Apa Itu Oxford Union & Kenapa Ucapan Tun M Di Sana PENTING Untuk Belia Malaysia?

Share

 

Penghormatan yang diberikan oleh Oxford Union kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammad yang memberi ucap tamu beliau di sana pada minggu ini mencuri perhatian seluruh dunia.

 

But first, apa sebenarnya Oxford Union ni?

Oxford Union merupakan persatuan pelajar yang cukup istimewa di Great Britain dan dikenali dunia sebagai pentas berucap berprestij. Mengapa?

Ia mempunyai tradisi penganjuran sesi perbahasan sesama anak muda dan ucapan individual penting dunia sejak tahun 1823 lagi.

Antara yang pernah dijemput untuk berucap di acara anjuran Oxfors Union termasuklah Dalai Lama, Mother Theresa, Perdana Menteri Great Britain seperti Winston Churchill, Margaret Thatcher, Gordon Brown dan David Cameron, pelakon Hollywood seperti Morgan Freeman dan Johnny Depp serta ramai lagi lah.

Diego Maradona pun pernah!

Seperti yang dikatakan oleh bekas Perdana Menteri mereka iaitu Harold Macmillan, ia merupakanpentas terakhir untuk ucapan bebeas dalam dunia Barat.

Kini, Oxford Union dipimpin oleh presidennya, Daniel Wilkinson dan dialah antara yang bertanggung jawab untuk menjemput Tun Dr. Mahathir untuk berucap di sana.

Kita ketepikan dulu topik halangan kemasukan atlet warganegara Israel ke dalam Malaysia terlebih dahulu, walaupun itu adalah antara topik hangat yang disebut oleh Tun M semasa berucap.

Kita sentuh dulu mengapa jemputan Oxford Union ini penting untuk Malaysia.

Tun M menjadi wakil pemimpin yang dilantik secara demokratik PERTAMA di Asia Tenggara yang menerima jemputan tersebut. That is historical enough.

Antara topik yang diperkatakan oleh Tun M semalam adalah mengenai perubahan kerajaan Malaysia selepas tempoh 60 tahun lalu membuktikan negara kita ialah negara demokratik.

Juga, Tun M menepis gelaran kononnya belian ialah seorang diktator dengan berkata, seorang diktator tidak akan mengundur diri daripada posisi Perdana Menteri, seperti yang dilakukan beliau dahulu.

Mengenai halangan kemasukan atlet Israel sempena kejohanan Para Swimming Championships di Sarawak pula, Tun M menjelaskan ia berikutan polisi Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara tersebut.

Apapun, REMAJA berbangga dengan momen bersejarah ini!

 

Published by
FZ