Mood keseluruhan di acara anugerah BAFTA yang merupakan anugerah paling berprestij untuk dunia perfileman dan televisyen di Britain jelas sedikit muram berbanding tahun-tahun lalu.

Ini berikutan berita kemangkatan Duke of Edinburgh, Prince Philip yang disahkan telah menghembus nafas terakhir pada hujung minggu lalu setelah sekian lama dalam keadaan gering.

ARTIKEL BERKAITANPutera Philip, Suami Ratu Elizabeth II Meninggal Dunia Pada Usia Hampir 100 Tahun – REMAJA

BACA LAGIAKHIRNYA, Ratu Elizabeth Keluar Kenyataan Selepas Temubual Oprah-Meghan – REMAJA

Atas rasa hormat terhadap pemergiaan mendiang datuknya, Duke of Cambridge, Putera William yang pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan di karpet merah serta di acara tersebut memutuskan untuk tidak menyertai BAFTA pada tahun ini.

“Kami bersimpati terhadap keluarga diraja buat masa ini.”

Selaku presiden persatuan BAFTA sejak tahun 2010, Putera William telahpun menjadi salah seorang VVIP yang sering mencemar duli menghadiri acara berprestij tersebut bersama Duchess of Cambridge, Kate Middleton.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by BAFTA (@bafta)

 

BAFTA Serba Hitam Putih

Penghormatan turut diberikan menerusi gaya dan fesyen para penggiat seni dan selebriti yang dicalonkan untuk kategori masing-masing serta mereka yang menjadi penyampai anugerah.

10 gaya pilihan kami ini berjaya menarik perhatian pemerhati fesyen dengan stail elegan serta menangkis tanggapan bahawa busana serba hitam akan kelihatan membosankan.

 

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Ads

Phoebe Dynevor
Louis Vuitton

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Rose Bryne
Miu Miu

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Priyanka Chopra
Ronald van der Kemp

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Ads

Youn Yuh-Jung
Dior Couture

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Sophie Cookson
Giorgio Armani

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Felicity Jones
Valentino

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Ads

Emerald Fennel
Roland Mouret

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Vanessa Kirby
Versace

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Daniel Kaluuya
Alexander McQueen

.

Anugerah BAFTA Serba Hitam Putih, Hormati Kemangkatan Putera Philip

Koser Ali
Alexander McQueen

*

Kalau korang masih ingat, anugerah BAFTA pada tahun 2018 juga dihadiri oleh jemputan yang memakai busana serba hitam disebabkan oleh pergerakan MeToo yang hangat diperkatakan pada waktu itu sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan terhadap wanita.

ARTIKEL BERKAITAN[FOTO] 10 Stail Terbaik Di Anugerah BAFTA, Termasuklah Kate Middleton Yang Tidak Memakai Hitam – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI