Dunia kecantikan dan penjagaan kulit wajah sememangnya tidak akan duduk diam tanpa penciptaan produk serta inovasi baharu bagi mengatasi masalah kulit yang dihadapi oleh semua orang.
Lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai inovasi teknologi K-Beauty yang sentiasa memukau pembelinya dengan hasil yang berkesan. Jika dahulunya kita diperkenalkan dengan kandungan seperti snail mucin, propolis dan bamboo dalam produk-produk penjagaan wajah.
Namun sejak kebelakangan ini, ramai pula yang meraikan keberkesanan kandungan baharu dari Korea Selatan ini.
Heartleaf Berkesan Atasi Masalah Kulit Sensitif
Dikenali sebagai tumbuhan Heartleaf (juga dikenali Houttuynia Cordata) yang berasal dari rantau Asia Tenggara dan Asia Timur, Heartleaf dahulunya hanya dijadikan sayuran untuk dimakan kerana khasiat antioksidan, anti-bakteria dan menangani masalah keradangan kulit termasuklah masalah ekzema dan ruam.
Heartleaf (juga dikenali Houttuynia Cordata).
Heartleaf kini menjadi bahan yang popular digunakan dalam produk-produk kecantikan sebagai rutin penjagaan wajah harian.
Ads
Khusus untuk korang yang mempunyai kulit jenis sensitif dan kering, Heartleaf bersifat humectant yakni ia boleh melembapkan dan melegakan kulit.
Kesan jangka panjangnya pula dapat dilihat pada kulit wajah yang bertambah anjal. Lapisan kulitnya pula akan lebih terpelihara agar ia sentiasa sihat tanpa kesan kemerah-merahan.
Terbaru, Murad® memperkenalkan rangkaian Murad® Hydration Sensitive Skin Heartleaf Regimen di Malaysia untuk korang yang mempunyai kulit sensitif dan ingin melindunginya.
Terbukti secara klinikal bagi mengurangkan sesitiviti dan meningkatkan ketahanan kulit wajah dengan setiap penggunaan, korang tidak lagi perlu bimbang dengan faktor-faktor seperti stres, persekitaran dan gaya hidup yang boleh mengundang isu kulit.
Ads
Katy Bacon bersama rangkaian produk Hydration Sensitive Skin Heartleaf Regimen.
Ketika ditemui REMAJA, Pengarah Profesional Kanan Murad® iaitu Katy Bacon berkata, matlamat Murad® di Malaysia menerusi rangkaian ini adalah agar pengguna di Malaysia mmepunyai rutin penjagaan kulit uang mudah tetapi berkesan dengan bahan utama seperti ekstrak Heartleaf.
Selain Heartleaf, ia juga mengandungi microalgae untuk menenangkan kerengsaan kulit dan ceramide untuk memperkuatkan ketahanan kulit.
Mulakan dengan Heartleaf Soothing Face Cleanser (148ml) dan Heartleaf Soothing Body Cleanser (250ml). Pada percubaan pertama, teksturnya terasa lembut pada kulit dan mampu membersihkan segala solekan, krim sunscreen dan kekotoran.
Ads
Heartleaf Soothing Face Cleanser (148ml)
Kemudian, teruskan rutin korang dengan Heartleaf Gentle Resurfacing Serum (30ml) yang dicipta untuk memastikan kulit wajah lembut yang kadangkala sukar dicapai oleh korang yang mempunyai kulit sensitif. And guess what, 97 peratus penggunanya bersetuju serum ini tidak merengsakan kulit wajah mereka.
Parut merupakan satu kesan yang berlaku pada bahagian tubuh seperti badan, kaki, tangan dan wajah. Seseorang yang memiliki parut lebih terdorong untuk berasa tidak yakin kerana menganggap ia adalah satu ‘kecacatan’ pada tubuh badan.
Menurut MyHealth, parut adalah hasil dari penyembuhan kulit dan tisu yang semulajadi selepas kecederaan. Ini disebabkan oleh trauma, jangkitan atau pembedahan dan tisu yang normal akan digantikan dengan tisu fibrosis. Parut boleh terbentuk sama ada pada tisu dalaman dan juga pada permukaan kulit.
Parut keloid antara yang paling tidak disukai kerana boleh meninggalkan kesan hodoh pada tubuh badan. Parut ini terhasil akibat pembentukan tisu fibrosis yang berlebihan dan melibatkan kulit sekeliling yang normal. Ia bukan sahaja tampak hodoh, malah boleh menyebabkan komplikasi lain seperti sakit, gatal dan mengganggu pergerakan tubuh.
Namun begitu, untuk pengetahuan korang sebenarnya kesan parut ini boleh dikurangkan dengan memilih produk yang bersesuaian. Terdapat beberapa produk untuk menghilangkan kesan parut keloid yang ada di pasaran.
Berikut kami kongsikan antara produk-produk yang korang boleh cuba.
Guna dua ke tiga kali seminggu. Ia mengambil masa lebih kurang satu ke dua bulan untuk keloid pudar/hilang. Boleh juga digunakan untuk menghilangkan parut jerawat.
Boleh sapu di parut keloid atau parut luka, sapu dan biarkan selama 12 ke 22 jam sehingga parut pudar atau hilang.
Jika korang mempunyai masalah parut keloid ini boleh cuba dapatkan produk-produk seperti yang telah dinyatakan diatas. Semoga membantu!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa sangka kasut lusuh sebenarnya mempunyai nilai. Jenama mewah Balenciaga telah memperkenalkan kasut edisi terhad dengan harga AS$1,850 (RM8,136.30) sepasang. Apa yang lebih mengejutkan, kasut itu seperti kasut yang lusuh dan kotor.
Koleksi rare itu mempunyai dua gaya berbeza iaitu high cut dan mule. Mule adalah gaya kasut yang tidak mempunyai bahagian belakang atau kekangan di sekeliling tumit kaki.
Menurut jenama mewah itu, hanya 100 pasang kasut ‘extra destroyed’ itu akan dijual, manakala untuk versi yang kurang kasar dijual di laman web Balenciaga pada harga AS$495 (RM 2171.30) dan AS$625 (RM 2741.60) bergantung pada gaya tertentu.
Dalam satu kenyataan akhbar, jenama yang berpangkalan di Paris itu berkata gambar kempen yang menunjukkan kasut itu adalah “extremely worn, marked up, and dirtied.” Ia membawa maksud Paris Sneakers untuk dipakai seumur hidup, satu titik yang dirasakan sangat relevan untuk industri fesyen.
Hadir dengan pilihan warna merah, putih dan hitam, kasut itu mempunyai semua kesan lusuh yang boleh ditemui pada sepasang kasut buruk yang sepatutnya dibuang dengan logo Balenciaga di hujung tapak.
Hal ini sudah tentu mendapat reaksi ramai yang turut memberi pandangan berbeza.
If you bought the $1,850 Balenciaga sneaker that looks like it was run over by a lawnmower please seek help but also please reach out to me because I would like to understand where your mind was at in that moment.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Riena Diana adalah seorang pelakon yang semakin meningkat naik di Malaysia, dikenali ramai menerusi wataknya ‘Lailer’ dalam drama popular “Kampung People.”
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal juga tidak lari dari masalah kulit. Antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama Hijabista ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
Wajib Prep Muka Sebelum Bersolek!
Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya ketika cuaca panas dan sibuk memenuhi jadual ayaya seharian, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau tengahari atau petang sikit nenek saya, akan ajak saya keluar baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama adalah duduk bawah kipas, atau air cond kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Begitulah rutin Riena Diana jaga kulit wajahnya, kalau korang pun berniat tak nak mekap tebal sebelum keluar, boleh lah ikut tip ini. Prep dulu wajah sebelum mekap!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dua murid sekolah rendah dari Putrajaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya membawa pulang Anugerah Pencipta Muda Terbaik (Tahap Rendah) dan pingat emas dalam Pameran...