Adakah kebetulan malam Nisfu Syaaban di mana doa orang yang beriman dan beribadah akan dimakbulkan jatuh pada saat dunia dilanda penularan Covid-19..?
Ramai di antara kita yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Nisfu Syaaban.
Nisfu bermaksud separuh dan ia jatuh pada malam ke-15 dalam bulan Syaaban. Justeru pada malam ini, kita menghampiri tempoh separuh bulan dari permulaan bulan Ramadan.
Malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam ini mempunyai banyak kelebihan.
Ia adalah malam di mana pintu langit dibuka dan doa yang disertakan dengan amalan di sisi Allah SWT dimakbulkan.
Kelebihan ini ada disebut menerusi beberapa hadis sahih. Antaranya adalah daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Apabila tiba malam nisfu Syaaban, Allah SWT mengampunkan hamba-Nya kecuali orang yang syirik dan juga orang yang bermusuhan.”
Bercakap mengenai amalan yang digalakkan pada malam ini, sebenarnya tiada amalan khusus pun yang disebut oleh Islam sebagai sunnah Nabi SAW.
Apa juga amalan yang sempat kita lakukan, itulah kelebihan malam Nisfu Syaaban yang perlu kita rebut.
Antara yang boleh kita sama-sama lakukan adalah solat sunat Nisfu Syaaban yang boleh didirikan selepas mengerjakan solat Maghrib, Isyak atau bersama solat-solat sunat Qiamullail di tengah malam.
Lafaz niatnya adalah seperti berikut:
Usolli sunnata lailati nisfi sya’baan rak’ataini lillahi taala
Maksudnya: Sahaja aku solat sunat nisfu Syaaban dua rakaat kerana Allah Taala.
Korang boleh membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama diikuti dengan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.
Ada juga yang mengamalkan bacaan surah Yassin, surah al-Baqarah dan sebagainya pada malam Nisfu Syaaban. Bottomline, apa-apa amalan yang dilakukan kerana Allah SWT digalakkan. Tiada pun yang menyebut kita perlu lakukan sejenis ibadah saja.
Sesudah beribadah, kita wajarlah berdoa untuk meminta pertolongan daripada Allah SWT.
Lebih-lebih lagi dengan situasi semasa Covid-19 yang teruk melanda seluruh dunia, berikut adalah munajat malam Nisfu Syaaban yang dikongsikan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor menerusi akaun Facebook mereka.
InsyaAllah, sama-sama kita maximize kelebihan yang boleh diperolehi.
Kebetulan pula, gerhana pink dijangka akan dapat disaksikan di Malaysia pada malam ini.