Setelah cukup tujuh hari, pelakon cantik yang merupakan bekas finalis Dewi Remaja 2009/10, Anzalna Nasir akhirnya mendedahkan wajah dan jantina cahaya mata kedua di laman instagram miliknya.
BACA: Asian Girl Paling Stunning, Netizen Puji Anzalna Bersama Selebriti Popular Di Paris Fashion Week
Sebelum ini, Anzalna menjelaskan tidak mahu mendedahkan lagi jantina anak kerana ingin membuat kejutan buat keluarganya yang sedang bercuti di Eropah. Namun pagi tadi, selebriti ini sudah mula memuat naik foto keluarga bersama cahaya mata baharu mereka yang diberikan nama Mohamad Emirhan Bin Mohamad Hanif, membawa maksud ‘Princely Ruler’.
Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah dan teruja melihat kecomelan Mohamad Emirhan.
Untuk info, Anzalna dan suami telah berkahwin pada Februari 2016 dan dikurniakan anak pertama, Mohamad Eidress yang kini berusia hampir tiga tahun. Anzalna turut menjadi finalis Dewi Remaja pada tahun 2009 bersama-sama dengan selebriti lain seperti Neelofa, Izara Aishah, Ramona Zam Zam dan ramai lagi.
BACA: 23 Selebriti Kelahiran Dewi Remaja, Siapa Paling Letop?
Apa-apa pun tahniah Remaja ucapkan kepada Anzalna dan suami, Hanif Zaki atas kelahiran cahaya mata kedua ini. Semoga Emirhan menjadi anak yang soleh.
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja
untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.