dan sopan itulah yang ditonjolkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah setiap kali muncul di majlis-majlis rasmi. Cukup senang sekali melihat penampilan yang dibawa. Walaupun sekadar berbaju tradisional tapi entah mengapa REMAJA tetap terpesona.
Rekaannya yang dibuat penuh makna memberi keselesaan kepada yang memakai sekaligus melambangkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN: Juara Kejohanan Badminton Dutch International 2022, Myisha Khairul Terima RM10 Ribu Daripada Kerajaan Negeri Johor
Baru-baru ini, baju yang dipakai Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendapat perhatian dunia dan pujian dari media antarabangsa.
Menghadiri Istiadat Pertabalan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla di gereja Westminster Abbey, London, baginda memilih untuk menggayakan pakaian tradisional, baju kurung.
Menariknya lagi, set persalinan dipakai baginda mendapat pengiktirafan majalah fesyen antarabangsa, Harper’s Bazaar. Ia dikatakan antara lima busana tercantik di kalangan tetamu yang hadir.
Baginda memakai baju kurung moden ‘tenun’ berwarna kuning cerah yang dilengkapi dengan hiasan berwarna perak. Dilengkapkan dengan aksesori rantai berlian yang tersemat di dada baginda. Memang cukup mempersona dan stunning!
Memartabatkan tradisi, kain tenun yang begitu indah itu adalah hasil kraftangan dan ditenun sendiri oleh penghuni Penjara Penor, Pahang.
Selain Malaysia, persalinan yang dikenakan oleh pasangan diraja Thailand, Qatar, Jepun dan Bhutan turut menghiasi carta busana tercantik.
Bersama persalinan baju kurung yang tidak pernah lekang dan dihiasi dengan aksesori perhiasan yang serba ringkas. REMAJA yakin Raja Permaisuri Agong ingin memberi contoh yang terbaik pada generasi muda untuk tidak lupa pada pakaian warisan.
BACA LAGI : Lebih Mudah, FamilyMart Perkenal Kiosk Pintar Pertama Di Stesen Minyak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.