Mood keseluruhan di acara anugerah BAFTA yang merupakan anugerah paling berprestij untuk dunia perfileman dan televisyen di Britain jelas sedikit muram berbanding tahun-tahun lalu.
Ini berikutan berita kemangkatan Duke of Edinburgh, Prince Philip yang disahkan telah menghembus nafas terakhir pada hujung minggu lalu setelah sekian lama dalam keadaan gering.
ARTIKEL BERKAITAN : Putera Philip, Suami Ratu Elizabeth II Meninggal Dunia Pada Usia Hampir 100 Tahun – REMAJA
BACA LAGI : AKHIRNYA, Ratu Elizabeth Keluar Kenyataan Selepas Temubual Oprah-Meghan – REMAJA
Atas rasa hormat terhadap pemergiaan mendiang datuknya, Duke of Cambridge, Putera William yang pada asalnya dijadualkan untuk membuat kemunculan di karpet merah serta di acara tersebut memutuskan untuk tidak menyertai BAFTA pada tahun ini.
“Kami bersimpati terhadap keluarga diraja buat masa ini.”
Selaku presiden persatuan BAFTA sejak tahun 2010, Putera William telahpun menjadi salah seorang VVIP yang sering mencemar duli menghadiri acara berprestij tersebut bersama Duchess of Cambridge, Kate Middleton.
Penghormatan turut diberikan menerusi gaya dan fesyen para penggiat seni dan selebriti yang dicalonkan untuk kategori masing-masing serta mereka yang menjadi penyampai anugerah.
10 gaya pilihan kami ini berjaya menarik perhatian pemerhati fesyen dengan stail elegan serta menangkis tanggapan bahawa busana serba hitam akan kelihatan membosankan.
Phoebe Dynevor
Louis Vuitton
.
Rose Bryne
Miu Miu
.
Priyanka Chopra
Ronald van der Kemp
.
Youn Yuh-Jung
Dior Couture
.
Sophie Cookson
Giorgio Armani
.
Felicity Jones
Valentino
.
Emerald Fennel
Roland Mouret
.
Vanessa Kirby
Versace
.
Daniel Kaluuya
Alexander McQueen
.
Koser Ali
Alexander McQueen
*
Kalau korang masih ingat, anugerah BAFTA pada tahun 2018 juga dihadiri oleh jemputan yang memakai busana serba hitam disebabkan oleh pergerakan MeToo yang hangat diperkatakan pada waktu itu sebagai tanda solidariti memerangi ketidak adilan terhadap wanita.
ARTIKEL BERKAITAN : [FOTO] 10 Stail Terbaik Di Anugerah BAFTA, Termasuklah Kate Middleton Yang Tidak Memakai Hitam – REMAJA