
MyKad adalah dokumen penting dan WAJIB dibawa ke mana sahaja anda pergi. Ia adalah bukti yang menunjukkan diri anda sebagai warganegara Malaysia.
Fungsi utama MyKad ialah sebagai kad pengenalan diri. Ia mengandungi nama, alamat, gambar, nombor kad pengenalan serta jantina yang terpapar di kad.
Tapi tak ramai yang mengambil berat hal kad pengenalan diri ini terutama bagi remaja belasan tahun yang mana kad pengenalannya masih disimpan mak ayah yang takut kad tersebut hilang.
Menurut facebook rasmi Polis DiRaja Malaysia, MyKad adalah wajib untuk semua warganegara Malaysia berumur 12 tahun dan ke atas.

Kalau korang tertinggal kad pengenalan dan ketika itu ada pemeriksaan rawak oleh pihak berkuasa polis, ketahui, inilah risiko yang harus korang tanggung iaitu denda dan boleh di penjara.
Di bawah Akta Pendaftaran Negara 1959 (Pindaan 2001), sesiapa yang gagal menunjukkan kad pengenalan diri apabila diminta pihak berkuasa, boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Simpan MyKad anda dengan baik dan sentiasa bawa bersama ke mana sahaja anda pergi.
Jadi selepas ini, silalah simpan kad pengenalan dengan baik dan bawalah ke mana saja korang pergi tanpa perlu meninggalkan di rumah.
Natasha Hudson Titip Pesanan -“Belajar Untuk Tolak, Anda Tak Layak Untuk Dilayan Seperti Orang Bodoh…”

Pelakon dan model, Natasha Hudson menasihati golongan selebriti dan pempengaruh media sosial untuk berhati-hati ketika menerima sebarang tawaran sebagai duta dengan mana-mana jenama.
Kata pelakon berusia 41 tahun itu, mereka perlu menolak tawaran tersebut sekiranya bayaran yang diberikan tidak setimpal dengan komitmen kerja, selain setiap individu mempunyai nilai diri yang tinggi dan jangan sesekali mudah ‘dipijak’ atau dipergunakan.
ARTIKEL BERKAITAN: “..Rafah? Who’s That?!” Netizen Kecewa Ning Baizura Tidak Cakna Isu Semasa
“Kepada pengaruh, selebriti dan personaliti. Jika anda merasakan bahawa bayaran yang diberikan kurang atau tidak berbaloi atau kedua-duanya dalam apa jua pekerjaan yang ditawarkan kepada anda oleh jenama besar, syarikat dan agensi media sosial. Jangan terima tawaran kerja ini.
“Belajar untuk menolak, menuntut, berikan terma dan syarat (t&c) anda dan pertahankan hak dan anda. Anda tidak layak untuk dilayan seperti orang bodoh apabila kebanyakan mereka berbohong kepada kita.
“Bagi pekerja bebas seperti kami (freelancer), kami bergantung pada pembayaran pantas bukan 14-60 hari tempoh pembayaran. Itu cara lama. Kami tahu realiti mereka (agensi) mempunyai wang atau sudah dibayar oleh jenama. Tidak berbaloi masa kita menunggu.
“Kenapa? Kerana kadang kerja telah selesai, mereka menuntut begitu banyak komitmen dan bayar sangat lambat. Jadi apa yang kita makan? Pasir?. Mengajar mereka semua itu satu pelajaran besar tentang nilai kita, masa, minyak, tol yang perlu kita belanjakan, bangun awal pagi, pakaian, makanan dan barangan solek yang perlu kita laburkan,” kataya menerusi hantaran di Instastory.
ARTIKEL BERKAITAN: Ramona Zamzam Perli Siapa? -“Sekarang Dah Masuk Senarai ‘Blockout’ Baru Terhegeh-Hegeh Nak Muat Naik…”
Menerusi hantaran yang sama, Natasha memaklumkan dirinya turut memahami nasib golongan selebriti dan pempengaruh yang berkerja sebagai ‘freelancer’ perlu melakukan pelbagai perkara untuk menyara kehidupan.
“Berhenti dibuli oleh ‘penipu’ ini. Mereka sesuka hati memilih dan memilih siapa yang mereka mahu bayar lebih tinggi dan bayar rendah. Dan juga percuma. Tidak lupa siapa yang mendapat gaji dahulu dan kemudian.
“Nilai diri anda lebih besar daripada memenuhi keperluan mereka. Jangan berundur dan jangan bersimpati dengan mereka yang tidak mahu cemerlang dalam industri atau tidak membuat perubahan yang membantu industri.
“Ingat siapa yang akan meletakkan makanan di atas meja. Ia adalah anda sendiri dan anda perlu dibayar dengan adil dan tepat pada masanya mengikut apa yang anda mahukan. Anda tahu kualiti kerja anda.
“Dan bagi jenama yang tidak membayar dan mahu kerja percuma bersabar dan jangan menjadi keldai atau mendesak sebaik sahaja anda memberikan ‘hadiah’. Kita semua mempunyai 1001 perkara dan komitmen untuk dilakukan dan untuk terus hidup,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Natasha Hudson
BTS Menang Besar, Blackpink Tak ‘Kempunan’ Di Melon Music Awards

Isi Kandungan
Toggle
Jika pada minggu lalu di acara Asia Artist Award (AAA), NCT telah menidakkan peluang banyak grup K-pop lain untuk memperolehi anugerah terbanyak termasuk kategori Album Terbaik, minggu ini BTS kembali mengungguli kategori yang mencalonkan mereka di Melon Music Awards 2020 (MMA).
*
Seperti anugerah hiburan lain di seluruh dunia, MMA terpaksa dilangsungkan secara virtual. Bagaimanapun, penganjur telah menggunakan peluang ini untuk mencipta persembahan pentas yang cukup menakjubkan bagi kesemua artis yang terlibat.
Beberapa persembahan kegemaran REMAJA termasuklah BTS, TXT, MONSTA X dan DAY6.
Highlight untuk MMA malam ini tentulah kemenangan besar BTS menerusi lagu hit mereka, Dynamite dan album Map of the Soul:7. Walaupun tanpa kehadiran Suga malam ini, BTS masih kelihatan ceria dan teruja setiap kali muncul di pentas untuk menerima setiap anugerah.
Menerusi lima kemenangan BTS malam ini termasuklah anugerah utama MMA, BTS telah menjadi satu-satunya artis K-Pop dalam sejarah untuk mendapat gelaran Daesang-All-Kill untuk tahun kedua berturut-turut. Daebak!
Sementara itu, kebanyakan artis lain berjaya membawa pulang sekurang-kurangnya satu anugerah termasuklah grup sensasi YG Entertainment, Blackpink.
Menariknya, beberapa pemenang utama di AAA minggu lalu tidak tergolong dalam senarai pemenang di MMA. Ini termasuklah NCT dan TWICE .
23 Ahli NCT Muncul, Super Junior Ubat Rindu – Lihat 16 Stail Di Asia Artist Award – REMAJA
Hmm, jom lihat senarai penuh pemenang malam ini.
ARTIS TOP 10
1 Baek Yerin
2 Beekhyun EXO
3 Blackpink
4 BTS
5 Im Young Woong
6 IU
7 IZ*ONE
8 Kim Ho Joong
9 Oh My Girl
10 Zico Block B

ARTIS TERBAIK 2020
BTS
ALBUM TERBAIK 2020
BTS : Map of the Soul: 7

LAGU TERBAIK 2020
BTS : Dynamite
ANUGERAH PILIHAN NETIZEN
BTS
TARIAN LELAKI TERBAIK
BTS : Dynamite
TARIAN WANITA TERBAIK
Blackpink : How You Like That

LAGU BALADA TERBAIK
Davichi : Dear
LAGU RAP/HIP HOP TERBAIK
DAMOIM : IMMADO
LAGU SOUL/R&B TERBAIK
Baek Yerin : Square
LAGU INDIE TERBAIK
Leo feat. Baekhyun : BOL4
LAGU RUNUT BUNYI TERBAIK
Jo Jung Suk : Aloha
LAGU ROCK TERBAIK
IU : Eight
ANUGERAH ORIGINAL CONTENT
The Boyz

ARTIS BARU LELAKI TERBAIK
Cravity

ARTIS BARU WANITA TERBAIK
Weekly

.
PERSEMBAHAN TERBAIK
MONSTA X

#BIGSTAGE2023 Ajai & Aina Abdul Akui Terkejut Dengan Kualiti Persembahan Peserta ‘Always Perform’ Ini!

Nasib tidak menyebelahi Firdaus Rahmat apabila dia disingkirkan dari pentas Big Stage musim ke-5 semalam, sekaligus membantutkan perjalanan penyanyi muda tersebut untuk maju ke pentas akhir pertandingan nyanyian tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: “Masuk Telinga Kanan, Keluar Telinga Kiri,” – Ajai Kecewa Dengan Kualiti Persembahan Peserta Big Stage?
Meskipun markah yang diberikan oleh juri terhadapnya lebih tinggi berbanding Putera Muhammad, beliau terpaksa akur dengan takdir penyingkirannya dek kerana markah rendah dari undian penonton di rumah.
Sungguhpun majoriti peminat beliau mempersoalkan sistem penyingkiran pertandingan nyanyian itu , juri tetap Aina Abdul dan Ajai masih kekal dengan pendapat mereka berkaitan isu terbabit.
“Saya tak jangka yang Putera akan menyanyi sebegitu rupa. Manakala berbalik pada Firdaus, kami dah banyak kali tekankan untuk pergi kepada kekuatan tersendiri individu tersebut,
“Kita taknak bandingkan mereka berdua kerana jelas sekali ‘beribu tiang’ perbezaan tersebut, maka ianya akan jadi tidak adil di situ,” jelas Ajai ketika sidang media semalam.
Ahli kumpulan Exists itu juga mengakui bahawa dirinya sendiri tidak terfikir bahawa kedua-dua peserta berbakat tersebut akan melakukan persembahan sebegitu rupa.
Manakala, Aina Abdul yang selama ini turut memberikan pernilaian markah kepada peserta Big Stage musim ke-5 turut mengakui bahawa dirinya agak terkejut dengan persembahan yang dipamerkan oleh Putera Muhammad semalam.
“Saya agak ralat melihat persembahan Putera hari ini ini. Sama ada ianya ingin dilabel sebagai ‘favouritisim’ sekalipun tapi kita harus akui bahawa dia sentiasa berada di kedudukan Top 3 setiap minggu,
“Tetapi seperti yang saya cakap sebentar tadi bahawa rezeki tidak akan salah alamat dan mungkin kita juga boleh mula consider the fact yang Putera sentiasa memberikan persembahan terbaik beliau setiap minggu,” komen penyanyi terkenal tersebut.
Persembahan duet Putera Muhammad bersama Ara Johari.
Pemenang Anugerah Juara Lagu bagi kategori vokal terbaik ini turut bersetuju dengan kemahuan penonton dan melabelkan Firdaus Rahmat sebagai seorang peserta yang berpontensi tinggi namun perlu mengambil masa lebih untuk menunjukkan taringnya kepada mereka di luar sana.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Astro Gempak