Apa Bakal Terjadi Kepada Badan Kita Jika Tidak Cukup Tidur, Hati-hati Jika Suka Tidur Lewat Malam

Share

Tidak cukup tidur ni merupakan perkara yang biasa terutama sekali buat kita yang masih muda. Kadangkala ada diantara kita yang terpaksa berjaga malam hanya kerana ada beberapa tugasan yang masih tidak sempat kita siapkan, ianya biasa terjadi terutama sekali kepada golongan students lah kan..

Kita selalu dengar, yang orang dewasa perlu mendapatkan tidur yang mencukupi sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari. Korang tahu tak sebenarnya kalau korang tidur kurang daripada 7 jam sehari, badan korang akan mula memberi tindakbalas?

Kekurangan tidur bakal memberikan efek kepada 3 sistem dalam tubuh badan manusia, antaranya adalah sistem imun, sistem penghadaman dan juga sistem respiratori.

Apabila seseorang itu tidur, sistem imun kita akan menghasilkan antibodi yang akan melawan infeksi luar dan juga Cytokines. Ianya menggunakan bahan ini didalam tubuh badan kita untuk melawan virus dan juga bakteria.

Kekurangan tidur bakal melemahkan sistem imun badan kita dan akan menyebabkan tubuh badan kita lebih cenderung untuk terkena jangkitan penyakit terutama sekali virus dan bakteria. Badan kita mungkin tidak akan berdaya untuk melawan ‘penceroboh’ ini yang telah memasuki badan kita.

Kesan seterusnya ialah terhadap sistem respiratori manusia, kalau korang pernah tahu tentang satu penyakit ini yang dipanggil ‘Sleep Apnea’, ianya merupakan salah satu penyakit yang boleh menggangu waktu tidur korang jika korang menghidapinya.

Ini akan menyebabkan korang untuk kerap terjaga pada waktu malam, dan mungkin akan menyebabkan korang lebih terdedah kepada infeksi respiratori seperti selsema. Tidak cukup tidur juga boleh menyebabkan korang untuk terkena penyakit paru yang kronik!

Akhir sekali, sistem penghadaman korang juga boleh terganggu jika korang kekurangan tidur. Kalau korang nak tahu sebenarnya kekurangan tidur juga adalah faktor penyumbang kepada penyakit obesiti! Tetapi ianya hanya jika korang makan berlebihan dan kurang aktiviti senaman lah.

Tetapi jika difikir secara logik, sememangnya jika tubuh badan kita penat dan tak cukup rehat, badan kita akan berasa lesu dan kita pun tidak mahu untuk bergerak terlalu banyak kerana badan kita berasa penat.

Selain itu, kekurangan tidur juga boleh mengurangkan kadar insulin yang dirembes oleh tubuh badan kita. Insulin ini membantu untuk mengekalkan paras gula dalam darah kita.

Jadi, bagi korang yang suka sangat stay up sampai tengah malam tu, kena lebih berhati-hati lah okay selepas ni? Cuba untuk cukupkan waktu tidur korang, dan jagalah kesihatan diri.

 

Published by
Sherfiqa Ermelia Marlyn