Sebuah lagi aplikasi media sosial baharu telah dilancarkan dan ramai sudah mula berkongsi tentang ciri-ciri Clubhouse ini yang dijelaskan sebagai satu medium eksklusif dan bermanfaat.
Clubhouse adalah sebuah platform media sosial yang memberi fokus kepada penggunaan panggilan digital, tidak kira secara berdua atau pun beramai-ramai. Aplikasi ini sebenarnya sudah dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2020 namun ia baru sahaja menjadi bualan masyarakat di Malaysia.
Keunikan Clubhouse ialah semua chatroom didalamnya adalah sementara dan dimulakan dengan satu orang sahaja. Beberapa orang boleh berbual didalamnya dan perbualan tersebut boleh didengari oleh pengguna yang memasuki chatroom tersebut.
Setakat ini, sebuah chatroom Clubhouse khabarnya boleh menampung seramai 5000 orang dan ia dimaksimakan oleh Elon Musk dan kerana itu juga ramai orang sudah mula menggunakan aplikasi ini.
Satu-satunya cara untuk korang mendapatkan sebuah akaun Clubhouse adalah melalui jemputan. Buat masa ini, Clubhouse merupakan aplikasi eksklusif di peranti iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 13 dan keatas. Jemputan ini hanya boleh dihantar menggunakan iMessage.
Melalui jemputan ini, korang boleh mengetik pautan yang akan membawa mereka ke App Store untuk memuat-turun aplikasi ini, dan mendaftar akaun Clubhouse menggunakan nombor telefon.
Setelah itu, korang boleh menyambungkan akaun Clubhouse mereka kepada Twitter dan Instagram serta boleh mula mengikuti sesiapa sahaja didalam platform tersebut.
Penggunaan aplikasi ini adalah percuma, tetapi jika korang benar-benar inginkan sebuah akaun Clubhouse ini sekarang, selain daripada memintanya dari rakan-rakan yang mempunyai jemputan, korang juga boleh membelinya di Shopee pada harga RM60.
Keunikan aplikasi ini adalah ia boleh digunakan sebagai sebuah platform berborak atau berbincang secara audio bersama rakan-rakan atau orang luar. Kebolehan menampung seramai 5000 orang dalam satu chatroom pada satu masa sama juga membolehkan organisasi-organisasi mengadangan acara persidangan secara audio dilakukan dalam skala yang besar.
Sesi borak juga boleh ditetapkan terlebih dahulu, dan orang ramai boleh melihatnya melalui bahagian papan buletin yang terbina didalam aplikasi ini.
Pengguna Clubhouse juga boleh berkongsi pautan chatroom bersama-sama pengguna lain melalui platform Twitter ataupun Instagram dengan cepat dan mudah kerana aplikasi ini tidak menawarkan ciri permesejan secara teks.
Wah, memang nampak menarik Clubhouse ni. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama. Ada sesiapa yang dah try Clubhouse ni ke? Apa pula pendapat korang?
Sumber: amanz.my