Baru-baru ini, penyanyi Elyana telah pun berkongsi tentang tahap kesihatannya yang terkini, iaitu dia hampir memasuki tahap lima kanser limfoma sejak 10 tahun bertarung dengan penyakit itu.
Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma?
Kanser limfoma bermula dari sel darah putih yang dipanggil lymphocytes iaitu sel darah putih yang mengalir ke tubuh menerusi bendalir yang dipanggil limfa. Lymphocytes
adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.Berikut kami jelaskan beberapa perkara tentang kanser limfoma yang mungkin lebih mudah untuk korang fahami.
– Benjolan di leher, ketiak atau pangkal paha (tanda utama)
– Demam berpanjangan
– Hilang selera makan
– Hilang berat badan
– Ruam dan kegatalan kulit
– Keletihan dan tidak bertenaga
Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti:
– Pesakit autoimun
– Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
– Penerima organ
– Mempunyai keluarga terdekat menghidap limfoma
Kanser limfoma meningkat dengan peningkatan umur seseorang. Dikatakan dalam golongan muda berumur 20 hingga 24 tahun, insiden limfoma adalah 2.4 kes dalam 100,000, tetapi meningkat kepada 46 kes dalam 100,000 dalam golongan dewasa berumur 60 hingga 64 tahun.
Jika korang mempunyai sebarang simptom atau pun tanda-tanda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Walaupun masih muda, jangan ingat yang korang tidak terlepas daripada dihidapi kanser. Sesungguhnya penyakit ini tidak mengenal mangsa.
Sumber: KKM, myhealth.gov.my