Kehilangan pesawat Sriwijaya Air SJ182 menjadi gempar bukan sahaja di Indonesia, malah kita sebagai negara jiran juga turut bersimpati dengan insiden yang menimpa negara tersebut. Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan difahamkan kotak hitam pesawat itu telah berjaya dikesan.
Operasi pencarian kini memberi fokus untuk mendapatkan kotak hitam pesawat selepas koordinat pesawat yang terhempas di perairan Pulau Seribu itu telah dikenal pasti.
Walau bagaimanapun, mungkin ada individu yang masih tertanya-tanya apa sebenarnya kotam hitam ini kerana setiap kali berlakunya insiden pesawat terhempas, pasti kotak hitam yang selalu disebut.
Untuk pengetahuan korang, kotak hitam atau black box adalah peranti rakaman elektronik yang digunakan dalam bidang pengangkutan, umumnya merujuk kepada perakam dalam pesawat udara. Walaupun dinamakan kotak hitam, tapi sebenarnya ia berwarna jingga untuk memudahkan pencarian sekiranya pesawat itu mengalami kemalangan.
Kotak hitam terdiri daripada dua elemen iaitu:
1. Perakam Data Penerbangan
• Perakam Data Penerbangan (FDR) mengandungi maklumat tentang arah, kelajuan dan ketinggian pesawat
2. Perakam suara kokpit
• Perakam Suara Kokpit (CVR) menjejaki perbualan kokpit serta bunyi dan pengumuman lain di dalam kabin juruterbang.
Fungsi kotak hitam
• Merakam komunikasi di antara juruterbang dan pegawai lalu lintas udara atau air traffic controller (ATC)
• Mengetahui tekanan udara dan keadaan cuaca selama penerbangan
Data terakam
• 25 jam maklumat penerbangan
• 2 jam audio dari kokpit
• 2 jam mesej digital
Kotak hitam biasanya berada dibahagian ekor pesawat supaya ia lebih selamat sekiranya berlaku kemalangan. Isitlah kotak hitam ini muncul selepas terciptanya perakam penerbangan komersial pertama yang dinamakan Red Egg kerana warna dan bentuknya. Seorang wartawan berkata, “Ini adalah kotak hitam yang menakjubkan”.
Jadi, ini adalah fungsi sebenar dan kenapa kotak hitam menjadi perkara utama setiap kali berlakunya kemalangan pesawat. Diharap info ini dapat memberikan sedikit ilmu tambahan untuk korang semua.
Sumber: Astro Awani