Hiburan

Apa-Apa Pun Sanggup Demi ‘Job’ Gimik Lancar Lagu, Qistina Raisah Redha Saja Dengan Cercaan Netizen

Share

Pertelingkahan di antara pelakon, Qistina Raisah dan pendatang baharu, Arnie Shasha menerusi video tular pada minggu ini akhirnya terjawab apabila mereka memaklumkan ia hanyalah sekadar gimik bagi mempromosikan lagu terbaru nyanyian Shasha.

Terdahulu, video tersebut menampakkan insiden Qistina Raisah menyimbah air ke arah wajah Shasha yang dipercayai merupakan rakannya. Masing-masing juga dilihat memulakan provokasi secara lisan sambil cuba dileraikan oleh mereka yang berada di sekeliling mereka.

Isu tersebut bertambah tegang apabila masing-masing memuat naik hantaran menerusi Instagram Story dengan kata-kata sindiran manakala Shasha mengambil langkah ditemubual oleh MStar

bagi mengeji perangai sebenar Qistina Raisah yang selama ini diminati ramai peminat.

Alih-alih, semuanya ternyata satu gimik sahaja agar tumpuan diberikan terhadap pelancaran lagu berjudul Lepak oleh Shasha, semalam.

Memetik penjelasan Qistina kepada Gempak, dia tidak merasakan perbuatannya untuk terlibat dalam gimik sebegitu sebagai sesuatu yang mencalar maruahnya.

Malah, ibunya yang tampil memberikan kenyataan susulan penularan video ‘pergaduhan’ mereka itu juga sudah mengetahui tujuan gimik tersebut sejak awal. Lalu, mereka sudah bersedia dengan apa-apa bentuk cercaan daripada netizen yang kurang senang dengan cara promosi tersebut.

Tertipu gaiss, siapa tak marah?

Qistina Raisah.

“Semua benda ini saya hanya menjayakan apa yang ditugaskan. Ada job, saya teruskan sajalah kan. Tak mencalar (maruah) sangat sebab netizen memang suka bercakap fasal saya. Saya tak buat apa pun, netizen ada hendak bercakap fasal saya. Saya tak terkesanlah,” kata Qistina.

Ditebak mengenai soal imej Qistina yang mencerminkan seorang remaja ‘kaki gaduh’, pelakon berusia 15 tahun itu mengatakan tindakannya selama ini adalah bersifat defensif kerana pihak lain yang selalu memulakan pergaduhan tersebut.

“sAYA Tak adalah kuat gaduh pun. Selalunya orang yang start fasal saya dulu. Saya gaduhlah balik.”

“Kalau nak bergaduh betul-betul pun, saya tidaklah (hendak) viral sebegini. Cara saya adalah settle dalam WhatsApp saja kalau boleh,” kongsi Qistina yang mengakui jumlah pengikutnya yang meningkat seramai 15,000 orang di TikTok susulan gimik bersama Shasha ini.

Apa pendapat korang? Masih relevan lagikah gimik ‘Tipah Tertipu’ untuk mempromosikan produk seni baharu?

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ