Sedar atau tidak sikap rasis dan prejudis terhadap satu-satu bangsa dan agama masih wujud dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun dunia semakin maju namun masalah yang berakar umbi sejak dahulu lagi tidak ada kesudahannya. Apa yang boleh kita lakukan apabila berdepan dengan perkara sebegini adalah melawannya dengan penuh hemah.
Seperti insiden yang terjadi kepada pemilik kedai kek Thirty-One Fine Bakes yang terletak di Seventeen Mall, Petaling Jaya. Salah seorang pelanggan mengajukan soalan menerusi WhatsApp tentang bangsa pemilik kedai terbabit. Dalam jawapan balas, pihak kedai terbabit menerangkan yang mereka merupakan syarikat yang terdiri dari individu berbilang bangsa.
Apa yang mengejutkan adalah pertanyaan seterusnya dari pelanggan terbabit. Dengan angkuh dia berkata, “Saya tidak membeli apa-apa dari orang India. Sebab tu saya nak tahu. Kalau ada orang India di dalam syarikat anda sila beritahu. Hello?”
View this post on Instagram
Terkejut dengan respon dari pelanggan tersebut, pihak kedai terbabit membalas dengan penuh berhemah namun cukup untuk membuka membuka mata dan menyedarkan.
“Pendapat yang anda berikan adalah rasis dan kami tidak bertoleransi dengan perkara ini. Diskriminasi dan sikap rasis sudah lama berakar di negara ini dan kami bekerja untuk memastikan tiada ruang untuk isu seperti ini terjadi dalam persekitaran syarikat kami.
“Syarikat ini adalah tempat untuk individu berkembang secara peribadi dan juga profesional tanpa sebarang prejudis. Disebabkan kenyataan anda yang menjijikkan, kami tidak kesal menyatakan kami gembira untuk hilang pelanggan seperti anda.”
Kudos to the respond given! Sememangnya sikap menilai seseorang berdasarkan bangsa tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi kita yang hidup dalam msyarakat harmoni dan saling menghormati diantara satu sama lain.
***P/S – Sebagai individu yang tinggal di negara berbilang kaum dan agama, kita harus saling menghormati di antara satu sama lain. Sikap rasis hanya akan menjadi nanah yang merosakkan fabrik masyarakat. Sebagai orang muda, kita punya suara untuk meletakan titik noktah kepada isu ini.
Sumber & gambar: Instagram Thirty One Fine Bakes