Penyanyi terkenal, Anuar Zain meluahkan rasa sedih apabila lagu nyanyian anak saudaranya, Syamel, yang berjudul Belakang Tabir gagal mara ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) selepas terkandas di Separuh Akhir Muzik-Muzik 39 (SFMM39).
Anuar, yang juga bapa saudara kepada penyanyi popular, Ernie Zakri, menyatakan bahawa dia sangat menghargai karya tersebut dan merasakan ia adalah sebuah lagu yang hebat serta berpotensi untuk dipertandingkan di AJL.
BACA LAGI: “Hati Saya Rabak, Koyak, Menangis..” -Anuar Zain Hiba Kenang Nasib Rakyat Palestin
“Saya sedih lagu anak saya (Syamel), Belakang Tabir tak dapat masuk final AJL.
“Menurut saya, lagu tersebut antara lagu balada yang kuat untuk tahun ini,” kata Anuar dalam sebuah sesi siaran langsung di platform digital, baru-baru ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Sekali Lagi Figura Ernie Zakri Hiasi ‘Billboard’ New York Times Square. Tahniah!
Walaupun kecewa dengan keputusan tersebut, pelantun lagu popular Lelaki Ini itu tetap memberikan sokongan penuh buat Syamel, dan percaya bahawa tiada rezeki untuk lagu tersebut kali ini.
Tambah Anuar lagi, Syamel sudah memberikan yang terbaik dalam setiap persembahannya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ernie Zakri Miliki Suara Yang Luar Biasa, Kami Yakin Namanya Boleh Melonjak Di Indonesia” -Govinda
“Syamel sudah buat yang terbaik dan melakukan persembahan dengan bagus, tapi mungkin tiada rezeki,” ujarnya.
Sebelum ini, penyanyi lagu popular Ku Bersuara, Ernie Zakri turut meluahkan rasa kecewa apabila lagu suaminya itu tidak berjaya mara ke AJL menerusi ciapan di platform X.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Symelaqml